/What Ballon? Penting Sangat Kah?

What Ballon? Penting Sangat Kah?

303 undian memilih Ronaldo sementara hanya 55 undian untuk Messi. Inilah benda yang dah lama aku pelik, iaitu percubaan membandingkan siapa lebih hebat di antara Ronaldo dan Messi. Tiada sentimen Ronaldo adalah bekas pemain Manchester United di sini, Ronaldo memang luarbiasa hebat! Terlalu sukar untuk di tandingi.. Ya Tuhan, ajak berlumba lari pun dia akan menang, inikan pula mengawal bola, melompat tinggi untuk membuat tandukan, menggunakan kaki kiri dan kanan, menendang sambil berlari, menggelicik lawan, mengenyit mata, mencipta tendangan percuma yang menggerunkan, apa lagi?  Statistik jaringan dan undian pun dah terlalu jauh meninggalkan saingan.

Tapi, bolasepak bukan matematik.

Yang sukar dan tak tercapai dek akal fikiran ialah pengurus England, si tua Roy Hogdson memilih Javier Mascherano sebagai pilihan pertama untuk anugerah pemain terhebat dunia. Messi pun tiada dalam pilihan kedua, sebaliknya Philip Lahm. Mungkin nostalgia Hogdson yang pernah melatih Mascherano bersama Liverpool selama 2 bulan di Anfield banyak mempengaruhi beliau. Berada di kedudukan ke 19 terbaik dengan 0.6% undian, Mascherano memanglah seorang pemain tengah yang baik tetapi, takkanlah letak dia sebagai pilihan pertama? Uncle Roy…uncle Roy…

Mujur matematik ada untuk menyelamatkan maruah bolasepak.

0AAEF396000005DC-2907157-image-a-1_1421093930774

Mungkin catwalk Mascherano dulu yang buat unkle Roy masih terngiang-ngiang bak ayam berkokok.