5 faktor yang membolehkan Harimau Malaya tawan Rajamangala malam ini!
4 min readSelepas seri tanpa jaringan di Bukit Jalil Sabtu lepas, rata-rata menjangkakan tugas getir menanti Malaysia di Bangkok malam ini. Mana taknya, Thailand dah jaringkan 14 gol di stadium keramat mereka pada Piala AFF kali ini. Ni den terbaca kat mana entah. Tak ada masa den nak kira. Korang google je lah kalau nak kepastian.
Ada yang tanya kenapa tak review match first leg haritu. Jawapannya ialah sengaja den tak buat. Korang pun bukan baru tengok bola. Masing-masing dah faham dan masak dengan taktikal sukan ni. Seronok jugak kadang-kadang baca pendapat orang lain. Ada yang bernas, ada yang…hmm. Ok, kita terus ke 5 faktor penting yang membolehkan Malaysia menawan Rajamangala malam ini!
Jangan benarkan Thailand selesa mengawal possession.
Anak buah Tan Cheng Hoe perlu kekalkan corak permainan ketika aksi di Bukit Jalil. Kalau jurulatih Thailand pun cakap mereka terpaksa bertahan Sabtu lepas, maknanya apa? Maknanya Malaysia power!
Betul bukan tugas mudah. Betul suasana berbeza. Tapi untuk jadi juara kenalah harungi onak dan ranjau berduri. Kalau menang mudah macam Barcelona atau Bayern Munich setiap tahun, tak sedap lah. Nak cerita apa kat anak cucu? Langsung takde drama! Ingat, bola sepak kita musim ni berkonsepkan drama! Tak bayar gaji, masalah kewangan, comeback, pengadil buat keputusan salah. Pelbagai drama. Kalah teruk lah drama maghrib yang korang dambakan tu berbanding drama bola sepak kita ni.
Jadi, pemain negara perlu mendominasi possession supaya Thailand tak boleh bermain seperti biasa. Bayangkan mereka terpaksa bertahan di depan puluhan ribu penyokong sendiri yang mahukan mereka menyerang. Tak ke koyak mental diorang nanti? Bila mental dah koyak, lebih cenderunglah mereka nak buat silap. Andai mereka buat silap, jangan pulak Malaysia tak score!
Tindakan penyudah perlu lebih klinikal.
Kita semua tengok betapa penyerang Malaysia mengidolakan pemain England, Johnny Wilkinson, pemain New Zealand, Dan Carter dan juga John Sexton dari Ireland dengan menyepak bola untuk mendapatkan 3 mata terus. Apa barang dapat 1 gol je? 3 terus lah. Cepat sikit menang! Terutamanya Safawi. Berapa ratus percubaan dia haritu? Semuanya mencari Planet Nameck. Yang den geram, ada pulak suara yang marah bila Mat Yo dan Zaquan jaringkan gol. Kalau dah yang muda-muda ni asik cari tiang gol ragbi je, biar je la pemain senior ni score. Hmm. Teremosi pulak.
Tapi itulah, harap-harap penyerang kita malam ni lebih tenang.
Gandingan Akram dan Syamer Kutty.
Makin mantap gandingan mereka ni. Dan mereka perlu buktikan sekali lagi kepada rantau Asia Tenggara betapa mereka ini merupakan wira tak didendang Malaysia. Permata di antara ribuan kaca. Golongan defensive midfielder ni kerap dikecam sebab gagal buat game. Yang peliknya, si pengecam ni semua tak pernah pulak marah Kante, Busquets, atau Mascherano. Mereka ni pun tak buat game juga dan peranan mereka sama dengan Akram dan Syamer. Biarlah. Apa yang penting, Akram dan Syamer perlu sekali lagi mengerah kaki, paru-paru dan jantung mereka selama 90 minit bagi mematahkan serangan Thailand. Ramalan den, kalau kedua-dua mereka bermain cemerlang malam ni, Malaysia confirm ke final. If you can do it once, you can do it again boys!
Peranan pengganti Sumareh.
Tak boleh dinafikan impak Mohamadou Sumareh kepada pasukan amat besar. Selamba dia boleh attack bersendirian setiap kali menyerang cuma dia pilih untuk bermain secara berpasukan. Sayangnya, dia masih belum jaringkan gol dalam edisi Piala AFF ini. Berkemungkinan besar tidak diturunkan malam ini akibat kecederaan hamstring, penggantinya nanti perlu step-up. Semoga TCH tak pilih Hazwan Bakri. Korang semua macam biasa, nak Akhyar main dari awal kan? Tapi kalau den, lebih baik letakkan Shahrel Fikri sebagai top striker. Zaquan di belakang Eki dan Mat Yo di tempat Sumareh. Cuma jangan harap Mat Yo nak cross lah. Dia akan dribble sampai Abang Jamil…? Kau semua tahu kesudahan ayat tu.
Tapi inilah pilihan den. Pada den, Akhyar tak boleh bertahan selama 90 minit dan juga liabiliti kepada pasukan ketika bertahan.
Dan faktor terakhir ialah…
Ekor Harimau Malaya.
Biarpun jumlah mereka tidak seramai di Bukit Jalil Sabtu lepas, den yakin suara mereka didengari. Suara dan sorakan ini lah yang akan membakar semula semangat pemain apabila mereka sudah tiada keringat lagi di atas padang. Segala drama yang berlaku di Vietnam kita lupakan. Ingat pesan Pak Kid ni, kalau anda tak suka dicaruti, janganlah mencarutkan orang. Ekor buat tugas ekor, pemain buat tugas pemain, dan misai buat tugas misai. Beri sokongan tidak berbelah bagi kepada pemain. Pemain pulak pamer kesungguhan di atas padang. Misai pulak terus mengkritik secara berhemah dan membina serta menyokong. Simple kan? In Shaa Allah kejayaan jadi milik Malaysia nanti.
Kau semua jangan lupa saksikan perlawanan hebat ni malam nanti! Jangan sampai misai Harimau Malaya ni jengking kan kau semua!
Sekian,
Kid.
MISAI HARIMAU MALAYA!