March 27, 2025

Full back: Sayap pasukan bola sepak yang sebenar

4 min read

Full back ataupun wing back adalah salah satu posisi di dalam bola sepak moden yang jarang kita beri perhatian. Cuba kita tengok bola sepak pada hari ini. Baik di Malaysia ataupun di luar negara. Kita akan lihat peranan full back amat berbeza jika dibandingkan dengan era tahun 70 an, 80 an dan 90 an. Dengan nama-nama seperti Cafu, Patrice Evra, Maicon Sisenando  dan Philipp Lahm tidak sukar untuk kita mengenali barisan pemain-pemain full back ini.

Selepas abang Tom melihat kebanyakkan penyokong tidak menghargai tugasan full back ini. Menjadi kewajipan untuk abang Tom untuk menyedarkan kita semua bola sepak ini mempunyai unsung hero yang selalu tidak didendang. Malahan kadang-kadang posisi mereka ini dipandang enteng oleh pemain bola sendiri! Teringat kata-kata Jamie Carragher yang full back ini adalah seorang fail winger ataupun fail center back. Tidak benar. Abang Tom cuma berharap itu hanyalah usikan semata-mata terhadap Gary Neville kerana kita tahu beliau bermain sebagai right back untuk pasukan lemah dikenali sebagai Manchester United (Sebenarnya Jamie Carragher juga seorang pemain right back padal asalnya).

Jadi kenapa ada yang kata mereka ni tak penting? Kenapa abang Tom yakin mereka ini silap? Kita akan tengok kenapa full back ini posisinya unik dan akan bincangkan kepentingan mereka.

Tugasan Full Back

Bergantung pada taktik. Tugas asal bek kiri dan bek kanan ni adalah untuk menghalang serangan daripada winger pihak lawan. Sebab itu kita lihat kebanyakkan mereka ini laju-laju dan mempunyai stamina yang tinggi. Block crossing, intercept dan man marking menjadi tugas wajib mereka setelah ditempatkan di posisi full back. Namun di era bola sepak yang sentiasa berevolusi ini, tugasan mereka sudah bertukar dan menjadi lebih kompleks.

Antara tugas lain  yang abang Tom tengok dahulu mereka akan menjaga penjuru tiang ketika sepakan sudut. Baru-baru ini abang Tom tengok sudah jarang orang akan menjaga penjuru tiang gol dengan kewujudan sistem zonal marking yang lebih menjaga kawasan masing-masing. Malah full back ini kadang-kadang digunakan untuk counter attack pula selepas daripada sepakan sudut.

By the book, kedudukan mereka mesti berada satu barisan dengan pertahanan tengah. Jika winger terlepas, pertahanan tengah akan menggantikan full back tersebut dan beliau perlu pergi ke kawasan pertahanan tengah. Dalam bahasa mudah switch position. Mereka sentiasa sebaris dengan center back sebab itu mereka digelarkan back four. Situasi ini kita jarang lihat di liga professional tetapi di liga-liga taman, kita akan lihat ini masih menjadi satu kebiasaan. Sebab apa, sebab pemain liga taman tiada stamina untuk overlap. Jika ada tugasan lain, mereka akan menjaga offside line. Namun ianya jarang-jarang menjadi tanggungjawab mereka.

Tapi sekarang ini posisi defensive midfielder telah diperkenalkan. Jadi kawasan kiri dan kanan sudah ada “extra man”. Sekaligus memberi ruang untuk full back berevolusi.

Evolusi Seorang Full Back

Seperti yang abang Tom katakan tadi. Full Back pada asal kedudukan mereka hanya di bahagian kiri ataupun kanan back four dalam sesuatu formasi. Jarang kita lihat full back ini dari segi ketinggian dan ketegapan badan seperti seorang pertahanan tengah. Kawasan mereka selalunya tidak dihujani bola atas dan striker yang tegap-tegap jarang akan pergi ke kawasan tersebut kerana mudah dicantas dan secara azalinya full back ini lebih laju pada seorang striker.

Pada zaman sekarang, mereka juga boleh bertukar menjadi wing dalam masa sekelip mata. Jika dahulu winger bertindak sebagai tukang cross dalam sesebuah pasukan, kini ianya lebih digalas oleh seorang full back. Lebih-lebih pada formasi 4-5-1, di mana winger akan bertindak sebagai penjaring  gol dan striker sebagai holding center forward yang akan berseorangan di atas. Jadi bermakna tugasan untuk cross sudah terbuka pada posisi yang lain. Di sinilah full back akan memainkan peranan.

Jadi di antara mereka ni siapa yang abang Tom minat? Di antara mereka semua ni, abang Tom paling minat pada left back Manchester United dan Perancis dahulu yang bernama Patrice Evra. Kecekalan, kelajuan dan kerajinan beliau untuk overlap selalu membuatkan abang Tom cemburu beliau menyarung jersi Manchester United. Malah ketika beliau bergaduh dengan Luis Suarez dahulu, abang Tom sendiri menyokong beliau. Namun minat abang Tom mula pudar pada beliau setelah beliau muncul dalam rancangan Running Man. Hal ini menunjukkan beliau tidak lagi berada pada tahap tertinggi lagi dan kehebatan beliau semakin merudum.

Siapa full back yang baru untuk abang Tom gantikan Patrice Evra ni? To be honest tiada yang betul-betul abang Tom minat buat masa sekarang. Tapi ada seorang yang menarik perhatian abang Tom sekarang iaitu left back Liverpool yang ketika ini bernama Andrew Robertson. Khabarnya beliau dan Alexander Arnold telah memecah rekod sebagai tukang assist paling banyak sebagai seorang pertahanan dia Premier League.

Semangat beliau ketika bermain telah dipuji oleh Jose Mourinho sendiri dengan mengatakan “Tengok Andrew berlari pun den dah ponek” dalam loghat asal beliau yang datang dari Batu Kikir. Kali terakhir abang Tom tengok beliau di ayam-ayamkan ketika bertemu Raheem Sterling. Manakala pemain tempatan yang dalam perhatian abang Tom harini sudah tentu right back kanan Selangor dan Malaysia, Syahmi Safari. Beliau bukan sahaja rajin untuk membuat overlap dan interception. Malah beliau sendiri suka menjaringkan gol! Sayang kerana beliau main untuk team lemah seperti Selangor.

Kesimpulan

Akhir kata, janganlah kita memandang rendah kemampuan full back ini. Mereka selalu disalah tafsir sebagai seorang yang tidak pandai bermain bola dan hanya mampu berlari. In contrary, mereka sekarang ini banyak melakukan bantuan gol dan juga menjaringkan gol! Kepentingan mereka pun kita sudah mula nampak di liga tempatan dan dengan kerajinan merek untuk overlap, tempo bola sepak semakin rancak.

Bagi abang Tom konsep pasukan bola sepak ini sama seperti pahlawan Spartan di medan pertempuran. Semua mempunyai tugas masing-masing dan bertindak as one. Jika panglima mengangkat perisai tembaga beliau, kesemua mereka akan mengangkat perisai bersama. Jika panglima menghunus tombak mereka,  ke semua akan menghunus bersama. Jika mereka berjaya bekerja sebagai sesebuah pasukan, tiada pasukan di dunia ini yang dapat mengalahkan mereka seperti battle of Thermopylae ataupun dikenali sebagai battle of 300.

 

P/S: Siapa full back yang pembaca minat?

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2025.