Apa itu ‘Mid-season Break’ dan kenapa Klopp keras kepala?
2 min readUntuk pemain permainan ‘Fantasy Premier League’, korang mesti pelik dengan jadual Liga Perdana Inggeris (EPL) pada minggu perlawanan ke-26. Perlawanan EPL yang kebiasaannya berlangsung selama seminggu secara tiba tiba diceraikan kepada 2 minggu. Kenapa?
Pada bulan Jun 2018, penganjur EPL telah menambah undang-undang baru untuk EPL 2019/2020 iaitu ‘Mid-Season Player Break’. Maksudnya semua pasukan yang bertanding dalam EPL akan diberikan rehat dua minggu selepas mengharungi jadual yang padat pada bulan Disember 2019 dan Januari 2020.
‘Mid-Season Break’ ini juga dibuat untuk memberi masa rehat untuk kelab-kelab yang bertanding di pusingan kalah mati Liga Juara Juara Eropah dan Liga Europa. Memang berpandangan jauh penganjur EPL ni!
Pada minggu ke 26, perlawanan EPL akan dibahagikan kepada 2 minggu iaitu 4 perlawanan akan berlangsung pada 8 Februari 2020 hingga 10 Februari 2020 dan baki 6 perlawanan lagi akan berlangsung pada 15 Februari 2020 hingga 18 Februari 2020.
Baru-baru ini timbul pula isu apabila perlawanan timbal balik Piala FA dijadualkan berlangsung semasa ‘Mid-Season Break’ ini sehingga jurulatih Liverpool, Jurgen Kloop mengatakan dia akan hantar pasukan bawah 23 untuk perlawanan itu. Macam macam hal Liverpool ni! Klopp langsung tak hormat kepada FA England, keras kepala dan terlalu fokus kepada kejuaraan liga yang sudah 30 tahun menjadi barang permainan kelab lain seperti Leicester, Chelsea dan Manchester City. Pasukan lain pun main juga EPL tapi tidak sehingga menjadi kurang ajar semata-mata ingin memeluk piala Inggeris.
Pada pendapat Jat, ‘Mid-Season Break’ ni bagus untuk pemain EPL rehatkan fizikal dan mental selepas berminggu minggu menghadap jadual yang padat. Kasi can laa! Benda main tiap tahun semenjak 1992, bukan tahun 2020 ini sahaja EPL dan Piala dijalankan. Biarlah pasukan tidak kuat, asalkan budi bahasa tidak dipijak-pijak.
Jat,
Anti orang besar kepala, sombong dan tak hormat FA Inggeris.
*Ini adalah artikel pertama dari Jat The Mambaus. Beliau cuba menulis selepas beberapa filem lakonannya tidak mendapat hak tayangan wajib. Sama-sama kita beri sokongan kepada beliau. Jika beliau konsisten, Jang akan bagi dia password dan akaun baru. Steady Jat!