Rumusan Pasukan Negeri Sembilan Selepas Menentang Pulau Pinang
3 min readAda beberapa episod sejarah dunia yang telah mengakibatkan rakyat jelata sedih khususnya mereka yang membenci tentang kekalahan. Misalnya, pembunuhan berjemaah terhadap Julius Caesar oleh senat Rom, kejatuhan empayar Melaka di tangan Portugis dan Haqiem Rusli berhasrat untuk tidak menyanyi lagi. Namun nasib bola sepak Negeri Sembilan bukan salah satu padanya. Walaupun banyak pembaca-pembaca Ultrajang meminta kami menghuraikan permasalahan Negeri Sembilan, bukan tugas senang untuk kami untuk jawab secara ilmiah tanpa memikirkan dahulu. Ini kerana Negeri Sembilan perlukan masa untuk memulihkannya dan tiada jawapan yang jitu dapat kami berikan.
To be clear, Ultrajang adalah polis bola sepak dunia bukannya khusus untuk Negeri Sembilan sahaja. Jadi ada masa kami menulis tentang bola sepak Eropah, ada masa tentang bola sepak Malaysia dan ada masa tentang bola sepak dunia. Since Kid dan Jang agak sibuk, Yat dan Ijat cover piala Copa America. Abang Tom terpaksa menggalas tugas mereka dan cuba menghuraikan sehabis baik untuk pembaca semua tentang bola sepak Negeri Sembilan. Disebabkan tiada apa perubahan besar dari segi persembahan pasukan Negeri Sembilan. Abang Tom memudahkan cerpen ini dalam bentuk 10 points yang simple.
- Corak permainan Negeri Sembilan masih tidak konsisten. Ada masa kita nampak mendominasi ada masa kita nampak buntu. Lebih-lebih apabila di pressing pihak lawan. Yang ini anak saudara abang Tom yang masih bermain Beyblade pun nampak.
- Tengah nampak kosong. Typical bila kita main bola sepak mesti tengah akan dipersalahkan. Namun itulah hakikat yang abang Tom nampak. Shunsuke Nakatake bukan pemain tengah yang agresif. Tenang ala ala Andrea Pirlo dalam masa sama buntu ala Alagappas. Dia perlukan defensive midfielder yang agresif untuk membantunya.
- Kalau dilihat cara permainan Mat Zan, abang Tom boleh simpulkan beliau tak gemar bermain dibahagian sayap. Bola lebih bias ke arah tengah ataupun yang sebenarnya sayap Negeri Sembilan yang kurang menyerlah.
- Negeri Sembilan banyak gol set piece. Bukti Negeri Sembilan susah hendak menjaringkan gol. Sampai bila nak gol freekick?
- Pasukan yang hebat set piece selalunya kuat di bahagian pertahanan. Statistik pertahanan Negeri Sembilan pula menunjukkan sebaliknya.
- Memang ada beberapa perlawanan pengadil tidak membantu Negeri Sembilan. Namun itu bukanlah alasan. Ketika bertandang di Pulau Pinang pengadil sudah membantu namun masih kalah. Habis tu macam mana?
- Negeri Sembilan tidak perlukan pengadil. Sebaliknya pengadil perlukan Negeri Sembilan.
- Igor Luiz nampak banyak membantu di bahagian serangan jika hendak dibandingkan dengan Thomas Koroma. Lebih-lebih bila bermain dengan Ferris Danial danĀ Almir Neto. Gol sudah mula dihasilkan untuk skuad Sang Rusa. Walaubagaimanapun gol sahaja tidak memadai untuk menang pada sesuatu perlawanan.
- Negeri Sembilan tidak suka menggunakan full back untuk overlap. Tanda-tanda yang menunjukkan Negeri Sembilan sukakan pertahanan. Sekali lagi, statistik pertahanan Negeri Sembilan pula menyatakan sebaliknya.
- Seperti yang abang Tom cakap sebelum ini. Jangan berharap terlalu tinggi. Beri Mat Zan peluang dan teruskan menyokong. Tukar-tukar pemain dan pengurus terlalu kerap ni tak akan membuahkan hasil. Ini Negeri Sembilan bukan Chelsea.
Dengan rumusan ini, abang Tom mengharap para penyokong-penyokong semua bertabahlah. Inilah kemanisan bola sepak. Tidak semestinya manis ketika menang. Ketika kalah juga ada manisnya. Abang Tom pun merah-merah telinga dekat stadium tu bila tengok Negeri Sembilan main. Kalau kita tak sokong siapa lagi hendak pertahankan maruah Negeri Sembilan? Tapi kritik tetap kritik. Semoga ketabahan kita ini memberi inspirasi untuk pasukan kita. Seperti babak akhir dalam The Last Samurai yang diinspirasikan dalam peperangan Shiroyama. Walaupun tewas dan kesemuanya mati, kekalahan dan pengorbanan mereka dijadikan contoh kepada generasi yang mendatang.
-Tom Bombadil, The New Samurai –