/Zaquan Adha Abdul Razak

Zaquan Adha Abdul Razak

Pada awal-awal TCH mengeluarkan senarai nama pemain yang bakal dipanggil untuk Malaysia mengharungi AFF Suzuki Cup, ramai yang mempersoalkan TCH yang hanya membawa 3 defensive midfielder dan menggugurkan Nor Azam Azih. Juga setelah melihat perlawanan pertama, ramai yang mempertikaikan kebolehan Akram Mahinan dan juga Zaquan Adha. Bagi mereka, 2 pemain ini ibarat tiada fungsi di dalam kesebelasan utama. Tujuan aku menulis bukanlah untuk ulas fungsi Akram dan pasangannya di posisi tengah, Syameer Kutty Abba. Selepas perlawanan menentang Myanmar dan Thailand, sudah ramai yang mula menerangkan dan menulis tentang fungsi sebenar Akram Mahinan walaupun beliau tidak menyerlah sebagai playmaker di bahagian midfield.

Artikel kali ini, aku lebih ingin menyentuh tentang fungsi Zaquan Adha yang aku rasakan penting dalam game plan dan taktikal Tan Cheng Hoe kerana fungsi Zaquan berkait dengan Norshahrul, Akram dan Syameer. Selepas melihat perlawanan menentang Myanmar, aku yakin ramai orang mula tahu fungsi dan kebolehan Akram-Syameer yang begitu penting dalam mengawal permainan dan ‘gameplay’ pasukan Malaysia. Dua pemain tengah pertahanan Malaysia ini sangat baik dalam bermain 1-2 touch passes antara satu-sama lain untuk melepasi pemain tengah lawan dan seterusnya menghulurkan bola kepada Safawi/Sumareh/Zaquan yang sudah sedia membuat larian.

 

Seperti yang kita tahu, seseorang coach/manager sesebuah pasukan akan memanggil/menurunkan pemain sesuai dengan taktikal, strategi dan falsafah bola sepak yang beliau inginkan. Sepertimana Didier Deschamps melanggar orang-orang Perancis dengan tidak membawa Martial, Rabiot dan Lacazette ke Piala Dunia 2018, seperti Gareth Southgate yang melanggar orang-orang England dengan meninggalkan Joe Hart dan Jack Wilshere yang lebih berpengalaman di peringkat antarabangsa dan membawa 3 penjaga gol dan pemain tengah muda ke Piala Dunia, begitulah juga TCH. Dengan taktikal ‘possession football’ yang diamalkan oleh TCH, seperti yang aku kata tadi, amatlah penting untuk Akram-Syameer beraksi baik dalam sesuatu perlawanan. Apabila mereka berdua dapat memenangi bola tidak kira pada first ataupun second ball, Malaysia akan terus boleh melancarkan break attack dengan memiliki option di kanan (Sumareh-Syahmi), kiri (Safawi, Syazwan), dan penyerang (Zaquan), yang laju.

 

Dari 2008 lagi, ketika Zaquan mewakili Negeri Sembilan, Zaquan memiliki sepakan yang padu dan larian yang deras. Kelajuan beliau membolehkan beliau menewaskan pertahanan terutama dalam situasi satu lawan satu. Beliau juga memiliki kemahiran dalam membuat larian antara 2 pertahanan lawan dan melepaskan diri daripada perangkap offside seterusnya boleh menghasilkan peluang satu lawan satu dengan penjaga gol.  Dalam perlawanan-perlawanan persahabatan dan perlawanan pusingan awal Piala AFF, kita dapat lihat beberapa kali Dekwan membuat ‘early run’ dan dapat mendapatkan posisi terbaik untuk menebuk 2 pertahanan lawan, hanya menunggu ‘through ball’ dan ‘BAM’, Dekwan akan berada dalam situasi satu lawan satu dengan penjaga gol. Tapi sayang, bola yang ditunggu itu lambat disuap oleh midfield/winger.

 

Ramai mempertikaikan keputusan Tan Cheng Hoe, mengapa Shahrel Fikri tidak bermain sebagai penyerang utama. Kebolehan dan kelajuan Zaquan amat penting untuk Malaysia memiliki penguasaan bola seterusnya menguasai perlawanan. Larian dan ‘high pressing’ dari beliau membuatkan pihak lawan terpaksa terus menghantar bola ke atas. Gol ketiga ketika menentang Myanmar juga tercetus akibat daripada high pressing dari Zaquan. Bola yang cuba dikeluarkan oleh pertahanan mengenai muka Zaquan dan melantun masuk ke gawang gol. High pressing dari Zaquan membuatkan lawan tidak dapat memegang bola dengan lama di dalam kawasan sendiri dan seterusnya tidak dapat mengawal permainan. Tugas Zaquan (high pressing) akan memudahkan Akram-Syameer memenangi bola pertama atau kedua dan seterusnya mengembalikan penguasaan bola kepada pasukan negara.

 

Tetapi den akui, kelemahan Zaquan sebagai penyerang adalah beliau bukanlah poacher sejati seperti Safee Sali, Thanabalan dan Shahrel Fikri. Dalam skuad kali ini, Shahrel Fikri dilihat sebagai poacher sejati, memiliki naluri penjaring gol dan boleh berada di kedudukan yang tepat untuk menyambut dan menyentuh setiap hantaran yang masuk ke kotak penalti. Tetapi Shahrel Fikri bukan Zaquan. Kemungkinan jika Zaquan tiada, pihak lawan boleh menguasai perlawanan dan memegang bola dari bawah dan ini menyukarkan Malaysia membuat serangan. Mungkin hantaran ke dalam kotak tu pun berapa kerat je yang masuk. Satu lagi aspek yang perlu Zaquan perbaiki adalah ‘stability dan balancing’ beliau. Kerana kelajuan beliau, beliau kerap tergelincir dan terjatuh terutamanya ketika di atas padang yang lembap.

 

#tehoaislimau