N9FC | Biar Logo berbicara bahasanya sendiri.
3 min readLogo raso hati Jang bilo hal logo ini kita semua dah anggap selosai. Jika masih ada sedikit rasa terkilan dalam hati kau semuo, itulah petanda baik bahawa kau semuo ini benar-benar prihatin dengan lencana didada kita semuo nanti. Izinkan Jang memberi sedikit ulasan agar kita semuo boleh move on dengan hati terbuka selepas ini dan kembali fokus kepada perkara pokok, iaitu kemajuan dan persediaan pasukan.
Pada Jang, kesediaan Negeri Sembilan Football Club membuka ruang kepada penyokong untuk mencipta logo adalah satu langkah yang dikira sangat baik. Almaklumlah, logo yang dipaparkan sebelum ini umpama Si Rusa Nani baru tumbuh ekor, apa dosa kami sehinggakan lencana pasukan kami diketawakan lawan? Jadi, ruang pertandingan mencipta logo ini Jang anggap sebagai satu langkah besar dalam mencipta ‘engagement’ diantara pasukan dan penyokong. Perlu diingat, tanpa engagement, hubungan kita dengan pasukan umpama rakyat marhaen dengan istana. Terlalu banyak protokol, terlalu berahsia, hanya kalangan tertentu sahaja dibenarkan masuk dan bergaul dan sebagainya. Sedangkan bola sepak adalah permainan rakyat untuk semua. Tidak bermaksud kita boleh langgar sahaja, kerana kita mesti dibatasi professionalisme dan budi bahasa.
Jadi, tahniah kepada N9FC untuk langkah pertama.
Walaupun N9FC membuka ruang mencipta logo kepada semua, namun bukanlah bermaksud mereka tidak mempunyai ciri atau kriteria utama yang mereka mahu lihat. Jang percaya mereka tentu ada beberapa syarat yang membolehkan mereka dapat melakukan pemilihan dengan cepat 9 senarai pendek dari 241 penyertaan. Jang percaya mereka tidak mahu ada unsur binatang dalam lencana mereka. Mereka tolak Rusa, Kerbau dan Tenggiling namun majoriti penyertaan ada unsur Rusa atau Kerbau. Dalam 9 shortlisted itu, hanya ada satu sahaja logo yang tidak ada unsur kebinatangan.
Kaedah undian juga berdasarkan LIKE mako ianya sangat adil dan tidak diragukan lagi, LIKE terbanyak layak menang. Sementara I dont Like, cannot be winner la.
Tahniah kepada saudara Azral Ramlay kerana logo ciptaannya dipilih menjadi juara dengan mendapat lebih 4500 LIKE dari seluruh alam. Jang lihat logo ciptaan beliau seperti jelmaan semula logo lama PBNS yang menggunakan 9 tangkai padi sebagai pedoman. Bersesuaian dengan status pasukan N9FC yang juga diberanakkan tanpa bidan di Wisma PBNS Jalan Rahang. Tangkai padi ini diikat dengan tali merah sebagai lambang perpaduan rakyat yang juga penyokong pasukan.
Sementara dibelakang padi terdapat perisai yang mempunyai 3 warna asas iaitu kuning, merah dan hitam. Kegunaan perisai adalah untuk mempertahankan pasukan dari diganyang musuh. Logo ini berbentuk bulat bermaksud muafakat dan sekata umpama bulatnya air kerana pembentung didalam lingkungan Tanah Adat dibawah naungan Yang Dipertuan Besar.
Kontroversi warna kuning
Jang terus menghubungi saudara Azral Ramlay melalui sekeping poskad, bertanya hal warna kuning ini. Beliau menjelaskan, ianya adalah warna Golden Yellow atau kuning emas warna diraja. Memang ianya sedikit berlainan dengan kuning yang biasa dalam logo lama tapi Azral Ramlay menjelaskan dalam poskad, ini adalah warna yang diinspirasikan dari jersi pasukan Negeri Sembilan ketika menjadi juara Piala Malaysia 2011.
Jang rasa N9FC masih mempunyai hak untuk membuat sedikit ubahsuai dengan persetujuan bersama Azral Ramlay untuk melakukan sedikit touch up pada logo agar ianya memuaskan hati kedua pihak.
Suka Jang nyatakan disini, selain prestasi pasukan, logo yang cantik hanya akan lebih menyerlah jika jersi musim 2021 juga didesign dengan lebih teliti, lebih passion dan lebih berseni. Justeru Jang ingin melantik diri Jang sendiri dan saudara Azral Ramlay sebagai pencipta bersama design jersi N9FC musim 2021. Tak payah la buat pertandingan sebab tak terdayo nak layan selero masing-masing. Sedia maklum, selera Jang adalah selera Eropah.
Hal jersi ini kena ambil iktibar juga dari musim-musim sebelum ini. Tak mahu design last minit atau cincai atau terlalu mengikut kehendak mana-mana pihak kerana nanti menyusahkan diri N9FC sendiri juga. Ambil iktibar semasa jersi Rhino dilancarkan.
Baiklah, Jang nak balas poskad peminat jap. bye!