Dimanakah salah dan silap Negeri Sembilan hingga kita tidak dapat memaafkan?
2 min readMalam tadi di Paroi, Nismilan bertemu Pulau Pinang buat kali ke 3 musim ini. Zaman sekarang, kalau budak darjah 3, dia dah pandai selfie, buat topik di whatsapp group dan bercakap tentang Carbon Footprint. Itu budak darjah 3 yang berumur 9 tahun di tahun 2015. Takpa kalau kau dah umur 30 tahun dan tak tau apa itu carbon footprint.
Tapi jika kau pekerja bolasepak kerajaan Nismilan dibawah bimbingan K. Devan kau sekurang-kurangnya kene tahu rentak dan corak pasukan lawan kau yang kau dah jumpa 3 kali sebelum ini. K. Devan kene tahu bagaimana mahu mencorakkan anak buahnya supaya tidak nampak bodoh seperti pekerja Sri Lanka yang baru sampai ke tanah melayu bekerja di kedai mamak. Dia datang nak ambil order,tapi haram tak faham apa kita cakap.
Separuh masa pertama, Nismilan bermain seperti ranking Malaysia!
Samada mereka tidak faham bahasa yang digunakan oleh K.Devan semasa latihan atau mereka berlatih tanpa membuka mulut… atau K.Devan bangang!
Pemain membuat hantaran tidak kemas, terutama Reezal Zambri, dia konsisten tidak steady di bahagian tengah dan tidak ada aura sebagai kapten. Pemain tidak kreatif dan takut mencuba (dan apabila membuat percubaan, bola tersasar jauhhhhhhh dari gawang gol). Mereka seperti tidak biasa dengan bola yang digunakan. Adakah mereka berlatih menggunakan bola damar? Berapa percubaan dari pasukan Nismilan yang on target pada separuh masa pertama?
Sementara itu, pasukan Pulau Pinang bermain tenang dan membuat hantaran kemas.Mereka bagai bermain di laman sendiri di Batu Kawan. Sesekali mereka melakukan gerakan Boria Sungai Pinang yang cukup teratur, beropol-ropol dan ahirnya membuahkan hasil dengan gol cantik menewaskan penjaga gawang Nismilan yang melakukan aksi menyelamat menggunakan kaki.
Dol! kaki kau bukan panjang macam Neuer nak buat aksi sebegitu! guna tangan la! dive!
Sepanjang 45 minit pertama, penyokong Nismilan beratib memaki kesilapan-kesilapan bangang pemain yang sepatutnya tidak dilakukan kerana mereka P R O F E S S I O N A L !
Diseparuh masa kedua, perkerja bolasepak Nismilan bagai diberi jamu bermain baik dengan membuat beberapa tackle kemas, merebut bola, membuat hantaran dan percubaan. Hasilnya, Nismilan berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan cantik pemain no 16 dan kemudian mendahului dengan jaringan 2-1. Haa! nampak tak,kalau kau mencuba kau pasti berjaya! Punai lu la, takkan gua nak turun kat padang bisik kat telinga lu “try bro, mana tau gol!”
Apapun, macam makan nasi kandar juga, selagi tak basuh tangan, jangan ingat tak nak tambah nasik. Pulau Pinang berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 92 apabila tandukan penyerangnya gagal di tepis oleh Manuel Neuer!
Fikir balik pekerja asing di mamak, mereka mana ada latihan, turun saja kapal, terus dihantar buat kerja, dimaki pelanggan dan tak sampai 2 bulan, kau pergi semula ke mamak tu, dia dah angkuh ambil order kau dan jerit saja dari jauh… “Teh Tarik kurang manis satu!”
Itulah konfiden!
Bertabahlah