April 26, 2024

Dimanakah salah dan silap Van Gaal sehingga kita tidak dapat memaafkan?

3 min read

Dimanakah salah dan silap Van Gaal sehingga mengakibatkan prestasi United begitu buruk pada musim ini? Adakah beliau mesti ditendang keluar dan digantikan dengan jurulatih lain? Adakah dengan melantik Mourinho, United akan kembali beraksi bagaikan juara sebenar? Adakah pemain United begitu lurus bendul dengan taktikal Van Gaal atau mereka telah mula memberontak?

Sebegitu banyak persoalan yang perlu dijawab untuk memuaskan hati penyokong elit Manchester United memaksa Jang kembali menulis hal bolasepak United ini. Mari kita kupas satu persatu kesilapan Van Gaal yang tidak boleh dimaafkan, walaupun ketika bersalaman dipagi raya krismas;

  1. Ego sebesar punggungnya.

Ego ini ada pada semua jurulatih. Ego perlu ada untuk maintain betul dan memastikan tindakan yang diambil adalah tidak salah. Van Gaal percaya pada susunan pemain dan taktikalnya walau jelas tidak menjadi. Van Gaal tidak sekali-kali mahu meneruskan tradisi Manchester United yang pantas menyerang walau kesemua penyokong United di Old Trafford menjerit ‘attack! attack! attack!”

Jika dia mengikut kehendak penyokong dan mengamalkan tradisi menyerang ala Alex Ferguson, dimana istemewanya dia? Apa pembaharuan dan legasi atau trademark yang dia mahu tunjukkan dan tinggalkan pada United? Jadi Van Gaal ego, dia tetap mahukan ‘possession’ dalam falsafah bolanya. Dia mahu menang bersama ego dan falsafahnya sendiri. Dia masih mahu kekalkan corak 3-5-2 dan membeli ramai pemain tengah sedangkan United memerlukan pemain pertahanan.

Seperti jurulatih lain juga, Van Gaal hanya percaya dan akan menggunakan pemain yang dibelinya saja. Dia melepaskan Chicharito kerana mahu menggunakan Mempis Depay dan Martial. Walhal Mampus Depay ni haram tak best. Chicharito di Bundesliga dah jaring 11 gol! Dia kerap menurunkan Carrick padahal Herrera lebih bertenaga dan solid.

2. Punggung sebesar egonya.

Entah apa yang dimakan oleh Van Gaal sehinggakan dia begitu malas untuk berdiri sepanjang permainan berlangsung. Perangai serupa ada buasir, ghout dan kencing manis. Jang cukup menyampah dengan pengurus/jurulath yang tidak berdiri ditepi padang menjerit memberi arahan kepada pemain. Macam takda passion. Rilek saja dengan kertas dan pen. Ini pasukan kau dah kene 2-0, pemain tengah padang dah cekak pinggang, sudah jelas taktikal yang disuruh tidak menghasilkan gol maka arahan baru mesti diberikan. Van Gaal hanya terus mencatit nama dan kesalahan pemain untuk rekod beliau sendiri. Atau terus berbincang dengan Giggs, masalahnya Giggs pun dah tak main lagi. Serupa K. Devan!

Pemain dah minta maki tu, kau maki la!

3. Philosophy.

Main bola mana pakai philosophy atau falsafah tapi pakai kaki, tenaga dan otak. Bertahan, mengawal,penetrate, attack dan membuat percubaan. Setan menda shot on target 1? Kalau main possession sampai 80% tanpa shot on target, bila masa nak menang? Benda basic macam ni Sherkawi Jirim pun mengamuk nak mengulas kalau takda ‘counter attack’.

Mengikut maklumat, Herrera telah memulakan pemberontakkan menentang Van Gaal dalam kem United. Herrera dan Mata cukup risau dengan gaya Van Gaal yang boleh menutup peluang mereka untuk dipanggil mewakili Sepanyol dalam kejohanan eropah nanti. Beberapa pemain senior juga sudah berbincang dengan Van Gaal tentang corak latihan dan taktikal mereka. Tapi peluang untuk Van Gaal masih ada, beliau hanya perlu buktikan dalam perlawanan Boxing Day dan menentang Chelsea selepas itu. Jika masih kalah dan tiada shot on target, maka dialah yang akan kene tendang keluar.

Soalannya, adakah Maurinho sesuai menjadi pengurus United? Jawapannya, ya!

0Shares

4 thoughts on “Dimanakah salah dan silap Van Gaal sehingga kita tidak dapat memaafkan?

  1. Jang, dengan keadaan mentaliti MU sekarang, ambe rasa JM pun tak mampu nak ubah apa dah… kalau boleh bertahan untuk tidak jatuh ke posisi 7 dan ke bawah pun rasanya dah cukup baik untuk musim ini. Ini lah padahnya bila bagi harapan terlalu tinggi pada overrated Van Gaal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.