Dimanakah salah dan silap Rodgers yang tidak boleh dimaafkan?
2 min readPagi ini dunia bolasepak dikejutkan dengan berita kehilangan seorang tokoh pengurus yang hebat dalam liga inggeris. Brendan Rodgers telah pun dilucutkan jawatannya oleh tuan punya Liverpool FC, John W Henry sebaik tamat perlawanan derby dengan keputusan seri 1-1.
Brendan Rodgers tidak menyangka dia akan ditendang keluar secepat ini. 3 tahun membimbing Liverpool dan ‘hampir-hampir‘ menjadi juara liga ingeris adalah rekod yang sangat baik berbanding semua pengurus lain tetapi tidak kepada Fenway Sports Group.
Dimanakah salah dan silap Brendan Rodgers yang tidak boleh dimaafkan?
Terlalu banyak! Bermula dari pemilihan senarai pemain yang akan bermain, penukaran pemain sewaktu perlawanan sampai la ke press confrence selepas game, semua tak betul pada pandangan peminat. Itu belum senarai pemain yang dia jual, pemain yang blah, pemain yang dia beli dan pemain yang dia simpan.
Kita lihat beberapa kesalahan utama Rodgers yang menjadi punca beliau dibuang kerja.
- Cautinho adalah seorang pemain yang hebat tetapi Rodgers kadang-kadang menyimpan beliau kerana mahu memberi peluang kepada pemain lain bermain. Konsep “Abang nak kau main” ini gaya Dollah Saleh dan tidak disenangi oleh penyokong akar umbi (euwww!) Liverpool.
- Brendan Rodgers memilih Malaysia sebagai destinasi pemanas badan sebelum bermula musim. Prestasi Liverpool terus merudum akibat disumpah 10,000 penyokong Ultras Malaya yang marah jadual sorakan mereka berubah.
- Brendan Rodgers memilih TV9 sebagai penyiar percuma LFC TV sedangkan hal bola orang nak tengok HD. Malu la akar umbi bila pasukan hebat mereka bersiaran di TV9 saja. Program bincang bola cikai-cikai pun kat siaran 801 Arena.
- Brendan Rodgers memberi harapan palsu kepada akar umbi dengan hampir-hampir menjadi juara liga inggeris. Bas bumbung terbukak dah tempah, baju jadi juara dah jual, akar umbi muka dah bersinar, alih-alih jadi bahan ketawa dunia bila Gerrard tergelincir dan kejuaraan pun terlepas.
Kesalahan basic Rodgers lebih banyak. Membazir megabytes juga nak tulis semua tetapi sebagai tanda penghormatan terakhir ultrajang.com kepada genius, Jang teruskan juga. Korang pun jangan la kedekut data sangat dengan Rodgers.
- Menjual Suarez dan Sterling
- Membeli Balotelli, Boring Milner dan separuh kelab Southampton dari hasil penjualan Suarez dan Sterling
- Agger dan Gerrard blah. Carragher bersara.
- Membawa pemain makan angin ke eropah dengan meletakkan 2nd team semasa menentang Real Madrid sedangkan ianya perlawanan penting.
- Cuba menentang Manchester United.
Kesalahan ke 5 itu paling agung.
Akar umbi Liverpool pun satu hal juga. Kempen #RodgersOut mereka memberi tekanan kepada Rodgers dan Fenway Sports Group. Mereka sepatutnya merapatkan barisan dan memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada Buck Rodgers. Penukaran jurulatih baru bukan penentu prestasi Liverpool akan meningkat. Nampaknya belum banyak lagi mereka belajar dari lawatan mereka ke Malaysia. Mereka kene datang dan belajar lagi dari FAM.
Goodbye Rodgers! Jasamu dikenang, terutama part hampir jadi juara.
Ada dak kajian tenang David Moyes semasa di M.U?
Tak ada. 🙂
Sekejap sgt….patut xda
biarlah ia dalam lipatan sejarah yang tak mahu kita singkap kembali..hmm
Kah kah kah! Jenis mudah sentap jugak.
Bro sindir2 mcm butthurt je
ini facts bukan sindiran Mang. serius:)