April 20, 2024

10 dalil kenapa Ong Kim Swee tidak layak jadi jurulatih Malaysia

3 min read

Hantar artikel anda ke ultrajangmag@gmail.com dan artikel terpilih akan disiarkan. Syaratnya mudah saja, ejaan mestilah menggambarkan yang anda pernah pergi sekolah.

Artikel kelapan tulisan Pablo Aiman dari Kuala Lumpur. Enjoy!

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam bola sepak sedunia. Sejak kelmarin dan hari ini, inilah inter alia berita bola sepak semasa yang penulis dengar dan tatap:-

1. Ong Kim Swee tulis surat kepada FAM untuk jadi jurulatih tetap Harimau Malaya.

2. Neymar bakal sambung kontrak 4 tahun dengan Barcelona.

3. TMJ gesa FIFA siasat FAM isu rasuah.

Sebagai permulaan ringan-ringan, izinkan penulis meluahkan komentar seputar isu no. 1 di atas.

1. Dato Ong Kim Swee dilantik FAM sebagai jurulatih sementara skuad Harimau Malaya usai Pablo Dolah Saleh meletak jawatan (sebelum dipecat) lantaran kekalahan memilukan di kaki skuad UAE. Setakat ini Ong Kim Swee membawa skuad mengharungi 3 perlawanan antarabangsa dalam kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia. Hasil 3 perlawanan tersebut ramai juga yang memuji Ong Kim Swee (katanya).

2. Penulis pun tak pasti atas sebab musabab apa orang memuji Ong Kim Swee hasil 3 perlawanan tersebut. Adakah kerana skuad Harimau Malaya bawaan Ong Kim Swee tidak tewas dengan jaringan 10-0 sebagaimana ketika ditangan Pablo Dolah Saleh? Atau kerana tiada lagi long ball dari bawah ke atas yang dibuat secara membabi buta di atas padang? Mungkin juga.

3. Pendirian penulis ialah Ong Kim Swee atas kapasitinya sebagai jurulatih (sementara) Harimau Malaya tidak patut dipuji dan dikeji. Yang pasti Ong Kim Swee masih gagal membimbing skuad mempamerkan corak permainan bola sepak sebenar lagi bertenaga. Alasan beliau baru mengambil alih skuad adalah tidak relevan kerana beliau sudah lama sebati dengan corak permainan dan mentaliti semua pemain dalam skuad, sejak bergelumang dalam bidang kejurulatihan skuad negara, samada skuad muda atau tua, lama dahulu.

images

4. Dato Ong Kim Swee hanya mampu menjadikan Harimau Malaya jaguh Asia Tenggara, bukannya jaguh Asia apatah lagi sekurang-kurangnya melayakkan skuad ke syurga Piala Dunia. Walaupun pernah membimbing skuad muda memenangi piala-piala, hakikatnya piala-piala tersebut cuma bertaraf Asia Tenggara. Di peringkat Asia Tenggara penulis melihat pencapaian Ong Kim Swee pada tahap biasa-biasa sahaja kerana masih mempamerkan corak permainan yang tidak jitu.

5. Ong Kim Swee bukanlah calon muktamad untuk skuad Harimau Malaya kerana tidak mempunyai rekod cemerlang di peringkat Asia. Sebab apa beliau tulis surat kepada FAM nak jadi jurulatih tetap penulis pun tak pasti (walaupun katanya sebab ramai orang bagi respon positif selepas 3 perlawanan). Mungkin juga sebab di sebalik tabir FAM yang suruh tulis.

6. FAM seharusnya tidak membuang masa dengan mengulangi skrip sama sejak dua menjak ini dengan mengambil jurulatih berlevel Asia Tenggara (atau level Malaysia sahaja) untuk melatih skuad Harimau Malaya. FAM haruslah mengambil pendekatan berani untuk melantik jurulatih asing yang sekurang-kurangnya mempunyai kedua-dua pengalaman luas dan pencapaian cemerlang (atau agak cemerlang) di peringkat Asia. Dengan cara itu Malaysia secara postitifnya mungkin mampu dalam masa minimum 5-7 tahun untuk berada satu takuk di bawah level Jepun dan Korea Selatan selaku gergasi Asia. Ini adalah lebih realistik berbanding sinikal. Bahkan idea mengambil jurulatih asing untuk Harimau Malaya kini juga diutarakan oleh ‘pakar pembangunan bola sepak Malaysia’ Tengku Mahkota Johor yang mahsyur itu.

7. FAM mungkin juga melihat tahap pemain sedia ada tidak kompatibel dengan tahap jurulatih power peringkat Asia (sekurang-kurangnya peringkat Asia) iaitu dari segi latihan dan taktikalnya. Bagi penulis ini bukanlah alasannya kerana jurulatih power tersebut boleh “tukar setting” untuk menyesuaikan kaedah latihan dan taktikalnya mengikut kemampuan pemain-pemain. Dan latihan dan taktikal tersebut akan dinaik taraf sedikit demi sedikit sehingga mencapai tahap dewa bola sepak (tahap bola sepak sebenar).

msj9V

8. FAM boleh jadi juga telah serik untuk berurusan dengan jurulatih asing sejak era Allan Harris dan Bertalan Bicskei yang mempunyai budaya mengkritik secara terbuka. Sesetengah mereka awal-awal lagi sudah menampakkan ego dan membuat demand yang bukan-bukan menyebabkan FAM bertambah rimas dengan mereka. Dalam hal ini penulis ingin sekali meletakkan lengan kanan penulis di atas bahu FAM dan berbisik “no struggling no success” sambil menepuk-nepuk perlahan bahu FAM.

9. FAM boleh jadi juga (sekiranya Ong Kim Swee benar dilantik) meletakkan target melantik Ong Kim Swee untuk peringkat Asia dahulu. Kalau macam itu baiklah FAM tarik diri awal-awal dari kelayakan Piala Dunia 2018. “Ingatlah FAM, sebelum Israfil meniup sangkakala, berilah hadiah kepada rakyat Malaysia untuk merasa nikmat syurga Piala Dunia”, bisik penulis lagi untuk kali kedua.

10. Tak ingat dah.

0Shares

2 thoughts on “10 dalil kenapa Ong Kim Swee tidak layak jadi jurulatih Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.