October 13, 2024

Kelas Matematik Untuk Arsenal

3 min read

Hantar artikel anda ke ultrajangmag@gmail.com dan artikel terpilih akan disiarkan. Syaratnya mudah saja, ejaan mestilah menggambarkan yang anda pernah pergi sekolah.

Artikel keenam tulisan @EncheMarchisio dari Seromban. Enjoy!

Belajarlah Mengira Dari Nombor 1 bukan 4.

Sebagai seorang yang meminati Arsenal (minat sebab banyak lagi liga aku layan), aku pelik. Adakah Arsene Wenger mengajar penyokong tegar mereka mengira dari nombor 4 ? Mungkin ya. Paling tidak pon mereka mengira dari nombor 3. Saban musim, pemain keluar dan masuk tapi jarang sekali kita dengar Arsene Wenger diugut akan dipecat sekiranya beliau gagal menang sebarang piala. Nombor 4 dalam kedudukan liga sudah mencukupi.

Kalau nak dikira jumlah trofi, Arsenal merupakan kelab yang nak kata banyak tu tidaklah sangat nak kata sikit pon tak. 13 kejuaraan BPL 12 trofi FA dan 2 Piala Liga( League Cup). Tiada trofi telinga panjang (UCL) mahupun gelas tinggi (UEL). Tapi banyak mengumpul sijil penyertaan kejohanan UCL. Bagi Arsene Wenger layak sahaja sudah mencukupi tak perlu menang sebab tu lah beliau menerapkan mentaliti duduk nombor 4 dalam erti kata lain mengira dari nombor 4. Tak malu ke dengan kelab history channel yang fan mereka dok gelak sakan tu? Sekurang-kurangnya kelab tersebut ada 5 piala UCL 3 piala UEL 18 trofi Liga(walaupun lain format. Kalau dikira format lama pon Arsenal tetap tercicir). Paling tidak pon kelab yang berjaya di England (Manchester United) dengan 20 trofi BPL dan 3 UCL. Itu nasib la aku masukkan trofi BPL, kalau aku hanya masukkan trofi UCL saja tadi, memang malu Arsenal.

Okay, kebanyakan penyokong Arsenal ialah puak pro-Wenger dan ada segelintir yang menentang Wenger. Apa yang aku nak sampaikan di sini, kebanyakan puak pro-Wenger ni selalunya buta. Sama ada buta dengan kejayaan lampau (dalam kes ni The Invincibles) atau dengan kejayaan baru. Tahukah anda, sejak penghijrahan kem Arsenal dari Highbury ke Ashburton Grove (nama asal sebelum ditukar kepada Emirates) berapa banyak trofi atau kejuaraan yang dimenangi oleh Arsenal ? Kalau tolak-tambah kali-bahagi adalah berapa kerat sangat, tetapi, berapa banyak pemain yang dijual oleh Wenger itu tak kira berapa kali kapten bertukar sebab kena jual je memanjang. Point aku di sini, selepas pindah stadium baru terus berhabuk almari piala tu. 9 tahun habuk tu berkumpul baru la bersihkan sebab menang 2 FA dgn Comunity Shield.

Dalam 9 tahun Arsenal kegersangan piala :

1. Manchester United dah pintas Liverpool dengan 20 trofi BPL
2. Manchester United dah menang UCL kali ketiga
3. Liverpool menang UCL kali ke-5, FA Cup , League Cup
4. Spurs menang League Cup (di bawah kendalian Juande Ramos)
5. Wigan Athletic menang FA Cup.

Banyak lagi aku nak bagi tau. Hatta, kalau nak diikotkan, Negeri Sembilan naik Liga Super lepas tu menang tambah pulak Piala FA dgn Piala Malaysia lagi. Akan tetapi selalunye puak pro-Wenger kata “In Arsene We Trust”. Kalau dah tandus terok tu ape nak di “trust”nya ? “In Arsene We Rust” sesuailah. Mereka juga amat gembira bila Moyes “berjaya” menjatuhkan Manchester United dan Deluded Brendan berjaya menyungkurkan Liverpool. Perlu diingat dengan pertukaran pengurus baru kedua-dua kelab ni bakal menggegar kembali. Mungkin mereka hanya memikirkan dengan duduk dinombor 4 sudah mencukupi untuk hanya layak ke UCL dan sekaligus menambah sijil penyertaan mereka.

Maka sebagai peminat, aku merasakan sudah tiba masanya Wenger meletak jawatan dan memberi peluang kepada pengurus baru. Mungkin ramai yang tidak akan setuju, tetapi bagi aku sudah tiba masanya.

Akhir kalam,

“Sekiranya 5,3,2 dan 1 lebih besar dari 0 maka kamu perlu ke sekolah dan belajar semula Matematik!!”

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2024.