April 19, 2024

Hasbullah Awang Dalam Kenangan

2 min read

Dalam kesedihan menerima berita perginya lagenda Tuan Haji Hasbullah Awang akibat masalah jantung tengahari tadi di IJN, kita masih mampu tersenyum dan ketawa kecil bila kita dapat mengingat atau mengungkap semula kata-kata keramat beliau ketika mengulas. Setiap peminat pasti ingat atau lancar sekurang-kurangnya 1 atau 2 baris ayat beliau. Percayalah, ianya terlalu banyak!

Jang sendiri pernah menulis tentang beliau dalam blog pada tahun 2007 yang boleh di baca di link ini (http://lkny.blogspot.com/2007/07/satu-pergerakan-cantik-di-situ-tetapi.html) 

Beliau benar-benar membuat kajian atau ‘study’ terlebih dahulu sebelum mengulas sesuatu perlawanan. Semua fakta di ambil kira dan di anggap penting, jadi sentiasa ada perkara yang boleh di cakapkan ketika mengulas. Takda la terlalu keras dan statik kepada perlawanan sahaja. Tapi fikir semula, jika pengulas lain pun membuat perkara yang sama, masih tak boleh menandingi beliau kerana ini adalah gaya beliau yang tersendiri. Beliau adalah juara ‘keselambaan’ apabila melakukan kesilapan. Macam, hello?? berani ke penerbit nak marah akuuuu?

1. “seperti jelapang padi yang luas terbentang di hadapannya, namun sepakannya tinggi melepasi pintu gol” ulasan beliau bila pemain yang hanya berhadapan dengan gawang yang kosong tetapi menendang bola tinggi.

2. “ohh!!?? beliau bagaikan mahu menghantar bola ke tempat kelahirannya di Tamparuli,Sabah!!“—Apabila striker Perlis membuat percubaan diluar kotak penalti,tapi bola yang ditendang melambung tinggi kebelakang gol hingga sampai ke penonton!

3. “Masuk! oh tidak! bagaimana saudara?” — Dia tanya kita balik, bola tu masuk ke tidak ke dalam gol.

4. “makanan kegemaran beliau adalah nasi ayam”

Tiada lagi kedengaran ulasan separa sarcasm selepas ini di corong TV dan radio. Semua ini akan di rindui dan di jadikan perbandingan untuk pengulas lain mencari identiti. Sesekali beliau akan ketawa kecil 2 harakat dan kemudian  “Ah! Perlu diingat saudara..” sebelum memberi kata-kata peringatan.

Semua ini tinggal kenangan.

Takziah di ucapkan kepada seluruh anggota keluarga Hasbullah Awang. Semoga rohnya aman mengulas di syurga.

Jasamu di kenang!

hasbullah-1

5. “Chipita memassing kepada Chipita…oaahhhh”

6. …

7. ..

8.

9.

10. …

 

 

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.