Debar Derby
2 min readBukan semua benda yang kita harapkan akan menjadi seperti yang kita mahukan. Kadang-kadang ianya cukup menghampakan. Paling teruk, ianya sampai terasa satu pembaziran masa dan umur dihabiskan sia-sia. Bukan kita tak tahu, membazir itu perangai setan.
Malam tadi kita disajikan oleh satu lagi kegagalan epik yang membosankan. Bukan pemilihan lagu tak bagus untuk Zul Handy Black tetapi Zul Handy Black itu sendiri bukan penyanyi yang bagus. Lagu Sendiri dari kumpulan May bukan calang-calang orang boleh bawa. Mus sendiri pun terpaksa cover bab tarik dengan menghulur mic ke peminat untuk nyanyi ramai-ramai. Jang geram betul bila lagu Kumpulan May dirosakkan begitu.
Tapi bila kamera fokus pada pengasas Qu Putih dan dia sing along sambil buat 2 jari ke pipi kiri lepas tu ke pipi kanan, lepas tu balik ke pipi kiri semula sambil memberi ciuman kepada kamera buat Jang jatuh tergolek dari sofa. Tuhankuuuu!
Itulah yang sempat Jang tonton sekejap rancangan Gegar Vaganza sebelum sepak mula derby Manchester. Jang tonton bukan apa, sekadar solidariti bersama penyokong Chelsea. Tak manis kalau kita buat mereka rasa terpinggir bila pasukan mereka nun jauh dibawah. Hari ini hari mereka, mana tau nanti hari Liverpool pulak?
Ok, kita kembali ke gegar derby bolasepak yang ditunggu. Macam lahanat kita disajikan dengan permainan tanpa shot on goal yang sedap. 90 minit mereka langsung tak dapat nak bertenang dan atur strategi baik. City tanpa Kun Aguero dan David Silva memang nampak tak bermaya. Mereka bernasib baik mempunyai pemain pertahanan yang bagus dan penjaga gawang yang power. Kalau letak Skrtel, memang bersusun bola masuk kedalam gol.
Manchester United pula bermain diluar kotak penalti City, berlegar-legar bola tanpa membuat sebarang percubaan. Mungkin tiada ruang langsung diberi oleh City tetapi disitulah kebijaksanaan pemain tengah dan penyerang mahu mencipta peluang. Rooney tidak memberansangkan malam tadi sebaliknya Martial lebih berusaha melepasi pertahanan City dari posisi kiri. Patut LVG boleh mencuba meletakkan Martial sebagai top dan diassist dari belakang oleh Rooney.
Rooney telah membuktikan yang dia boleh bermain dibelakang striker sebelum ini. Striker berumur 30 tahun memang tidak setajam dan selincah semasa dia berumur 25 tahun. Macam Harimau tua la, walau garang tapi kuku dah takda. Elok letak Martial sebab dia berkebolehan mengelecek pertahanan lawan.
Keputusan seri bermakna Manchester City kembali mendahuli taktha liga. Ini bermakna tak sampai 24jam selepas Arsenal menduduki takhta liga, ia dirampas semula. Hmm.. kedai mamak pun buka 24jam. Arsenal? 23jam?
Sementara itu, pakar kau yang bernama Seri, Klopp meminta penyokong Liverpool supaya bersabar dengan keputusan seri atau bersabarlah dengan Skrtel. Dia telah menghidu perkembangan baik setakat ini tetapi corak ABS (anti Bayern Munich System) yang dibuat semasa di Dortmund tidak difahami oleh pemain Liverpool. Lawan Liverpool seterusnya adalah Bournemouth di Anfield. Walau ianya hanyalah league cup tetapi tetap menjadi kayu ukur perkembangan Klopp di Liverpool.
Sementara itu, duduk dikerusi malas ditepi pendandang api dirumah, Brendan Rodgers tersenyum manis bagaikan ada sesuatu yang menggembirakan hatinya.
Adakah kerana Krismas semakin hampir?