October 13, 2024

Bukan Pemain Tetapi DNA Malaysia Yang Perlu Naturalisasi

3 min read

Sepanjang kami tinggal di Malaysia ini. Kami tidak pernah mendengar harimau di belantara yang kacuk. Semuanya berbelang hitam oren langsung tidak bersulam putih. Namun demikian, tanpa naturalisasi pun Pak Belang di hutan masih digeruni baik di wilayah Tanah Besar China, sehingga ke wilayah Eropah. Jadi kenapa kacuk atau naturalisasi ini perlu?

Tak perlulah kami menyebut tentang perlawanan pagi tadi dengan detail sebab netizen semua lebih mengetahui. Tidak perlu juga kami keluarkan statistik-statistik dalam bentuk pdf kerana hal ini tidak akan dapat menjawab persoalan kenapa Harimau Malaya dikalah semalam. Hal perbezaan definasi kacuk dan naturalisasi pun kita masih berbeza. Di sini kami ingin berkongsi pandangan penulis-penulis Ultrajang tentang naturalisasi besar-besaran yang baharu kita buat ini. Semoga perbincangan kami ini diterima pakai ataupun dikritik secara ilmiah seperti pandangan bola sepak yang lain.

Fizikal Bukan Penentu

Bak kata orang Senaling, ‘Size doesnt matter’. Ramai di antara pengkritik dan penyokong mengatakan menggunakan naturalisasi sekadar hendak lawan badan baik tak payah. Ramai suka bandingkan pemain fizikal kecil Jepun dan Korea contohnya yang tak perlu besar untuk melawan Eropah. Kante juga bersaiz kecil, masih mampu memporak perandakan kekebalan pasukan lawan. Jadi bermakna secara logiknya Syamer Kutty pun boleh.

Namun hal ini banyak juga disebut-sebut oleh banyak jurulatih yang pernah mengendali skuad kebangsaan. Fizikal pasukan Malaysia memberikan kesan kepada keupayaan kita untuk melawan. Malah jika kita compare fizikal pemain kita dengan Asia lain seperti Jepun, Korea dan UAE sahaja sudah cukup untuk nampak perbezaan.

Walaupun tidak sebulat suara kami berpendapat naturalisasi kerana fizikal hanya membuang masa. Mungkin hakikatnya masing-masing ter ’miss’ sesuatu yang lebih penting. Saiz keyakinanan adalah saiz yang sebenar perlu kita naikkan bukan saiz badan.

Masih Terlalu Awal

Ada diantara kami yang cakap masih terlalu awal untuk judge pemain-pemain naturalisasi ini. Takkan baru mengandung hari ini esok dah beranak yea tak? Cools dan De Paula masing-masing baru lagi menyarung jersi Harimau Malaya. Nama pun mungkin jerit pakai nombor sahaja atas padang macam friendly yang kita main bila jadi bidan terjun.

Kita juga tidak boleh sewenangnya menyatakan mereka sama sendiri dah bermain dalam satu pasukan sebelum ini. Tak sama. Kitab mereka pakai tak sama. Kung Fu Shaolin mungkin sama tapi kitab mereka berbeza-beza. Jackie Chan pun pakai satu sahaja Kung Fu mabuk. Ruang itu perlu untuk setiap pemain agar faham sesama mereka.

Bola favourite sama sendiri pun masih berteka-teki. Kita boleh nilai keserasian pasukan itu simply dengan melihat fluid permainan dan semalam nampak tak ada benda ni semua. Untuk kami, pasukan ini nampak masih tak lengkap dari segi fluid. Jika Tan Cheng Hoe boleh kembalikan fluid pasukan kebangsaan seperti masa Piala Suzuki dahulu.

Kami yakin naturalisasi ini akan membawa hasil satu hari nanti. Ini pandangan minoriti dalam Ultrajang.

Naturalisasikan DNA Malaysia

Kami juga ingin memetik kata-kata Jang dalam perbincangan kami semalam. “Bagilah minyak F1 dekat kereta Saga, takkan lepas juga Saga tu nak masuk litar Sepang”. Naturalisasi sekadar tukar pemain tidak cukup untuk menjadikan skuad Harimau Malaya itu setaraf jaguh dunia.

Jika Messi dan Ronaldo main untuk Malaysia semalam, keputusan mungkin masih kekal empat berbalas kosong. Ini kerana DNA Ronaldo dan Messi sudah serasi dengan DNA Eropah. Manakala Malaysia masih lagi kekal dengan DNA Mokthar Dahari.

Ini pandangan sebulat suara.

Analisa Mesti Dibuat

Kami semua setuju analisa perlu dibuat. FAM mesti lebih bijak tentang perkara ini kerana mereka sudah bertahun-tahun menghadap benda sama. In case mereka lupa, kami di Ultrajang sekadar mengingatkan. Eksperimen itu tidak akan ada maknanya jika tiada analisa dibuat. Kami percaya the formula is just around the corner.

Pendapat kami semalam mungkin Tan Cheng Hoe hanya sekadar bereksperimen dan mencuba nasib. Tapi hasilnya sangat mengecewakan. Benar sekarang bukan masanya untuk eksperimen. Tapi anda semua kena ingat. Evolusi perlukan masa untuk ianya bercambah. Naturalisasi masih baharu pada pandangan kami. Cuma jangan secara literal ambil makna evolusi sehinggakan perlu jutaan tahun untuk ianya menjadi. Sabar itu perlu.

Tapi tak bermakna kita semua tak boleh maki pasukan Harimau Malaya dengan persembahan semalam.

-Tom Bombadil-

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2024.