Kekuatan JDT terletak pada huruf ‘Ta’
3 min readAdakah JDT bakal treble pada musim ini? Ini satu persoalan menarik tetapi seperti biasa, ultrajang.com mahu melihat dari sudut lain. Kenapa JDT begitu gah di persada bolasepak negara secara mendadak? Apa resipi mereka pakai? Dimanakah kekuatan JDT? Adakah pada huruf ‘Ta’?
Ya betul! Pada huruf ‘Ta’. Ta Mim Ja. TMJ
Tapi semua negeri ada Sultan, Raja, Yang DiPertua, Datok Berempat, Undang, Luak, Raja DiHilir, Tengku Mahkota dan sebagainya, kenapa tak power? Tak manis pula kalau kita kaji sampai kesitu. Tapi kalau kita tak usik sampai situ, kita tak akan belajar apa-apa dari kejayaan singkat JDT dalam bolasepak.
Sebelum Jang pergi jauh, Jang suka nak beritahu bahawa ultrajang.com sentiasa menyokong mana-mana individu yang cuba membawa pembaharuan dalam bolasepak negara, tak kisah samada dia Datok Jamal Nasir, Nuor Muso, Dollah Salleh, Khairy Jamaluddin atau Tengku Mahkota Johor. Hatta jika FAM sendiri cuba bawa pembaharuan, kita sepatutnya sokong.
Kejayaan JDT bukan untuk dicemburui atau dicari alasan kenapa mereka begitu gah. Ini juga satu perkara yang Jang tak faham. Mahu bolasepak maju, tapi bila ada usaha atau individu mahu bawa kemajuan, mereka tolak. Mungkin mereka ada pemahaman lain tentang kemajuan. Mungkin JDT salah dan mungkin Jang juga tak cukup faham. Tapi itu hal lain. Tak boleh la kita nak semua sudut sempurna dalam usaha menaikkan mutu bolasepak negara.
JDT power sebab mereka organise. Itu saja, takda rahsia apa pun. Sebuah organisasi yang terancang tahu dimana mahu mencari wang dan juga tahu bagaimana mahu membelanjakan wang mengikut had.
Kenapa mereka organise? Sebab penaung mereka mahukan satu pasukan bolasepak yang lengkap dan maju. Kakitangan didalam persatuan bolasepak mereka pula berpeluh membuat kerja demi memastikan apa yang dikehendaki oleh penaung mereka tercapai. Tak kisah la mereka berkerja sebab takut pada penaung atau sebab ikhlas ingin melihat JDT power. Tak kisah! janji mereka buat kerja. Bila kerja buat semua hal dapat diselesaikan dan dimajukan mengikut rancangan.
Mari kita lihat kakitangan yang sama dalam persatuan bolasepak negeri masing-masing. Adakah mereka benar-benar bekerja mahu melihat bolasepak negeri mereka maju atau mereka hanya bekerja mahu mengikut jadual sendiri saja. Kalau jadual kata minum, pergi minum. Kalau jadual kata ambik anak sekolah, pergi ambik anak sekolah… kalau jadual kata balik jam 5..balik jam 5. Siapa nak marah?
Bagaimana TMJ cari duit bukan isu atau persoalan bolasepak. Itu persoalan lain yang ultrajang.com tak reti nak cungkil. Jang hanya nak bercerita pasal BOLASEPAK SAHAJA setakat ini.
Bagaimana bentuk bas mereka nak design juga Jang tak pedulik atau apa jenis kerusi bangku simpanan, semua itu luaran. Hal material secara langsung menyenangkan pemain mereka bermain bola. Pemain hanya bermain dan dibayar gaji. Mereka takda isu duit atau isu berat yang boleh menganggu mutu permainan mereka. Jadi jika ada pemain tidak menunjukkan prestasi sebenar seperti diharapkan, tetapi gaji besar, mereka akan dibawa melawat kolam buaya. Simple.
Pemain Negeri Sembilan sepanjang musim hancur tetapi gaji besar dan cukup. Apa tindakan PBNS? Setakat bertindak menggugurkan mereka selepas cukup semusim menjahanamkan moral penyokong, itu satu tindakan yang dah terlambat. Musim depan mereka main tempat lain pula. Kelantan FA pula pemain bersungguh tapi pitih takdok nak bayar gaji. Susah juga.
Bolasepak Johor juga rapat dengan penyokong mereka. Kat situ saja kita semua dah kalah. Persatuan bola kita sebolehnya tak mahu rapat dengan penyokong. Penyokong tak datang stadium pun mereka tak kisah. Gaji jalan juga. Tak betul? Kau ingat mereka kisah kau datang stadium atau tidak? Samada penyokong membenci persatuan atau sebaliknya, bagaimana bolasepak nak maju dan ada rasa ‘kepunyaan’?
Apa moral dan apa yang kita boleh tiru dari TMJ dan JDT?
Setakat nak buat baju tulis #BangsoNogori memang Jang terajang dan libas bagai seekor buaya!
The first this is about ‘money’. No money unsuccessfull in what situations. Simple!
Setuju jang, nak maju kan bolasepak malaysia bukan pasal duit sikit atau kurang. Mcm admin kate, organise. sekian harapan agar PBNS bukak mate, kembalikan zaman kegemilangan bolasepak malaysia. Negeri 9 antare pasukan yang disegani. Penyokong kuaci est semalam.
kang Jang cito hal bola Nogori.kau tunggu!
syirik