July 15, 2025

Harimau Albino: Walau Belangnya Tiada Namun Ngaumannya Buat Vietnam Kecut.

2 min read

Hangat dibincangkan apabila FAM merevolusikan Harimau Malaya dengan membawa masuk sebilangan pemain dari Amerika Selatan dan Eropah bagi mencorakkan belang sang Harimau Malaya. Pemain seperti Corbin Ong, Dion Cools dan Smith-Rowe (tergelak sendiri) juga pernah didefinasikan sebagai naturalisasi. Namun, keaadan kali ini lain. Magnitudenya dan darah itu berbeza. Juga, tak perlu bandingkan pasal Sumareh atau Paulo Josué, sebab mereka pun dahulu dikritik penyokong dan juga kami.

Tambahan lagi tidak perlu menerangkan tentang perbezaan naturalisasi dan warisan. Kakak JPN pernah menerangkan dengan lengkap kepada Ajwad Ultrajang tentang hal tersebut sebelum ini. Kami cukup faham dan jelas dengan definasi tersebut. Dengan menghafal lagu kebangsaan tidak cukup untuk menyembunyikan keadaan kekok itu. Namun usaha mereka harus dipuji dan sedikit sebanyak membantu dalam keikhlasan bermain untuk negara.

Having said that, pada padangan kami di Ultrajang secaram amnya menyokong revolusi naturalisasi pemain. Inilah keputusan yang tepat dan akan membawa Harimau Malaya kehadapan. With all due respect to our legends. We have tried your way, but we were only moving in circles.

Tidak perlu tunggu lama, keputusannya begitu jelas. Harimau Malaya memperolehi kemenangan besar 4-0 pada lawan hebat seperti Vietnam yang sudah kita kempunan sekian lama bagi mengutip tiga mata selama sepuluh tahun. At this rate, semifinal piala Asia pun boleh dicapai apatah lagi layak bermain di Arab Saudi 2027.

Rata-rata penyokong yang kami tanya secara rawak mengatakan kemenangan tersebut seolah-olah tidak sama sebelum. Gembira namun kehangatannya berbeza. Positifnya dengan komen ini adalah perubahan itu berlaku dan orang terkesan dengannya. Kita tidak dapat menggembirakan hati semua orang dan selagi ianya berkesan kita ambil dahulu isinya. Namun soalan yang paling penting yang kita perlu utarakan adalah siapa akan bertanggungjawab jika ianya tidak berjaya?

Siapa pula akan dijulang apabila ianya membuahkan hasil? Apa akan berlaku kepada pemain muda yang sekarang berlatih hari demi hari di padang KOMBES siang dan malam?

Mungkin perasaan bercampur baur ni hanyalah sementara kerana kita masih lagi tidak biasa. Normal bagi perasaan ini terjadi apabila perubahan drastik berlaku dalam kehidupan apatah lagi bila melihat pertukaran pemain daripada Figueiredo kepada Machuca. Budak sekolah petang bila tukar pagi tahun depan pun meragam betul tak?

Walaubagaimanapun masih ada yang kekal di atas padang Bukit Jalil. Arif Aiman masih merobek pertahanan lawan. Syihan Hazmin masih gagah melindung gawang. Kelibat Faisal Halim masih tidak dilupakan. Teruskan menyokong Harimau Malaya walaupun belangnya sudah tidak lagi asli.

P/S: Pada negara seberang yang kami cintai. Kami tiru Perancis bab naturalisasi bukan negara yang dibelasah Jepang.

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2025.