November 6, 2024

chi cazzo è Dr. Noordin?

3 min read

Siapa Dr. Noordin dan kenapa dia beli FC Bari di Itali? Kalau kita guna pakai jawapan penyokong Dr. Vida ialah; suka dia la, duit dia!

Jang membaca tulisan Haresh Deol dan Pearl Lee di MalayMail yang bertajuk ‘Malaysian in Italian football club buy unmasked’ dan tidak boleh tidak, ada beberapa perkara yang mengganggu jiwa bola sepak Jang.

Pertama, hubungan diantara Dr. Noordin dengan Panglima bola sepak Kelantan, Nuormuso yang begitu akrab. Mengikut kata Nuormuso, beliau bersahabat dengan Dr. Noordin semenjak tahun 1972 dan bersekolah sama di RMC malah turut bermain ragbi dalam pasukan sama.

“kami masih berhubungan dan saya baru menelefon beliau sejam yang lalu” kata Nuormuso.

NuorMuso juga berkata dia ada rancangan besar dengan Dr.Noordin tidak lama lagi. Apa rancangan itu, masih rahsia. Kita tunggu la. Soalnya, macamana Dr.Noordin boleh biarkan kawan dia, Nuormuso, menjaja cerita Kelantan FA takda duit nak bayar gaji? Kenapa Nuormuso tak minta Dr.Noordin bantuan atau sponsor? Kenapa Nuormuso memilih Dr. Vida dan berhadapan kecaman dan bukan Dr.Noordin dan mendapat sambutan? Kenapa Dr. Nooridn tidak mahu membantu Nuormuso dan Kelantan FA?

Jawapannya, Dr. Noordin tak percaya dengan sistem bolasepak kita. Ramai lagi jutawan Malaysia yang membeli kelab luar atas alasan yang sama. Mereka tidak mahu melabur dalam satu permainan yang dijamin tidak memberi pulangan. Dulu, MK Land ada team bola, pengerusinya, Tan Sri Mustapha Kamal dan anaknya sangat sukakan bola. Mereka tour ke beberapa stadium besar di England dan bercadang mahu membina sebuah stadium bola yang hebat di Cyberjaya. Selepas 2 musim kelab MK Land bermain di stadium Selayang, mereka menarik diri dan didenda RM50K oleh FAM. Tetapi mereka masih meneruskan lagi dengan kelab NPNG Emkay yang bermain di liga FAS. Same passion, less maintenance.

Kelab Public Bank FC yang kaya nak mampus tu pun tak mahu main di liga Malaysia. Tak kisah la apa alasannya pun, itu duit mereka dan ikut suka mereka la nak belanja atau simpan. Tak manis kalau kita yang tak tahu berniaga nak ajar orang meniaga.

Mengikut laporan TheMalayMail lagi, Dr.Noordin berkata, dia melabur di FC Bari kerana rasa terhutang budi dengan Itali. Dia terkena serangan jantung di Rome semasa cuti Krismas dan ini adalah serangan kedua selepas 10 tahun.

“The doctors in Italy took care of me … they saved me. So, I thought I should do something for Italy.” – TheMalayMail

Hmmm.. doktor sakit jantung di Itali layan dia dengan baik dan menyelamatkannya jadi dia nak buat sesuatu untuk Itali, kira balas budi la. Apalah kata doktor kita di IJN ye? Teruk sangatkah layanan doktor Malaysia? Adakah sistem perubatan kita juga teruk macam bola juga? Tak kisah la, itu duit dia. Tapi tak manis rasanya hanya kerana sekeping pizza dihulurkan kepada kita disaat kita kebuluran, kita terus berselera spaghetti dan tidak bernafsu lagi dengan masakan ibu kita di kampung. Itu je Jang nak cakap.

“Young footballers in Malaysia do not have a future anymore” – Kata beliau di press coneference di Bari. Tak manis Dr. Noordin kata tiada masa depan untuk pemain muda bolasepak kita pada wartawan luar walau dia betul sekalipun.

“I want to invest in Italy, build football academies in Bari and Malaysia. Through the partnership between the two countries, it will give a new life to Malaysian football.” – goodluck!

Dr.Noordin juga berhasrat membawa pemain kita untuk berlatih di Itali tapi Lim Teong Kim bertegas tidak akan membenarkan walau seorang pun anak didiknya diambil. Jang setuju dengan LTK dalam hal ini. Bawa pemain seorang dua tak berguna, nanti balik Malaysia dia akan ikut ragam pemain tempatan semula. Bawak 1 bas la pemain, baru real. Latih mereka makan pizza dulu, nanti takda la yang nak balik sebab rindu masakan ibu. Lainlah kalau sekali makan Pizza, terus tak selero budu.

Tapi Jang sedih sebab investor luar boleh saja melabur pada pasukan bola kita, China dan JDT misalnya. hmmm

ultrajang mengucapkan selamat maju jaya kepada Dr.Noordin dan FC Bari dan semoga usaha beliau berjaya.

#DemiMalaysia #BolasepakKitaWajahKita #BuapakBolasepakBeradat

0Shares

3 thoughts on “chi cazzo è Dr. Noordin?

  1. “Tapi Jang sedih sebab investor luar boleh saja melabur pada pasukan bola kita, China dan JDT misalnya”.- Oleh Abang Jorji diterbitkan di laman bolasepak terkemuka dunia Ultrajang 18 April 2016.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2024.