April 16, 2024

KACUKAN, WHERE YOU AT?

3 min read

Angin sejuk kuat bertiup di bandar Seremban membawa berita tentang kehadiran pemain kacukan bakal menyarung jersi Nogori untuk musim hadapan. Makcik-makcik yang membeli ikan di pasar dah heboh, yang menunggu bas di Terminal 1 dah bercakap, anak muda yang bermain futsal juga dah mula naik spirit mereka. Anak gadis di Paroi Jaya juga sudah rajin membeli kueh berdekatan stadium gara-gara mahu meliihat kelibat pemain kacukan berlatih. Sebelum ini haram tak mahu menolong keluar beli kueh.

Semua ternanti-nanti dan seakan teruja dengan perkembangan baru bolasepak beradat ini.

Setakat ini belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh PBNS tentang senarai pemain baru, samada kacuk atau asli. Berkemungkinan ianya memang belum rasmi atau PBNS mahu berahsia atau Jang terlepas pandang. Mengikut laporan capo angkatan muda UN9, jurulatih pasukan Nogori untuk musim depan juga berdarah kacukan. Kacukan emak+bapak dari Rusia. Pehhh.. Nogori bersaudara la dengan CSKA Moscow ni.

Tapi jangan bersaudara dulu, dengarnya jurulatih Rusia ini didatangkan dari Indonesia sama seperti Divaldo Alves dulu. Kalau kita masih ingat Alves yang berasal dari Portugis pun hancur bila melatih pasukan Negeri Sembilan beberapa musim lepas walaupun mempunyai rekod yang baik di Indonesia. Jika benar PBNS mahu menggaji seorang jurulatih Rusia yang dikatakan fasih berbahasa Indonesia seperti Alves dulu, seperti meminta pisang berbuah dua kali.

0000078197

Lampu limpah stadium Paroi juga kembali terang setiap malam dipercayai sesi latihan dan beberapa siri perlawanan persahabatan diadakan. Amboi, langsung tak mahu update PBNS ni. Laman sesawang bersawang ke? Berahsia mengalahkan KGB. Hal pemain kacukan ini pun peminat tahu dari laman twitter pemain terbabit yang menaik status tentang kelab baru mereka.

Adakah mengambil pemain kacukan ini menjadi trend kepada pasukan bolasepak Malaysia sekarang ini? Adakah pemain kacukan ini diibaratkan – tak dapat rotan, akar pun berguna – bilamana pemain naturalisasi masih belum direalisasikan? Adakah mereka lebih handal bermain dari pemain muka Melayu Negrito macam Shukor Adan? Adakah darah eropah yang mengalir dalam tubuh badan mereka satu jaminan dipenuhi DNA bola yang power?

Kalau dilihat dari prestasi pemain kacukan yang ada dan bermain sekarang dengan beberapa negeri dan Malaysia, mereka tidaklah begitu handal sangat berbanding DNA Jawa Amri Yahyah. DNA Argentina macam Pablo Aimar pun hilang taring bila dah diletak bersama sekumpulan pemain kita, tapi itu cerita lain.

Kalau tak salah, Tok Mat ada cakap mahu mengambil pemain Presiden jadi Jang nak tengok juga nanti senarai pemain baru Nogori, ada ke tidak pemain Presiden. Berapa ramai yang dilahirkan di Negeri Sembilan (musim lepas hanya seekor saja dari Nogori, itupun budak Presiden yang tak diturunkan) dan berapa ramai pemain yang dipilih dari selection yang diadakan. Jang bukan apa, takkanlah suku kacukan aje yang layak, suku Biduando, Selomak, Tigo Batu takkan takdo yang pandai eh?

47

Jang suka nak mengingatkan kepada peminat bolasepak negeri supaya jangan nak gembira cepat sangat. Jangan kita cepat lupa bagaimana seksa selama 2,3 musim ini menyokong pemain yang membawa rebah. Kepada pemain baru yang bakal menyarung jersi pasukan Nogori juga harus ingat, peminat masih berdendam dengan segala kekalahan melampau musim lepas dan tidak mudah untuk mereka terus menerima mereka. Mereka perlu buktikan yang mereka adalah pilihan tepat dan layak menyarung jersi Nogori.

Kalau main sedap, peminat pasti menyokong dan tak marah. Kalau main serupa tak sekolah, bersedialah dirotan secara berjemaah dari penyokong Nogori.

Jangan kata Jang tak bagi amaran.

0Shares

4 thoughts on “KACUKAN, WHERE YOU AT?

  1. kritikal jugak jang PBNS langsung tak update pasal status..ni betul betul berlukut di tepi gantang jang..banyak sangat nengok drama tv3 jam 7mlm ni jang ..
    den respect budak budak nogori ni dari fan kompang,silat,ultras,clobbers,casual sampai hooligan diorang ni memang kental jang..apa apa pun paroi mmg tempat best jang…
    penah makan kat ampangan tahun 98 singgah kat paroi jap…tula pertama dan terakhir…hahaha
    kemon kemon..

    1. ekau duduk mano ni? budak nogori macam2 kepandaian eh. naik ke angkasa pun budak nogori jugak. kau tengok duit dalampoket tu, kalau takdo gambar agong nogori, sikit tak laku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.