K. Devan Sudah Mula Membuka Pedang Saktinya
2 min read
Setelah kita puas menikam siapa bakal ketua jurulatih Negeri Sembilan, sudah sampai masa kita meneka siapa pula barisan pemain akan dibawa masuk. K.Devan dan beberapa panel lain telah diberi kuasa penuh untuk memilih siapa yang perlu ada di dalam skuad dan siapa yang perlu dibuang. Jadi kebanyakkan pemain dipilih oleh beliau adalah 100 peratus tanpa campur tangan pihak atasan. Inilah cara yang sebenar dan sebaiknya dalam pemilihan pemain.
Barisan jurulatih pun telah ditukar mengikut kemahuan K.Devan. Ini pun satu tindakan yang betul. Dahulunya bila Moyes menggantikan Sir Alex Ferguson, beliau telah membawa barisan jurulatih dia sendiri. Pada mulanya tiada siapa yang mempertikaikan benda ini (Walaupun ada segelintir yang menyuruh untuk mengekalkan Mike Phelan). Malah SAF pun menyokong tindakan Moyes. Tetapi bila pasukan Man United lemah, terus orang menyalahkan Moyes kerana tidak mengambil Mike Phelan. Sekarang Mike Phealan pun dah ada dalam skuad sejak 2018 tapi Man United tetap sama. Macam kenalkan situasi ini?
Berkenaan dengan barisan pemain. Buat masa ini Negeri Sembilan dan media bebas Ultrajang telah mengumumkan nama beberapa pemain. Antaranya yang terbaru adalah Aroon Kumar, Barathkumar, Annas Rahmat, Nasrullah Hanif dan Osman. Mantap! Mereka telah mula membuat kerja mereka. Abang Tom sedikit tidak berkenan dengan keputusan Negeri Sembilan yang terlalu berahsia dalam mengumumkan pemain.
Sudah tentulah penyokong akan membuat spekulasi. Jika menghalang media bebas seperti kami untuk memberi sedikit khabar angin. Lagilah penyokong akan membuat spekulasi yang entah apa-apa lantas meletakkan imej buruk pada NSFC. Lee Tuck dan Andrew Nabbout pun penyokong Negeri Sembilan cakap nak masuk balik.
Walau bagaimanapun, buat masa ini apa yang dapat kami simpulkan adalah pembelian kita cukup baik untuk skuad liga perdana. Lebih-lebih lagi dalam keadaan Covid 19 ini terutamanya di bahagian pertahanan. Kebanyakkan mereka cukup berpengalaman dan ada di antara mereka anak tempatan (Seperti yang dikehendaki penyokong Negeri Sembilan). Pada mulanya Negeri Sembilan nampak agak lambat dalam membuat keputusan. Mungkin ini cara yang lebih bagus. Bak kata pepatah orang Merseyside “Berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat”.
Sekarang kita hanya perlu berdoa pengurusan perlu bijak dalam pemilihan pemain import. Kalau boleh pilih sahaja pemain import yang sudah bermain di liga Malaysia. Ini lebih mudah untuk dianalisa (Kalau tak boli yo injured sampai kono jua balik) dan mengurangkan risiko bayaran mahal. Maklumlah kekuatan scout kita tak sehebat liga luar. Ini belum cerita ejen-ejen yang cuba mencari kesempatan untuk mencari untung. Tapi kita tidak boleh salahkan mereka. Itu kerja mereka. Kerja pengurusan adalah membuat keputusan dengan betul. Manakala kerja penyokong untuk meroyan bila kalah bersorak bila menang. Simple!
-Tom Bombadil-