Analisis jujur kenapa Manchester United bakal juara musim 2015/16
4 min readHantar artikel anda ke ultrajangmag@gmail.com dan artikel terpilih akan disiarkan. Syaratnya mudah saja, ejaan mestilah menggambarkan yang anda pernah pergi sekolah.
Artikel kelima tulisan Pablo Aiman dari Kuala Lumpur. Enjoy!
Sejak sekian lama persengketaan di EPL ialah persengketaan antara penyokong MU, Arsenal, Chelsea dan Liverpool, dan sejak 4-5 tahun kebelakangan ini penyokong Manchester City mula memasuki gelanggang persengketaan tersebut. Kelab-kelab lain? Kelab-kelab lain tak penting pun untuk diceritakan di sini.
Persengketaan tersebut terjadi kerana kelab-kelab tersebut masing-masing berebut untuk menjadi yang terbaik, yakni menjadi juara liga EPL yang mahsyur itu. Untuk menghentikan persengketaan ini penyokong-penyokong kelima-lima kelab ini hendaklah sedar diri dan berpijak di bumi yang nyata, dan kemudiannya menerima hakikat tentang kelab yang mereka puja itu dengan hati terbuka dan insaf.
Sesungguhnya fakta-fakta di hadapan mereka sudah pun terang lagi bersuluh, cuma keegoan dan/atau kebodohan mereka sendiri yang menyebabkan hati mereka tidak tenteram dan mulut mereka sentiasa menempik.
Hakikat kebenarannya ialah seperti berikut:
“Juara EPL musim 2015/2016 adalah antara Manchester City atau MU ”
As simple as that.
Pernyataan italic (tulisan serong) di atas bukanlah sebuah prediksi tetapi sebuah logik di atas asas yang kukuh melalui analisa yang mudah dihadam tapi mendalam dari semua segi. Pendek kata ia adalah logik yang masuk akal yang bukannya dibuat secara membabi buta, dan ia dibuat oleh penulis sendiri.
Analisa dan logik tersebut bersandarkan perkara-perkara berikut (atau dalam kata yang lain mengapa Manchester City dan MU tapi bukan Arsenal, Chelsea atau Liverpool?):-
1. Setakat 13/10/2015 Manchester City menerajui tempat paling atas liga manakalah MU ditangga ketiga. Arsenal di tangga kedua manakala Liverpool dan Chelsea masing-masing ditangga 10 dan 16. Maka oleh itu Manchester City dan MU dilandasan terbaik untuk menjadi juara EPL dengan perbezaan mata yang minima antara keduanya.
2. Mengapa tidak Arsenal yang sedang menghuni tangga kedua? Jawapannya mudah kerana walaupun mempunyai pemain-pemain hebat seperti Ozil dan Sanchez, Arsenal dikendalikan oleh Wenger! Pencapaian Wenger sejak 5 tahun (atau lebih sikit) kebelakang ini adalah lebih sikit di atas tahap biasa-biasa saja, tetapi tidak sampai kepada tahap hebat. Perstasi dan pencapaian Wenger adalah statik!. Oleh itu, selagi Wenger mengendalikan Arsenal, Arsenal tidak akan memenangi gelaran juara liga apatah lagi Champions League (maaf, Champions League bukanlah topik perbincangan di sini).
3. Chelsea? Chelsea masih lagi mempunyai beberapa pemain hebat dan The Special One Encik Jose Mourinho selaku coach. Jose Mourinho adalah salah seorang pengendali yang diminati oleh penulis sebenarnya (persetankan taktik park the bus), tetapi Jose Mourinho kini sudah menjadi gila akibat isimnya hendak menjadi juara segala juara. Jose Mourinho bukan sekadar mahukan kelab yang dikendalikannya menjadi juara, bahkan lebih dari itu beliau sendiri yang sebenarnya mahu menjadi juara – yakni membuktikan dirinya the best among the best. Secara khususnya beliau mahu membuktikan dirinya lebih baik daripada Pep Guardiola yang pernah menempa kegemilangan di Barcelona dan Bayern Munich. Akibat Jose Mourinho sudah menjadi sewel dan tertekan akibat obsesi terlampaunya maka dia merencanakan Chelsea itu dalam keadaan gila dengan taktikal yang tidak masuk akal dan caca merba. Akibatnya Chelsea lebih banyak tewas dari menang dalam perlawanan-perlawanan di peringkat liga sehingga jatuh ke tangga 16 liga setakat artikel ini ditulis.
4. Liverpool? Penyokong-penyokong Liverpool yang beragama Islam bolehlah mengucapkan alhamdulillah kerana kelab yang mereka sayangi berada di tangga 10 liga lebih baik dari Chelsea. Para penyokong Liverpool membutuhkan magis ke atas Liverpool untuk menghuni tangga teratas liga selepas kehadiran jurulatih baru yang tidak kurang sensasinya iaitu Klop. Mustahil bukan? Apatah lagi Klop itu masih amat mentah dengan sepak terajang dan kegetiran di kancah EPL yang lain macam sikit berbanding liga-liga lain di muka bumi ini. Lihatlah apa yang terjadi dengan MU setibanya Van Gaal. Ketika itu Van Gaal amat angkuh dan yakin dirinya mampu mengendalikan MU dengan sempurna selepas perginya Sir Alex Furgeson dari kelab tersebut. Namun tidak seperti yang diimpikan, akibat belum mengenal sepak terajang EPL, Van Gaal gagal di musim pertama beliau!.
5. Dan mengapa Manchester City dan MU adalah calon terbaik? Selain dari butiran di perenggan 1 di atas, Manchester City mempunyai ramai pemain hebat dan yang paling penting mereka serasi sesama sendiri dan juga dengan taktikal yang diserapkan oleh Manuel Pellegrini. Manuel Pellegrini sejak mengambil alih Manchester City telah menerapkan latihan dua kali ganda kepada pemain-pemainnya sehingga pada mulanya kebanyakan pemain mengadu keletihan tetapi berbaloi juga kerana mereka menempa gelaran juala liga dengan cara latihan tersebut di musim pertama Pellegrini di EPL. Di bawah Pelegrini juga pemain hebat yang kehilangan rentak seperti Edin Dzeko (sekadar contoh) mula menjadi power dengan menjaringkan gol yang lebih banyak.
6. Mengapa MU juga menjadi pilihan disamping Manchester City? Walaupun Van Gaal gagal membuatkan MU menjadi juara, Van Gaal tidaklah membuatkan kelabnya jatuh ke kedudukan yang hina seperti Chelsea pada musim ini. Bahkan kedudukan MU dalam liga boleh dianggap “not bad”. Dalam erti kata lain Van Gaal masih mempunyai harapan cerah untuk membawa skuad MU menerajui liga. Van Gaal tewas pada musim pertama beliau kerana terlalu bongkak, over confident dan masih mentah dengan sepak terajang EPL, tetapi MU bernasib baik kerana Van Gaal adalah mansia yang cepat belajar dengan suasana EPL.
Kesimpulannya, Manchester City dan MU berada di landasan terbaik untuk menjadi juala liga, dan sekiranya salah satu kelab ini memenangi EPL, zionis akan menjadi gembira dan serta-merta menghentikan serangan ke atas warga palestin selama-lamanya.
Analisis mantap, Arsenal hanya perlu menggila untuk keluar daripada garisan yang sama setiap tahun daripada Wenger. Permainan Arsenal nampak mantap kadang-kadang. Secara jujurnya M.City macam lebih bersedia untuk menang. Apapun dalam bola sepak akan ada kejutan.
Liverpool juara baru kejutan. hehe