March 28, 2024

Cautinho bukan Klopp, LVG bukan Rooney

3 min read

ultrajang.com dan Rakankop bersahabat baik. Itu pasti selagi bolasepak dianggap satu sukan yang menghiburkan kedua belah pihak. Jang sudah berjanji akan menaikkan satu artikel khas untuk Klopp jika Liverpool menang. Tetapi semalam, mana-mana pasukan pun di bima sakti ini akan menang jika bertemu Chelsea. Hatta JDT pun boleh menang dan menjadi juara jika perlawanan akhir mereka di Stamford Bridge menentang Chelsea.

Jang rasa sudah sampai masanya kita insaf dari terus mengetawakan pasukan dan peminat Chelsea. Tidak manis kita terus mengutuk mereka yang sedang bersedih. Itu bukan budaya kita. Budaya kita adalah mengutuk dan mengetawakan pasukan kuat saja yang berada di top 4. Kalau duduk no 15 pun kita nak kutuk, apa pula kata peminat Stoke atau Norwich? Mereka juga berhak mendapat layanan sama.

Baiklah, berdasarkan itu, Jang anggap kemenangan Liverpool semalam belum cukup untuk dijadikan kayu pengukur pengaruh Klopp di Anfield. Klopp memang bagus dan energetic. Dia fokus dan sentiasa brdiri ditepi padang memantau pergerakan semua pemain. Dia ada gaya merayakan gol dan sentiasa menghargai semua pemain yang keluar dan masuk kepadang. Tetapi yang memenangkan Liverpool adalah Cautinho.

Jang dah tulis dalam beberapa artikel lepas tentang kehebatan Cautinho dalam pasukan Liverpool. Dia tidak perlu assist untuk menjaringkan gol. Dia lakukan sendiri dan jarang percubaan dia tersasar jauh dari gawang gol. Cautinho adalah bintang Liverpool yang tidak didendang Rodgers yang menggunakan sistem penggiliran pemain. 2 jaringan Cautinho semalam adalah sama corak dengan kebanyakan gol beliau selama ini, padu!

ad_147682237-e1412236859147

Ini dibantu juga oleh pertahanan Chelsea yang sangat teruk dan kelam kabut. Jang ada tulis tentang hal Chelsea yang mempamer corak permainan sama seperti beberapa musim lepas. Orang dah tau dah kekuatan dan kelemahan Chelsea. Mereka telah bersedia untuk melanggar bas Chelsea jika bas yang sama digunakan untuk bertahan. Membeli Pedro dan meminjam Falcao tidak memberi impak langsung. Kapten Chelsea, John Rasis sudah terlalu tua untuk terus mengekang serangan pantas lawan. Punya la tua, sampai Lewondebenteke boleh tenang mengawal bola sebelum melepaskan satu tendangan untuk gol ke 3 Liverpool.

Kapten Rasis hanya mampu mengambil nafas saja.

Sementara itu, pasukan yang gemar mempamerkan hantaran-hantaran berbisa tanpa membuat percubaan ke gawang gol lawan, Manchester United seri tanpa jaringan menentang Crystal Palace di Selhurst Park. Ini adalah seri ke 3 berturut-turut United semenjak musim 2005. Jika 3 kejuaraan berturut ini, kita panggil Treble, kalau seri 3 kali berturut tanpa gol kita panggil Terrible!

Terrible! Terrible! Terrible!

United bermain tanpa kreatviti, tidak menghiburkan dan tidak ambitious. Hanya satu percubaan on target, itupun dari freekick Wayne Rooney yang lemah. Selepas itu mereka tidak mahu menyerang. Memburukkan lagi keadaan ialah apabila pengurus United, LVG tidak pernah berdiri untuk memberi arahan, menjerit atau memberi reaksi. Pengurus yang teruk adalah pengurus yang membiarkan pemain mereka bermain tanpa membuat percubaan gol.

United menguasai 70% permainan diseparuh masa pertama dan 56% keseluruhan permainan dan apa kata LVG ketika ditemubual selepas permain? “We did not keep the ball. That’s a very important factor and because of that we didn’t create too many chances. I have to say I can’t complain about the result.” – LVG. Oh Tuhankuuuuuu!

LVG masih mengekalkan Rooney sebagai top striker dan Martial diposisi kiri. Herrera berpusing ditengah dan gemar menghantar bola kembali kepada pertahanan. Ini gaya Harimau Muda C. Diakhir perlawanan, penyokong United yang datang ke Selhurst Park chanting ” “We’re Man United, we want to attack”. Tapi polisi LVG adalah posession.

Mungkin LVG nak kene flying kick Cantona baru dia nak menyerang.

0Shares

6 thoughts on “Cautinho bukan Klopp, LVG bukan Rooney

  1. aku suka corak permainan di epl ni jang..passion fans,pengukur coach kayu dan tak kayu kita boleh nampak…provoke yg melampau,dengan media britain yang agak haramjadah…
    setiap game yang agak kelainan dan tahap mutu sebuah tam yang mana main mcm tu je sampai penghujung musim
    berbalik pda maurinho…dah tiba msanya dia kena stroke untuk season ni…mulut yang agak cilake…apa yg dia buat dia anggap dia special tapi sampai bilakan?
    kalau nak di caci chelsea musim ni aku anggap dia berbaloi apa yang dia buat..tapi untuk memecatnya dalam beberapa game ini adalah tidak adil..
    #gameon…liga baru berapa perlawanan…terlalu awal…masih terlalu awal…
    apapun lepas boxing day baru jadi kayu pengukur kalau team tu konsisten dengan rekod dramatik…
    Manchesterrrr….no komen…rasanya kalau di buat bancian berapa ramai yang suka corak permainanya sekarang…kau boleh buat survey jang dengan fans fans m.u ni…madsud aku fan yang matang jgn ditanya budak yg baru beli jersey beberapa tahun ni…yang baru naik
    adakah corak m.u main bagus..lebih bagus..atau sebaliknya…
    semua boleh menilai
    apa apapun mcm aku cakap masih terlalu awal..
    tengok apa yang jadi lepas ni

    1. aku suka komen kau…terutama part suruh buat survey..fans yg matang dan sebagainya..juga betul,selalunya leps boxing day boleh nampak pasukan mana akan kekal top 4. tapi jarang no 15 boleh pergi jauh. united pernah buat beberapa kali, ketinggalan 12 points dan cantona datang menyelamat.

  2. Memalukan, dengan Crystal Palace pun tak lepas, ada hati nak ulas Jurgen Klopp. Study balik tactic Klopp di BVB.

  3. Tak guna pun kalau passing bola tepat 1 juta kali, tapi tak ada try ke arah gol. Kita United, Manchester United adalah tentang sepak bola pergi gol. Kita bukan main style sepak raga, passing tak ada tujuan. Rooney pun dah macam hilang identiti dia yang akan rembat bola laju macam F1 dari luar kotak. Rooney punya spirit Roy Keane pun dah hilang. Player kena lawan taktikal Van Gaal ni, ada ruang rembat dari luar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.