April 21, 2025

Darah Malaya kalahkan naturalisasi

2 min read

Harimau Malaya membuktikannya di Estadio Municipal Dili, bahawa pemain naturalisasi walau dari negara Samba sekalipun tidak akan memberikan kemenangan bila dilawan dengan semangat kerja berpasukan. Darah jawa Tanjung Karang yang mengalir didalam tubuh Amri Yahyah jauh lebih hebat dari gabungan pemain Brazil dan Timor Leste.

Keseluruhan permainan Malaysia agak seimbang dengan pemilihan pemain  yang tepat oleh Ong Kim Swee. Mengambil Aidil kembali di bek kiri adalah satu tindakan yang baik. Aidil yang terkenal robust adalah pertahanan terbaik Malaysia setakat ini. Meletakkan Azamudin Akil di belah kiri juga amat menjadi. 10 minit permainan, Amri Yahyah telah meledakkan gol kemenangan Malaysia hasil larian dan lorongan cantik Akil kepada sapa ntah dan melorongkannya kepada Amri yang berada pada kedudukan sesuai bagi seorang striker yang berfikir.

Khairul Fahmi juga bermain cemerlang dengan menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya Timor Brazil. Inilah yang diharapkan dari pemain yang bermain untuk negara, beraksi cemerlang selayaknya. Bukan permainan cantik dan bergaya yang dimahukan, cuma bermain dengan penuh kesungguhan sudah cukup (dan kepandaian)

Kenapa semua ini kita tak dapat lihat sewaktu pasukan Malaysia dibawah kendalian Dollah Saleh? Pemain hampir sama saja tetapi kesungguhan mereka lain. Disini kita dapat bezakan kualiti yang ada pada Ong Kim Swee berbanding Dollah terutama pada perkara paling penting iaitu saikologi. Memberitahu pemain apa yang perlu mereka lakukan didalam padang, hubungan pemain dan jurulatih dan hormat pemain kepada jurulatih sangat penting supaya apa yang dikehendaki akan diterjemahkan dalam padang.

Ong Kim Swee banyak berdiri ditepi padang memerhatikan permainan, ini saja sudah cukup buat Jang suka. Sama macam jurulatih Italy sewaktu menang dua malam lepas. Passion tidak boleh dilakukan sambil duduk dan gosok hidung dibangku simpanan.

Memang masih terlalu awal untuk memuji kemenangan Malaysia, tetapi ultrajang.com tidak melihat kalah menang pasukan sebagai kayu ukur. Asalkan tak menyakitkan hati Jang, sudah cukup.

Malaysia!!!!

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2025.