April 23, 2024

WCQ | Malaysia Berada Dalam Pot 4, Maknanya Apa?

3 min read

Assalammualaikum, salam sejahtera, salam seantero dunia kepada penyokong tegar Harimau Malaya all over the world. Kalau haritu kita diceriakan dengan berita kemenangan besar Harimau Malaya ke atas Timor Leste, hari ini kita diceriakan dengan berita kenaikan ranking FIFA pasukan negara. Haritu kita terperosok di tangga ke 168, kini kita adalah antara negara yang paling banyak meningkat rankingnya (Naik 9 anak tangga, sama macam Hungary dan satu lagi negara lain yang Alep dah lupa apa namanya). Tambah gembira lagi bila kita mampu melompat dari pot 5 ke pot 4 berkat daripada kemenangan saudara serumpun kita Myanmar (Myanmar 2-1 Singapura) dan saudara seugama kita Jordan (Jordan 4-1 Indonesia). Alep sangat gembira dengan berita kemenangan pasukan Jordan di Amman, moga scene bola sepak Jordan terus berkembang pesat, dan terus menjadi kuasa besar Asia (Bukan senang nak menang dengan Juara Mendoniaaa!)

Korang mungkin tak sedar tapi kekalahan kita di tangan Singapura dalam kejohanan Piala AirMarine adalah sebahagian daripada permainan percaturan 4D Tan Cheng Hoe (Kita je yang tak sedar TCH main 4D Chess ni). Kalau lah kita menang menentang Singapura dan menang Piala AirMarine di laman sendiri, Alep yakin yang kita tak akan mampu memungut mata yang cukup untuk membolehkan kita memintas pasukan yang berhampiran dengan kita. Weightage untuk perlawanan persahabatan (Piala AirMarine tu point dia sama ja macam friendly FIFA, 10 mata). Jadi buat apa buat kerja sia sia lawan pasukan yang lebih kuat untuk pungut mata yang sedikit dan kemungkinan tak improve sangat ranking bila kita boleh menang lawan lemah dalam perlawanan yang mampu memberikan kita lebih banyak mata? (Weightage untuk pusingan kelayakan adalah 25 mata, kalau tak silap lah). Bezanya kita cuma perlu berkorban sedikit di Hari Raya je lah. Nampak tak macam mana percaturan TCH ni akhirnya membuahkan hasil? Siapa yang nak #TCHOut ni memang Alep bambu betul.

Korang mungkin tertanya tanya amenda Pot Pot ni? Alep sarankan korang google je lah, kita ni berada dalam zaman teknologi di hujung jari, tak manis kalau masih pilih nak jadi katak dibawah tempurung. To put it simply, satu Pot (“balang” lah kalau korang ni pendekar tatabahasa). Untuk pusingan kedua ni, kita akan ada 40 pasukan dari Asia. Kesemua pasukan ini akan dibahagikan kepada 5 pot, Pot 1 (Pasukan terbaik Asia – kelapan terbaik mengikut ranking FIFA), Pot 2 (9-16), Pot 3 (17-24), Pot 4 (25-32) dan Pot 5 (33-40). Sekarang korang faham tak situasi kita macam mana? Katakanlah kita gagal memungut mata yang cukup untuk memperbaiki ranking dan kedudukan Pot, kita akan terjunam ke Pot 5 dan berhadapan dengan 4 pasukan yang lebih hebat daripada kita, kalau di Pot 4 pula kita akan berhadapan dengan 3 pasukan yang lebih baik dan satu pasukan yang lebih lemah daripada kita dan begitulah algoritme nya apabila kedudukan pot sentiasa naik.

Jadi korang faham tak apa makna Malaysia di Pot 4? Maknanya peluang kita untuk memungut mata sedikit bertambah baik sebab sekurang kurangnya ada pasukan kerdil seperti Indonesia (Mohon jangan ambil serius netijen), Singapura atau mana mana negara lain dalam Pot 5 yang mampu memberikan 6 mata penuh maksimum. Please take note ya, kalau kita duduk dalam Pot 5, kita tak akan jumpa Bangladesh, Sri Lanka, Guam dan sebagainya sebab pasukan dalam Pot yang sama tak akan diundi dalam group yang sama.

“Jadi kita masih boleh ke Piala Dunia ke Alep?”

Terus terang Alep cakap, masih terlalu banyak yang kita kena perbaiki kalau nak ke Piala Dunia tapi kalau Piala Asia, ya, Alep yakin sebab kita memang ada kualiti yang mencapai piawaian kejohanan Asia. Bukan apa, dulu pun kita duduk dalam Pot 4 untuk kelayakan ke Rusia, tapi hmmm tengoklah apa jadi? Alep sarankan korang jangan terlalu berharap kerana Scouser Melayu seperti Alep yang optimis walaupun sering dimomokkan janji palsu saban tahun pun tidak ingin bermimpi dan terlalu optimis mengenai peluang Harimau Malaya ke Qatar. Persoalannya, adakah kita ingin sekadar berpuas hati dengan Pot 4? (Itupun ranking terakhir dalam pot 4, potong Singapura dengan Indonesia tang kona). Macam mana dengan pusingan kelayakan yang akan datang? Tak teringin ke nak duduk di Pot yang lebih tinggi? Tak teringin ke nak ada peluang yang lebih baik bagi menjejakkan kaki ke kancah bola sepak teragung? Alep tinggalkan persoalan ini buat mereka yang bertanggungjawab terhadap ekosistem bola sepak negara

Oleh: Alif Azizan

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.