October 13, 2024

Center Forward – Ayam Denak Digeruni Lawan

3 min read

Jika bola sepak adalah sebuah cerita keperwiraan, posisi mana yang selalu dikaitkan dengan posisi seorang adiwira? Defensive Midfielder, Libero ataupun Goalkeeper? Posisi-posisi ini mempunyai ciri-ciri tersendiri untuk menampakan keunikan watak masing-masing. Namun, watak adiwara yang sebenar selalunya dikaitkan dengan ciri-ciri tegap, tinggi, hitam dan berurat. Hanya pemain center forward sahaja yang layak mempunyai ciri-ciri ini dan paling manis jika dicampakan di dalam gelanggang Gladiator. Cerita keperwiraan bukan cerita Mat Jenin. Simple!

Lagak bagai perwira, jalan bagaikan sang putera. Kehadiran beliau sebelum sepak bola bermula sudah cukup untuk menanamkan perasaan gerun kepada pihak lawan. Beliau ibarat ayam denak di hutan belantara. Itulah ciri-ciri center forward, menerajui bahagian hadapan sesebuah pasukan. Namun siapa pemain-pemain yang diklasifikasikan sebagai pemain center forward ini?

 

Center Forward Vs Striker

Perkara ini selalu kita dengar dari peminat-peminat bola sepak. Cuba mengklasifikasikan seseorang pemain seorang center forward ataupun seorang striker. Abang Tom dah banyak kali dengar argument kawan-kawan abang Tom tentang pemain ini seorang center forward ataupun seorang striker. Tidak dinafikan perbezaan mereka ini kadang-kadang keliru. Sebabnya mereka berada di kawasan yang sama dan dua-dua selalu menjaringkan gol.

Ciri-ciri ketara seorang center forward yang abang Tom paling nampak ialah ketika bola dapat kepada beliau. Selalunya seorang striker akan mencuba menyelinap di belakang defensive line pertahanan pihak lawan. Berbeza pula untuk center forward yang selalu akan dapat bola di kaki, di kawasan mereka hendaki dan dalam masa sama memastikan bola itu tidak dapat ke pertahanan lawan sementara rakan-rakan beliau dapat naik ke atas untuk mencari gol.

Senang kata, center forward bermain secara bersabar dan striker lebih kepada direct play. Ketinggian mereka juga selalu berguna untuk tandukan. Pantang mensia-siakan, padah bola ditinggalkan. Bila di tempat lawan bukan kucing tetapi singa. Mereka bukan cacing malahan jadi Garuda (Curi daripada lagu Hikayat Ben Laden). Itulah ciri-ciri seorang center forward di kawasan lawan.

 

Pemain-Pemain Center Forward

Seperti yang kita sudah tahu, agak sukar untuk mengklasifikasikan pemain center forward yang sinonim dengan nombor sembilan ini. Daripada mata abang Tom sendiri, klasik number nine mestilah mempunyai ciri-ciri yang abang Tom ceritakan tadi. Contoh pemain-pemain tersebut adalah Didier Drogba, Zlatan Ibrahimovic, Olivier Giroud dan Alan Shearer. Kebanyakkan contoh center forward yang abang Tom tahu datang pada era bola sepak sekarang. Kemungkinan zaman dahulu mereka lebih menggunakan striker daripada center forward.

Didier Drogba pula menjadi pemain center forward yang paling abang Tom minati. Walaupun tidak pernah mewakili pasukan abang Tom, namun kehebatan beliau di atas padang selalu menjadi pujaan abang Tom. Abang Tom selalu menyaksikan perlawaan Chelsea semata-mata kerana beliau dan cuba mempelajari teknik-teknik beliau untuk diaplikasikan dalam Winning Eleven kemudian hari.

 

Kesimpulan

Di Malaysia, rata-rata anak muda akan nampak center forward sebagai ayam tambatan dalam setiap pasukan. Abang Tom pernah bertanya kepada penyokong-penyokong cilik Negeri Sembilan siapa pemain kesukaan mereka. Jawapan mereka selalunya adalah pemain-pemain forward seperti Zaquan Adha, Hairuddin Omar, Bruno Suzuki dan abang Tom sendiri.

Dari segi taktik, abang Tom lebih suka kepada false number nine jika hendak dibandingkan dengan center forward. Sesuai pada corak permainan masa kini. Namun jika pihak lawan menggunakan cara bas sekolah, center forward adalah jalan penyelesaian yang paling sesuai. Kerana mereka biasanya tinggi untuk tanduk dan dapat hold bola sebelum merembat masuk ke gawang gol. Tak percaya tengoklah Harry Kane ketika menjaringkan gol.

 

P/S: Lukaku seorang center forward ke center half?

– Tom Bombadil, seorang pemain yang padu dan keras –

unsplash-logoAlec Moore

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2024.