December 11, 2024

Albert Einstein kata perlantikan Datuk Ong Kim Swee adalah kerja gila!

3 min read

Albert Einstein kata; Membuat kerja yang sama berulang-ulang dan mengharapkan hasil yang berbeza adalah kerja gila. Cakap Einstein ni kita boleh pakai sebab dia dah buat ujikaji beribu kali. Salah satu kejayaannya yang besar adalah menjumpai formula untuk tenaga atom. Boom! Namun selepas melihat hasil formulanya itu digunakan untuk memusnahkan dan membunuh manusia, Einstein kecewa dan menyesal.

Jang kata; Melantik jurulatih yang sama berulang-ulang dan mengharapkan keputusan yang berbeza adalah kerja gila, buang masa dan mempermainkan perasaan berjuta peminat bolasepak Malaysia.

Seperti dijangka, FAM memilih Datuk Ong Kim Swee sebagai jurulatih Malaysia. Masa calon hantar borang pun Datuk Mokhtar dan B. Sathianathan (panel pemilih) dah heboh kata calon jurulatih kebangsaan mestilah faham dan masak dengan budaya bolasepak tempatan. Kalau Alex Ferguson atau Pep Guardiola hantar borang pun automatik dianggap tidak layak sebab mereka tak faham dan masak.

FAHAM. MASAK. BUDAYA.

Itulah 3 benda yang Jang tak faham, tak masak dan nak sangat tau apa itu budaya bolasepak tempatan. Persoalan yang sama Jang dah tanya sebelum ini, jika Ong Kim Swee dilantik atas dasar faham, masak dan budaya, kenapa jurulatih untuk skuad Sukan Sea FAM pilih Frank Bernhardt dari Jerman? Adakah Frank Bernhadrt ini sudah faham, masak dan tau budaya bolasepak tempatan atau budaya bolasepak pemain bawah 23 lain, tak sama dengan skuad senior?

Atau jika Jang salah dan tak faham atau tahu, bagitau Jang.

Pasukan Malaysia ini terkenal tak kuat dan pemain kita juga terkenal tak hebat. Akuilah hakikat itu. Jadi untuk menjadikan kita kuat dan hebat, kita perlu seorang jurulatih yang hebat dan punya rekod yang baik bersama kelab dan negara. Jika pasukan kita ni hebat dan punya pemain terbaik, kita boleh saja letak sesiapa pun menjadi jurulatih. Jang bagi contoh; baru-baru ini Dimitri Seluk, agen kepada Yaya Toure kata Pep Guardiola adalah seorang manager yang tidak bagus (atau tidak terbukti bagus). DImitri Seluk kata;

“Atuk saya pun boleh bawa Bayern dan Barcelona jadi juara Bundesliga dan La Liga!”

Kenapa Atuk Dimitri boleh bawa Bayern dan Barcelona jadi juara? Sebab Bayern dan Barcelona adalah dua kelab besar yang punya pemain hebat. Letaklah siapa pun jadi jurulatih, mesti juara. Dimitri menambah;

“tengok Luis Enrique, dia bawa Barcelona jadi juara La Liga dan Champions league musim lepas, tapi semasa menjadi manager Roma, apa Luis Enrique dapat buat? KOSONG!”

Tuan-tuan nampak tak kenapa kita perlu jurulatih hebat? Sebab pasukan kita adalah pasukan belasahan, bukan Barcelona atau Bayern. Ong Kim Swee kene buktikan yang beliau adalah hebat dengan melatih Melaka United dulu. Jika dia boleh bawa Melaka United, baru Jang nak percaya pada dia. Bukan mahu merendahkan keupayaan beliau, Datuk Mokhtar atau B. Sathianathan tetapi itulah hakikat bolasepak Malaysia. Tak payah Jang nak ulas deep sampai isu pilih pemain yang sama, pilih kasih, corak latihan dan sebagainya.

Ken Worden pernah berkata “bagaimana saya mahu terapkan latihan taktikal kepada pemain bila perkara asas seperti menahan bola, menanduk bola, membuat hantaran dan sebagainya pun mereka masih lemah”

Diberitakan seorang jurulatih import tidak jadi melatih pasukan Pahang apabila melihat aksi pemain mereka (nama dirahsiakan) dan berkata “pemain Pahang sudah liat, sudah tua dan sukar dibentuk. Jika beri saya pemain berumur 9 tahun, saya akan jadikan dia hebat untuk Pahang” 

Ini dua contoh jurulatih yang tidak faham, masak dan tahu budaya bolasepak tempatan tapi faham, masak dan tahu keupayaan pemain tempatan. Budaya dan keupayaan, dua perkara berbeza yang FAM tidak nampak? Sebenarnya kita tak mahu terima hakikat bahawa pemain kita perlukan ilmu dari luar. Negeri Sembilan melantik jurulatih kecergasan terbaik dari luar. Kenapa? Sebab mahu pemain yang bermain untuk Negeri Sembilan mesti boleh bermain dengan cergas untuk 90 atau 120 minit. Bukan tidak ada jurulatih kecergasan tempatan, tapi mereka terlalu faham, masak dan sebati dengan budaya pemain, makan nasi lemak sama-sama nanti.

Memilih jurulatih tempatan bukanlah sesukar mencipta  formula atom atau resipi KFC tapi jika memilih jurulatih yang sama (dan semestinya barisan pemain yang sama) berulang-ulang maka Albert Einstein pun akan ketawa dalam kuburnya dan menyesal mencipta ayat; ‘Insanity: doing the same thing over and over again and expecting different results’ sebab benda itu pun manusia tak faham, macamana nak cipta formula atom!

#BolasepakKitaWajahKita #Budaya

0Shares

11 thoughts on “Albert Einstein kata perlantikan Datuk Ong Kim Swee adalah kerja gila!

  1. Lagi tak faham budaya ada team bawah 23 tahun ni. Nak buat menda ada team level umur macam ni?
    Dele Alli umur 19, Neymar (23) Thomas Müller World cup 2010 (20) Pogba (22). Itu baru bagi 4 orang contoh je.

    Liga Malaysia ni kurang team dan player berkualiti, kenapa nak kena pecahkan jadi satu 2 team. Yang skuad senior sepak bola pakai arah telur tu buang la ambik yang siuman sikit campur dengan bawah 23. Pegawai FAM yang bodoh-bodoh alang tu berenti la pergi jual kasut ke dekat uptown, tak pun jual aiskrim goyang dekat jonker street tu.

  2. Ada Ape pada budaya bolasepak kita?menahan,kawal bola msh mgecewakan.sblm game janji bulanbintang harap gawang kebal.idam skor.usah harap boleh bolos.time game ape yg dijanjikan ntah kemana..budaya team kita adalah gagal bertahan dgn baik,gagal dominasi game,jarang buat percubaan tepat.klu kita lawan brunai,kemboja@laos.crak game mereka lagi kemas,tertarik dan menarik wlaupn ranking bwah

  3. Budaya bolasepak Malaysia yg den faham ado satu yo yakni menaikkan lagi ranking kedudukan dalam Fifa. ( menaikkan di sini besarkan lagi no eh). Itu adalah objektif yg tlh ditetapkan oleh FAM gamak eh supayo boleh jalan2 eropah bawak team cari pengalaman kato eh. Kok dh power, logik akal den, kompom berobut team negaro lain ajak lawan kan,tapi kono ikut jadual fifa kan. Mano nk sodap ikut ckp fifa kalau dapek jalan2 sebulan 1kali yo. Gilo. Apo tah den rapikkan ni. Stone gamak eh. Apo pun. Kompom. OKS coach Melaka United. Nismilan di sepak2 kan ajo nanti. Hahaha.

    1. Ayob…kalau lawan kelab,camno nak naik ranking. kalau naik ranking, sapo kito nak lawan sebab asik kalah je..bila kalah perlawanan kelas A, jatuh la ranking

  4. Mmg stuju 100% dgn jang. Sama macam batalion tentera dan askar, kalau comander macam lembu sah sah anak buah kena sembelih senang2 kat medan perang. Tapi kalau commander bijaksana macam napoleon, askar biasa2 pun dia boleh lead takluk empayar.

    Sakit ati dgn mutu bola sepak malaysia. Haram jadah nye adalah FAM. We are fucked

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2024.