December 11, 2024

Harimau Malaya piat telinga Gajah Perang!

4 min read

Benar pepatah orang tua-tua. Jangan dicurah air tempayan kalau baru mendengar guruh di langit. Selagi belum pasti akan sesuatu, janganlah kita mendabik dada. Kata-kata penjaga gol Thailand akhirnya memakan diri. Begitu yakin dia cakap pemain Harimau Malaya akan mimpi ngeri. Kan dah kena batang hidung sendiri.

Kalau korang baca artikel den sebelum ni, mesti perasan yang den cakap Malaysia memang boleh capai sasaran awal FAM untuk layak ke final Piala AFF. Dah terbukti bukan? Bukan sahaja Jang sentiasa betul, tapi jangan pertikaikan Kid #greatness.

Perlawanan malam tadi menyaksikan skuad kendalian Tan Cheng Hoe berjaya mengamalkan corak permainan seperti biasa. Tidak terlalu bertahan biarpun bertandang ke Stadium Rajamangala yang boleh dikatakan penuh. Sedikit sebanyak ianya memberi tekanan kepada Thailand kerana tidak dapat menguasai perlawanan sepenuhnya. Possession masa full time hampir seimbang wei. Maknanya, Tan Cheng Hoe berjaya sama sekali menghapuskan corak permainan bola lambung ni!

Tekanan memang dirasai Thailand. Ketika berjaya memecah kebuntuan, nampak riak wajah mereka seakan-akan lega. Contoh macam kau ingat nama kau dah disenaraihitam sebab tak bayar PTPTN, tapi sebenarnya kau masih boleh ke luar negara. Lebih kurang macam tu lah. Tapi tak lama kelegaan tu. Korang tengok gol Syahmi Safari kan? World class betul? Cuba korang tengok balik build up gol tu. Nescaya korang akan lebih menghargainya! Mula dari Farizal baaaaiiii. Quality football! Bermulalah kembali episod keresahan Thailand untuk mencari gol lagi.

Pada den, Nazirul Naim berjaya jalankan tugas dengan baik di pertahanan kiri. Setidaknya lebih solid dari Syazwan Andik. Mungkin korang nampak lain la kot. Tapi persembahan dia malam tadi betul-betul memuaskan hati. Mungkin to prove a point kepada Tan Cheng Hoe yang jarang bagi dia peluang bermain

Thailand pulak lebih bergantung kepada set piece untuk mendapatkan gol. Bila mereka dapat sepakan percuma, mereka melambakkan pemain mereka di depan gawang Malaysia. Skuad kebangsaan kita pun nampak sukar untuk kekang asakan mereka. Kalau Thailand pun terpaksa bergantung kepada set piece untuk cari gol, maknanya apa? Maknanya kita bertahan dengan cemerlang! Simple.

Akram dan Syamer memang tak mengecewakan. Solid! Tenang, banyak menang bola dan matikan serangan lawan. Mereka turut dapat bantuan daripada Sumareh dan Safawi ketika bertahan. Maka lebih payah la Thailand nak tembus benteng pertahanan kita.

Semangat juang Malaysia pun patut dipuji. Bangkit daripada ketinggalan 2 kali di gelanggang lawan bukan perkara mudah. Jaringan Mat Yo untuk menyamakan kedudukan berjaya mendiamkan Stadium Rajamangala. Benda-benda macam ni priceless bagi mereka yang beraway day. Kemudian semuanya seperti asal. Thailand kembali resah mencari gol ketiga dan Malaysia bertahan dengan baik.

Ingatkah korang dengan tema bola sepak Malaysia tahun ini? Drama. Ye. Drama amat penting untuk membuatkan seseorang itu tercandu kepada bola sepak. Kadang-kadang den rasa Malaysia sengaja mara ke final dengan cara susah. Tewas lepada Vietnam dan perlu menang menentang Myanmar. Ambil keputusan seri di Bukit Jalil untuk layak dengan away goal di Bangkok. Ketinggalan 2 kali sebelum menyamakan kedudukan. Last but not least, menghadiahkan sepakan penalti kepada Thailand pada masa kecederaan. Kalau sebelum ni Safawi gemar mensasarkan Planet Nameck, kali ni giliran Adisak pula mencari Pikor. Tak ke drama namanya tu?

Memang kita semua gembira Malaysia layak ke final! Tapi perlu diingat, Syahmi Safari tak dapat beraksi pada first leg di Bukit Jalil nanti. Siapa suruh dia angkat tangan masa nak tanduk bola? Syahmi cakap dia ditolak sebab tu tangannya ke atas. Tapi ulang tayang membuktikan kalau ada tolakan pun, tak cukup untuk dia dapat foul. Lebih teruk, tak ada alasan pun untuk dia angkat tangan.

Selain Syahmi, Aidil juga mungkin terlepas kedua-dua aksi final. Dia dikeluarkan pada separuh masa pertama tadi nampak macam sebab kecederaan hamstring. Leceh kecederaan dia ni. Sama macam Sumareh. Biasanya lama, tapi tak tahu lah tahap mana teruk kecederaan dia tu. Harap-harap tak teruk sangat. Sebab Irfan Zakaria tadi sedikit gagal untuk buat den percaya dia mampu mengekang serangan lawan.

Untuk aksi final nanti, Tan Cheng Hoe pasti pening kepala. Siapa yang patut diturunkan? Mampukah pemain yang bakal diturunkan nanti berada pada tahap pemain yang digantung dan cedera nanti? Korang mesti nak Malaysia juara alang-alang dah masuk final ni kan? Tapi boleh ke jadi juara ni? Biar den jawab soalan ini dengan satu lagi soalan. Berapa kali korang tak percaya dengan pasukan ni dan mereka membuktikan korang salah?

Kepada jurulatih Thailand, hanya simpati yang boleh den bagi. Kes penalti tak masuk saat-saat akhir dan kalah perlawanan ni dia dah rasa 8 tahun lepas. Ingat tak Uruguay lawan Ghana? Suarez sengaja tepis bola dengan tangan. Tahu tak siapa jurulatih Ghana masa tu? Dia ni la! Walaupun bersimpati, gelak tetap gelak. Kahkahkah! Hahahaha!

Jadi kepada #ekor, berpestalah di sana! Jangan terpedaya dengan gadis-gadis berhalkum di sana pulak. Kahkahkah! Kepada penyokong depan kaca tv, kalau pergi makan di kedai tom yam dan makanannya tawar, janganlah jengking mereka. Simpatilah kepada mereka. Dan kemudian ketawalah terbahak-bahak di depan muka mereka. Kahkahkah!

Sebagai penutup kata, Harimau Malaya piat telinga Gajah Perang untuk mara ke final!

 

Sekian,

Kid.

MISAI HARIMAU MALAYA!

 

P/S : Sengajo den tak lotak gambar. Biar korang baco yo. Bukan apo, den ni ngantuk. Ni kiro dah berkorban lah untuk korang semuo.

 

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2024.