April 21, 2025

Apabila Harimau ikut menari tarian Arab.

4 min read

Artikel sumbangan Alif Azizan.

Secara jujurnya Alep tak boleh tidur langsung lepas game malam semalam. Apa silapnya kita? Apa yang tak kena dengan kita? Tak buat homework? Masalah keserasian, kepincangan taktikal? Masalah cuaca? Cinggey? Tak fit? Match fitness hilang? Banyak benda yang Alep rasa kau orang boleh nampak dari game lepas yang sememangnya membuatkan seluruh penyokong Harimau Malaya boleh naik histeria. Tapi itu lah, tak guna Alep nak rant panjang. Nasi pun dah jadi bubur. Alep harap kalau TCH baca artikel ni, dia akan baca dengan hati yang terbuka.

Naturalisasi, bernas atau beban?

Alep tak nafikan yang pemain kacukan ni bagus (Ada lah 2-3 malam tadi yang perform kut). Dion Cools, Davies, dan Corbin adalah antara pemain yang patut diberikan kredit malam semalam. Alep tak nafikan pemain naturalisasi punya kualiti “tersendiri” dan mungkin itu lah agaknya yang TCH nampak pada De Paula dan Liridon. Kualiti untuk menjadi parasit dan biawak hidup dalam pasukan.

Bandingkan game 2019 di SNBJ dan malam semalam. Alep tak nafikan juga pandemik Kobid ini menjadi punca hilangnya momentum namun dengan “kesebelasan terbaik yang pernah kita ada” setakat ni, wajar ke kalah 4-0? Dengan tak ada energy nya, attitude berjalan lenggang kangkung, first touch tahap tournament wakil kelas sekolah rendah. Ini ke naturalisasi yang kita nak angkat dan banggakan?

Percaturan yang pelik

Alep adalah antara penyokong tegar TCH, kalah AFF dulu pun tak ralat sebab main okay, takde masalah. Tapi malam tadi mungkin TCH mengalami “tactical disaster”. Nak kata masalah keserasian? Bukan ke semua datang dari kelab bawah sana nun? Jadi apa yang tak serasi lagi? Masalah cuaca? Bukan kah Harimau Malaya dah bertapa di Bahrain sejak dua minggu lepas? Siap berguru dengan Ronaldinho lagi.

Bila lineup Malaysia keluar semalam, Alep menjadi hairan, kenapa Azam Azih diletakkan sebagai single pivot? Beliau tidak punya kepantasan mahupun fizikal untuk bermain formasi tersebut, Syamer Kutty sebagai Attacking Midfielder bersama Mat Don?

Alep dan UAE hanya mampu tersenyum. Apa rasional keluarkan Azam Azih untuk Syafiq Ahmad? Apa motif kau keluarkan satu satunya pemain tengah yang betul (atau cuba) buat kerja? Tak cukup dengan itu, Aidil juga dikeluarkan untuk CB yang lain, untuk apa? Suka diulangi, ini bukan main untuk kelab ya, ini untuk negara. Kalau CB, posisi yang paling tak banyak berlari ni dikeluarkan, apa maknanya tu? Ah korang fikir lah. Sub ada 5, tapi yang masuk cuma 2. Kenapa benda sesimple ini kita tak mahu ambil kesempatan?

Mana kudrat dan semangat?

Secara jujurnya, game malam semalam adalah game paling murung pernah Alep tengok. Sebab Alep tahu, kalau main betul betul, kita memang ada kualiti untuk makan UAE. Kualiti level Asia, Brazil, Kosovo, UCL, Johor, pemain kita memang tak dinafikan ada kualiti, tapi mana perginya semangat untuk menang bola? Jiwa bermain demi negara? Bukan setakat pemain naturalisasi ja, pemain tempatan pun sama (Kecuali Farizal). 

Alep sendiri boleh nampak, pada kedudukan 0-0, dari minit ke 23 hingga 30, pemain kita masih selesa berkampung dan berlenggang dari melakukan pressing. Ini ke yang diajar TCH dan FAM? DNA apa ni? Jerman? France? DNA apa yang mengajar kita bermain tanpa jiwa ni? Kau orang cerita sikit dengan aku.

Midfield hancur sehancur-hancurnya

Sejak perlawanan menentang Kuwait dan Bahrain kita tidak punya gandingan midfield yang betul ampuh dalam menerima asakan mahupun mengatur serangan. Bola sepak ini adalah permainan yang cukup mudah. Siapa menang di tengah, dia lah yang menang segalanya. Jadi biar Alep tanya TCH, apa rasional main High Defensive Line tapi Midfield tak buat pressing? Bukan kah itu kerja bodoh namanya?

Syamer Kutty in midfield? Sama juga macam Gary Robbat, ada fizikal, namun kualiti kelaut, beliau, Azam dan juga Liridon semuanya lenyap ditelan alunan marhaban UAE semalam. Work rate yang mengecewakan, tempo yang mengecewakan, tenaga yang mengecewakan. Tiada naik turun daripada trio ni, kesemuanya layu, longlai serta menghampakan. Disgraceful.

Jadi adakah Nazmi Faiz bakal mengubah senario pasukan ini? Hugely doubt it, dengan minit permainan sedia ada, mungkin selamat untuk kita katakan tidak. Paling tidak pun, at least beliau akan berlari dan sediakan alternatif yang lebih “mobile”. Brendan Gan? Mungkin, pada hemat Alep, tak perlu lah letakkan harapan yang tinggi.

Betul ke ini team TCH?

Ada ura-ura nakal mengatakan bahawa team kalini bukan lah pilihan TCH tapi pilihan nun disana. Siapa dia? Tak tahu lah, rasanya ramai dah boleh agak. Tapi Alep tak tahu apa apa dan malas ambil tahu. Siapa yang terpilih, dia lah yang patut bagi 200%. Dan kita sendiri boleh nampak siapa yang bagi 200% dan siapa yang tidak. Ini bukan masalah kelab, tapi masalah individu, pasukan dan semua orang.

Benda dah lepas, nasi pun dah jadi bubur. 

Suka diingatkan bahawa Indonesia baru saja mengikat Thailand 2-2 semalam. Ada pemain naturalisasi? Tidak. Game pun laju, sedap, mampat dan padat. Mungkin itu lah bezanya main ada jiwa dan main demi elaun negara. Dan kalau lah kita layak ke Asia disebabkan result Indonesia-Thai ni, kita sepatutnya bersyukur. Tapi kalau kesebelasan yang sama dikekalkan untuk game Vietnam dan Thailand, maka dengan selamat dan yakin lah kita boleh katakan;

“Selamat Tinggal China 2023”

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2025.