October 13, 2024

Hari-Hari Mau tukar pun boleh..

1 min read

Budaya menukar nama atas alasan yang tidak cukup kuat ini memang budaya ‘orang kita’ agaknya. Mereka tiada sifat sentimental, tidak menghargai sejarah manusia dan kebinatangan.

Jang bukan kisah sangat penukaran nama Harimau Malaya kepada Harimau Malaysia. Hari-hari mau tukar pun Jang tak kisah. Tukarlah apa benda pun, asalkan ada alasan yang kuat. Memilih jurulatih pun atas alasan ‘masak budaya bolasepak tempatan’ bukan atas alasan mahu kejayaan dicipta dari sumber yang berkualiti. Bila Jang baca ruangan sukan diakhbar pagi ini, Jang kecewa kerana (mengikut kenyataan suratkhabar) penukaran nama Harimau Malaya lebih kepada untuk memuaskan hati rakyat Sabah dan Sarawak dalam penggabungan Malaysia. Jang tak fikir rakyat Sabah dan Sarawak begitu sempit pemikiran mereka dan Adenan Satem terlalu bijak untuk perkara ini. Hanya ada beberapa golongan kecil dan ahli politik picisan sahaja yang suka menaikkan nama mereka sendiri dengan terus memainkan isu Malaysia.

Tak manis kita habiskan data kita untuk segolongan kecil yang menganggap hal ini satu kejayaan kepada mereka. Baik kita gunakan data telefon kita mengutuk Liverpool. Ada juga kebahagiaan disitu.

Hmm..Jang harap brader tu tak marah Jang up gambar dia. Lu memang steady bro!

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2024.