Berikan kami keamanan atau berikan kematian kepada bolasepak Malaysia.
2 min readPerang atau aman bukan penentu kebolehan (atau kebangangan) sesebuah negara itu bermain bola. England, sebuah negara penjajah dunia dan tempat lahirnya sukan bolasepak dengan fasiliti dan kemewahan kelab mereka juga adalah sebuah pasukan lawak di eropah.
Palestin tidak bercerita hal negara dan kesusahan mereka, kenapa kita heboh nak bandingkan kualiti pasukan mereka dengan Malaysia? Ini semua buang masa. Baik kita terus ke penyebab utama iaitu pasukan Malaysia bermain serupa setan! Tak payah nak post mortem sangatlah, tunjuk statistik matematik bagai. Buang megabyte je.
Jang tak nak sentuh gaya permainan sebab dah berbuih cakap sebelum ini. Jang juga tak nak komen hal Dollah pergi Jepun atau hal pemain pertahanan yang kangkang lebar sangat sampai boleh kita ubahsuai peribahasa ‘sekangkang kera’ kepada sekangkang bek negara. Cuma Jang nak cakap satu saja dan ini personal – sokongan tidak harus membabi buta.
Ultrajang perhatikan saja kesungguhan ultras memanggil 100Ribu penyokong untuk datang dan menyokong Harimau Malaya. Bukan main lagi ayat-ayat mereka. Tetap meyokong la, apa guna jadi rakyat Malaysia la, kalau bukan kita, siapa nak sokong la, tengok TV tak true la, FAM bangsat lah, jadi ekor Harimau Malaya laa..sudahnya jadi ekor apa? Teka sendiri.
Rilek-rilek sudah la. Abang Botak jual burger tu lagi galak pergi stadium. Bila Malaysia main hampeh, tempias dia kene pada semua penyokong juga. Sokongan tidak harus membabi buta!
KJ pagi ini cakap dia akan pastikan taktik long ball bodoh dimusnahkan. Jang rasa maksudnya, long ball boleh tapi bukan yang bodoh. Jang terus yakin umat Malaysia akan dapat melihat aksi mantap Malaysia 8-10 tahun akan datang dibawah program NFDP. Tapi NFDP ini boleh jadi MAS juga kalau ada campur tangan politik yang ingin menyeluk sama kedalam poket bolasepak Malaysia. Harap ini tak berlaku.
Sebut pasal politik, Jang terdengar ada gossip mengatakan seorang Menteri pun terpaksa jolok RM50 seorang untuk kumpul 10,000 penyokong datang mendengar ceramahnya dan paling klasiKKK; jika politik ini sejenis sukan, Malaysia dah lama jadi juara dunia.
Obama pun turun KL main golf dengan juara dunia.
P/s : Ada baik korang baca buku Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia karangan saudara Lucius Maximus, terbitan DubookPress.
Pawer Jang!