April 20, 2024

AFCU16: Makmal mengesan DNA ciptaan LTK di NFDP

3 min read

Perlawanan Malaysia U16 petang ini bukan sahaja untuk memastikan Malaysia layak ke pusingan suku akhir tetapi dalam masa yang sama secara langsung menilai hasil program NFDP selama 4 tahun ini. Kejohanan ini adalah target pertama dan utama yang boleh dijadikan benchmark samada segala penat lelah dan kos (RM10juta setahun selama 4 tahun) benar-benar berbaloi.

Mereka masih kanak-kanak? Nilai RM10 juta kepada bayi, kanak-kanak dan orang tua adalah sama. Kita bercakap tentang satu program intensif komprehensif dan elite. Bukan wang anak yatim di sekolah anak yatim, jadi faktor usia tidak boleh dijadikan alasan. Mana-mana program pembangunan didunia yang kejam ini memang mengambil masa dan bermula dari peringkat kanak-kanak tetapi tidak bermaksud kene berlembut dan begitu mudah memaafkan jika mereka asyik nak flying kick sahaja dalam semua perlawanan.

Tak, masalahnya apa sekarang ini?

Masalahnya, diluar sana ramai yang menunggu masa sahaja untuk melihat program ini gagal dan mengambil peluang untuk memulangkan paku buah keras. Mereka sedia maklum situasi yang berlaku di NFDP dan banyak menaruh hati kepada potongan kek RM10 juta dan ingin merasa nikmatnya. Perlu diingat! banyak akademi luar yang indipendent merasakan pemain akademi mereka bermain jauh lebih baik walau dengan peruntukan ciput sementara The Gambang Boys dibawah kendalian Lim Teong Kim dilihat selesa dan terlebih makan. Maka, hal ini bukanlah pelik jika NFDP akan menjadi kecaman jika gagal, lebih-lebih lagi Bapa Pembangunan, Khairy Jamalludin tidak mempunyai kuasa kebal lagi untuk menjadi tembok penangkis.

Ah! sebenarnya jika kita semua melihat secara halus, memang sudah banyak mulut yang bising mengecam di media sosial semenjak awal penubuhannya tetapi NFDP tidak perlulah melayan kerana menumpukan kepada kerja adalah lebih afdhol. Walaubagaimanapun, kejohanan AFC U16 ini, yang kita layak secara automatik sebagai tuan rumah melalui bidaan yang juga bukan sedikit kosnya dilihat sebagai pentas penilaian akhir kepada NFDP. Tidak dinafikan, program NFDP ini sangat-sangat baik dan sedikit ‘kekecohan’ itu adalah biasa. Pasukan bawah 12 tahun sekolah rendah Manggis Selatan pun banyak kontroversi beb! Mana ada organisasi yang elok sahaja zuhudnya.

Tapi itu hal luar padang. Jang sekadar bergossip sebab takkan Jang nak cerita hal Pengetua Tahfiz melawat pelajar pulak. Tak manis!

Dalam padang, bagaimana dengan persembahan pasukan kita? Adakah jelas DNA yang dicanangkan selama ini berbeza dengan gaya pasukan Malaysia lain? Main 4-4-2 diamond, menyerang dari bawah, bertahan dari atas, build up game, pertahanan membuat overlapping dan sebagainya. Adakah pemain beraksi sama seperti ketika mereka masih belum akil-baligh? Adakah mereka masih digeruni seperti ketika beraksi dibanyak kejohanan Eropah selama ini? Ini barisan yang sama kan? Kalau kita lihat, rasanya tak banyak perubahan pemain dari skuad elit dibawah LTK ini. Tak silap Jang ada 40 orang kesemuanya. Jika seorang dua kene kad merah, adakah pengganti mereka tak bagus? Mana boleh! Skuad elit bawah LTK mesti melahirkan sekurang-kurangnya 8 penjaga gawang yang sama kualiti, 8 penyerang yang sama berbisa dan berbelas midfield yang sama kreatif. Soal pening kehilangan pemain sepatutnya tidak timbul dan tidak boleh dijadikan alasan.

Kerana antara objektif kelahiran NFDP yang dibidankan oleh KJ adalah untuk melambakkan pool of players kepada negara. Maka, dalam masa 10 tahun akan datang, kita dah sama taraf dengan Jepun dan mempunyai berlapis liga yang sangat sibuk. Takkan nanti kita nak dapatkan 25 pemain terbaik pun susah? Jangan biarkan angan-angan ini dikitar semula oleh menteri sukan baru. Jang dah tak larat!

Antara isu yang dibangkitkan oleh penyokong semenjak dahulu adalah transisi pemain muda ke peringkat senior yang selalu sesat ditengah jalan. Mereka risau, apa akan jadi kepada pemain muda berbakat ini apabila meninggalkan NFDP dan diserapkan kepasukan negeri di bawah FMLLP (jika dahulu dibawah FAM) tetapi untuk hari ini, persoalan itu kita put on hold dulu. Kita lihat adakah mereka benar-benar memberikan persembahan yang lain dari yang selalu kita lihat. Itu sahaja dahulu.

Jang bukan apo, apabila Jang tanya kepada beberapa individu bagaimana persembahan pasukan U16, ada yang kata “ok je”, ada yang kata ‘2nd half teruk!” ada yang jawab “Tajikistan takda NFDP pun!” dan ada yang jawab;

“Ah! sama saja macam Safiq Rahim munculkan diri masa muda dulu” (aik? Takkan NFDP sama kelas dengan sekolah sukan?)

Selamat maju jaya kepada pasukan Malaysia U16 petang ini. Buktikan kepada penyokong dan pengkritik bahawa kamu adalah lain dari yang biasa. Buktikan kepada pelabur yang pelaburan kepada bola sepak bukan perkara sia-sia. (peh! sampai begini tekanan mereka!) Tunjukkan kualiti DNA atau sikap terbaik ketika bermain. Tekanan boleh datang dari penyokong yang ramai, hentaman dan makian dan juga dari artikel Jang tetapi itu semua asam garam mahu menjadi pemain professional.

Buktikan kepada pelabur yang wang mereka tidak sia-sia itu bagi Jang cukup mahal.

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.