October 13, 2024

Drama swasta pasukan Liga M

4 min read

By: Alep

Sejak kebelakangan ni nampak gayanya negara kita seolah olah tidak henti di landa musibah, baik dari segi negara secara umum ataupun landskap bola sepak tempatan. Ahli politik tidak kuarantin? PM main golf? Luqman Hakim di Belgium? Pawi ke Portugal? Eyka Farhana berada di stadium? (Sampai hati Eyka tak bagitau Alep) Juara Liga Super ada poster tapi Juara Liga Premier sendu? Rasanya tiap tiap hari ada ja berita berita yang membuatkan Alep rasa tertawa dan dungu sendirian tapi tiada yang sedungu (dan membuatkan darah Alep mendidih) apabila Alep ternampak headline ini;

“Kedah bakal menggunakan Darul Aman FC”

Umum sedia tahu masih ada beberapa kelab yang masih belum melengkapkan proses penswastaan kelab sejak tahun 2015. Alep merasa sungguh runsing,sugul dan hairan. Bagaimana kelab kelab atau pasukan bola sepak tempatan ini masih mampu join Liga M sedangkan benda basic begini pun tak boleh settle? Jangankan lihat ke Jepun, lihat saja ke Thailand, lihat saja ke Indonesia, lihat saja ke Myanmar, even kelab Myanmar pun kesemuanya sudah diswastakan. Jadi apa alasan kelab tersohor seperti Kedah dan Perak (Ye, Alep tahu diorang baru settle), kelab bola sepak yang kita semua sudah sedia kenal masih lagi terhegeh hegeh nak settle benda basic macam ni? Siapa sebenarnya yang bertanggungjawab ke atas semua paperwork ni? Suka di ingatkan, bukan sebulan, bukan 6 bulan, bukan setahun, tapi dah 5 tahun tak settle lagi. Persatuan besar, hierarki besar, gaji pun besar, tapi kenapa benda sikit punya simple pun kau tak boleh nak settle? Sedangkan kelab seperti Kelantan United, Kerteh FC, Sarawak United dah settle. Kelab yang Alep boleh katakan tak ada fan base langsung boleh settle benda yang sepatutnya kelab “gergasi” ni dah buat. Takkan benda macam ni pun Alep kena ajar?

Baru baru ini, kelab seperti Melaka, Negeri Sembilan, Sri Pahang Kedah dan Perak baru je settle hal penswastaan. Ada yang betul tak sabar nak launch logo baru dan masing masing sudah ghairah nak tukar nama. Satu satunya perubahan yang Alep boleh terima setakat ni cuma Pahang ke Sri Pahang lah, walaupun Alep sebenarnya rasa nama Pahang atau identiti Tok Gajah tu sendiri dah sebati dalam DNA masyarakat kita ni. Tapi bila Alep nampak ja berita pasal Kedah, darah Alep mendidih. Apa lah salahnya kekalkan nama Kedah tu? Kedah FA atau nama melayunya dah wujud sejak tahun 1924. Dalam erti kata lain, Tanah Melayu itu sendiri membesar (ke dibesarkan?) dengan kelab bola sepak Kedah itu sendiri. Nama yang sudah sedia ikonik, terkenal dan orang memang sedia kenal. Jadi mengapa perlu bubar identiti sendiri? Privatisasi? (Penswastaan) banter Ayam Goreng KFC? KFC sedap apa, apa salahnya KFC? Suatu jenama yang kita sudah tahu terbukti sedap dan berkualiti? Ambil yang positif sudah lah, takkan dibanter itu pun sudah tergadah?  Bab logo tu Alep tak kisah sangat sebab logo memang akan berubah dari semasa ke semasa, tapi hasilnya? Bukan nak cakap lah, tapi itu lah hasil kerja last minit, kerja caca marba. Student buat kerja last minit pun tidak sehauk itu, rasanya Jang pun mungkin bersetuju dengan Alep dalam hal ni berikutan acara “Logo Reveal” PBNS haritu

Apa dah tak ada pereka grafik ka di Kedah sampai logo itu hasilnya? Entahlah, kalau Alep rasa penjenamaan semula Kedah sudah kelaut, ada yang lebih tersimpang. Perak pula ditukar kepada “Bos Gaurus FC”, alahai, tepuk dahi lagi Alep. Kalau “Perak The Bos Gaurus – TBG” (Ala ala Wolves la sebab kau nak inggeriskan sangat ) tu mungkin Alep masih lagi boleh terima, “Perak Seladangs” pun okay lagi. Ini cadangan budak 12 tahun mana korang ambil ni? Blackburn Rovers tu elok ja kekal nama Blackburn walaupun simbol daerah atau negeri itu adalah bunga ros, Wolves tak ada pun tukar nama dari Wolverhampton ke Wolves FC, Leicester City pun tidak terhegeh hegeh nak tukar ke Foxes FC. Jadi siapa sebenarnya badigol so’od yang meluluskan kesemua hal ini? Tak ada ke dalam persatuan yang rasa ini semua bulls#it? Semuanya “Yes Man’ kah? Adakah begitu jauh sekali mereka di dalam hierarki kelab dengan masyarakat sehinggakan identiti dan budaya sendiri pun mereka masih tak kenal atau ambil mudah?

Jadi cuba korang bagitau Alep, adakah proses penswastaan liga dan kesemua kelab di Liga M bakal merubah landskap bola sepak kita ke arah positif? Secara idealnya, Alep rasa ya, sebab itu memang satu keperluan untuk memastikan kita mempunyai landskap bola sepak yang professional dan kondusif. Kalau kita tak bermula dengan sebuah institusi liga yang sihat, adil dan tidak menyebelahi mana mana pihak, macam mana penonton nak datang ke stadium? Kalau kelab bola sepak sendiri pun masih porak peranda di belakang tabir, kau orang semua tak rasa ke yang penyokong mungkin naik muak dengan drama yang tak habis habis ni. Kebanyakan hal pengurusan kelab bola sepak kita seolah olah tersekat di zaman 90 an, mundur, bosan, suram dan TUA. Itu Alep belum sentuh lagi bab gaji.  Alep tahu yang korang semua tahu siapa orang dan golongan yang Alep maksudkan. Sedangkan soal penjenamaan semula kelab dan logo pun mereka sudah gagal dengan jayanya, jadi apa bukti yang pihak pengurusan di kebanyakan kelab sedia ada tahu apa itu penswastaan dan tahu apa yang mereka buat?

Ke nak jawatan dan gaji je?

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2024.