April 25, 2024

Diogo Gomez Tidak Bersama Dalam Misi Membawa NSFC Ke Liga Super

2 min read

Terkejut kami apabila membaca berita di laman sosial yang NSFC telah menamatkan khidmat Diogo Campos Gomez. Ialah, baru sahaja Negeri Sembilan mengumumkan senarai pemain-pemain import Negeri Sembilan termasuk dirinya. Seperti terlalu awal untuk dilepaskan meskipun terdapat isu kecederaan. Kami terus memulakan siasatan mengapa keputusan drastik ini berlaku. Adakah punca sebenar disebabkan Negeri Sembilan tidak mampu bayar gaji? Ataupun pergaduhan di bilik persalinan?  Ataupun Diogo Campos seorang anti VAR lalu dicampak jauh oleh NSFC?

To be honest, kami tidak pernah lihat Diogo beraksi di atas padang mahupun ketika latihan akibat PKP. Hanya daripada statistik yang kami dapat lalu kami membuat rumusan. Beliau memang hebat di bahagian hadapan sebagai penjaring mahupun assist terutamanya ketika bermain dengan Persebaya Surabaya. Namun masalah performance beliau semakin menjunam. Bila dilihat balik, kami hanya boleh membuat spekulasi kecederaan yang dialaminya agak teruk. Jika betul mungkin ini akan menyebabkan Negeri Sembilan kehilangan satu slot pemain import penting yang akan merugikan sepanjang musim Liga Perdana nanti. Nanti kita juga yang akan bising cakap “Apolah boli player manjang injured tiap game” seperti Jonathan Béhé dahulu. Yang lebih menyakitkan hati apabila beliau pulang kembali ke Singapura dengan Warrior FC, beliau kembali menyengat dengan menyumbat 48 biji gol.

Jika dilihat dari segi fizikal, Diogo Campos Gomez memang mempunyai ciri-ciri pemain yang hebat. Tegap dan sasa. Kewujudan beliau di atas padang sahaja sudah cukup untuk menggerunkan pertahanan lawan. Tetapi dalam bola sepak fizikal bukanlah segalanya. Ramai kita lihat pemain bola yang mempunyai otot seperti Hercules namun mudah mengalamai kecederaan kekal. Ini kerana kecederaan seseorang bukan diukur melalui ketegapan ototnya. Tetapi lebih kepada fleksibiliti badan ketika menerima tekanan.

Pada tahun 2018 kita semua tahu dengan cerita Madhu Mohana. Situasi yang hampir sama apabila Negeri Sembilan telah menamatkan kontrak beliau bersama Negeri Sembilan dan menggantikan dengan Prak Mony Udom. Bagai senjata makan tuan, beliau hanya mampu bermain sebanyak lima perlawanan sahaja tanpa sebarang gol. Namun kita perlu lihat situasi ini dengan lebih terperinci. Keputusan membuang Madhu Mohana adalah pramatang kerana kecederaan yang dialaminya bukanlah teruk dan pembelian gantian telah menjadi panic buy. Pada waktu itu kami berpendapat Negeri Sembilan telah membuat kesilapan. Itulah bola sepak. Setiap keputusan itu seperti satu perjudian yang teruk jika tersilap langkah.

Untuk kali ini pendapat kami berbeza pula. Keputusan Negeri Sembilan menamatkan khidmat Diogo Campos Gomez adalah tepat meskipun pahit untuk ditelan. Walaupun nampak tidak adil pada Diogo, keputusan sukar seperti ini perlu dilakukan demi kesinambungan misi Negeri Sembilan ke Liga Super. Setiap pemain perlu fit di awal kempen. Kecederaan di pertengahan musim itu lainlah ceritanya. Kami juga berharap keputusan ini merupakan mutual agreement di antara NSFC dan Diogo Campos Gomez. Bukan disebabkan paksaan.

Persoalan seterusnya apakah tindakan Negeri Sembilan untuk mengisi kekosongan Diogo Campos Gomez ini. Adakah ganti dengan baharu? Jika ya, macam mana untuk mengelak ia daripada panic buy. Untuk Diogo Campos Gomez, kami di Ultrajang mewakili penyokong Negeri Sembilan ingin memohon maaf dan mengucapkan semoga maju jaya kepada beliau. Boa sorte!

P/S: Real juga NSFC jumpa injured awal-awal ni. Hmmmm.

-Tom Bombadil-

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.