Bolasepak sebenar!
1 min readUltrajang.com baru saja diberi tauliah dan hak mengkritik liga inggeris oleh Baginda Queen. Walaupun berat tugas ini, tapi Jang akan cuba galas dengan penuh ketelusan. Telus disini bermaksud, tiada unsur berat sebelah. Walaubagaimanapun, hak tersebut hanya melibatkan kemenangan pasukan Manchester United, kekalahan pasukan Chelsea, kebodohan pasukan Liverpool dan kelucuan pasukan Arsenal sahaja. Sementara hak mengulas pasukan lain diambil oleh blog biasa-biasa kat luar.
Jang bukan tengok sangat bolasepak inggeris ni sebenarnya sebab hati Jang ni berat ke liga tempatan. Tapi itulah, malam tadi Jang pergi Paroi tengok NS Matrix lawan Selangor PKNS, walau nama liga tu dah sama (liga perdana) tapi kualiti permainan NS Matrix tak la sama, malah lebih parah. Jumlah kehadiran penyokong pula cukup sedih. Jang terpaksa buat-buat tak nampak saja tempat duduk penonton.
Dengan kehadiran macam tu, K. Devan pun sengih je bila orang maki. Helmi Eliza lagi la, striker lawan tendang bola pakai lutut pun dia tak boleh selamatkan. Lepas tu dia geleng-geleng kepala – konon frust, tapi dia tak kisah pun sebab kehadiran penyokong yang ciput tidak menggentarkannya.
Setiap musim penyokong bola NisMilan terpaksa menelan air liur dan sejukkan diri sendiri dengan ungkapan “takpa, kita buat balik musim depan”, “musim depan kita naik liga super”, atau “Azraai Khor ambik nanti, kita power balik”.
Jang tau anasir dan pemikiran begini berpunca dari Liverpool dan Jang bersumpah akan mencari dalang yang menjadikan Negeri Sembilan sebegitu hina dihati Jang sendiri.
Inilah tugas Ultrajang.com – Polis Bolasepak Dunia