FAM Bukan Bangsat
2 min readHari ini suratkhabar Utusan Malaysia menyiarkan gambar Naib Presiden FAM dengan tajuk ‘FAM BUKAN PENYANGAK’, bercerita tentang pembahagian duit berjuta-juta.
Apa kes bolasepak Malaysia cerita duit juta-juta kat suratkhabar ni? Nak bagitau banyak duit ke atau nak tunjuk ketelusan?
Ini mengingatkan Jang dalam satu cerita komedi P.Ramlee Do Re Mi bila mereka berbahagi duit keuntungan perniagaan menjual ‘obat’ mereka. Do bahagikan duit kepada Re dan Mi. Semua dapat sama bahagian tapi ada lebih lagi duit ditangan Do lalu Re pun marah, kata ini tidak adil sebab Do dapat lebih.
“Ini buat modal kita nak berniaga besok la!” kata Do sambil mengetuk kepala Re dengan duit tersebut.
Dalam cerita 3 Abdul juga berlaku ketidakadilan dalam pembahagian harta. Setelah kematian Ismeth Ulam Raja, Abdul Wahub, Abdul Wahid dan Abdul Wahab membahagikan harta peninggalan bapa mereka secara tidak adil. Akibatnya Abdul Wahub hanya ditinggalkan sebuah rumah yang hampir roboh. Mujur ada anak Sidek Sigaraga memporak porandakan hidup mereka. Akhirnya yang tamak pun muflis dan dijual.
Tapi scene paling power ya tuhan ialah dalam cerita Nujum Pak Belalang, bila perompak nak berbahagi duit rompakan mereka secara sama rata. Dalam scene tu Sudin berbahagi duit dengan Aziz Satar. Siapa yang membahagikan duit, kene pakai Dastar bertatahkan berlian yang macam dipakai oleh Sultan/Raja…tapi Sudin ni tak pandai mengira..
“hentam sajalah untuk kau..hentam sajalah untuk aku, bedallah untuk kau, bedallah untuk aku, kepala hotak kau untuk kau, kepala hotak aku untuk aku”
ahh kau tengok sendiri kat link ni
https://www.youtube.com/watch?v=T2dK4ES-vQk
Menariknya, dalam kisah P.Ramlee, hal berbahagi duit ini semuanya sama. Semua saling tak percaya, semua nak banyak dan ada yang tamak. Jarang mereka mahu faham dan paling penting kita ketawa terbahak-bahak melihat kelucuan yang dibawa P.Ramlee.
Lebih-lebih menarik pula ialah, sampai sekarang kita masih ketawa melihat aksi sebegini yang berlaku walau ianya lebih serius dan berpakaian professional. Bergaduh duit 1MDB, misalnya.
Ultrajang percaya jika dipantau dan diaudit dengan professional, kita tau mana pergi semua perbelanjaan itu. Masih terlalu awal dan tidak adil untuk membuat tuduhan kepada FAM. Persatuan bolasepak negeri juga apa salahnya cari duit sendiri untuk majukan bolasepak sendiri. Buatlah apa saja. Juallah apa saja. Berjumpalah dengan penyokong untuk berbincang, jangan la ingat sebab kamu semua tua, yang muda ni haprak sangat.
Jual ‘obat’ boleh..cari harta dalam gua boleh…merompak boleh..
Ok, siapa marah, dia kene jual!