Kenapa Eric Cantona lebih power dari Zidane terjawap!
3 min readLama betul Jang tak menulis hal bolasepak sebenar di tanah eropah. Bukan sebab Manchester United main merudum atau Liverpool layak ke Piala kecil-kecilan tapi sebab bolasepak kita ni pengisisannya lebih menarik. Bolasepak kita lebih dekat dihati dan jiwa. Home dan away di Mamak tidak sama dengan peluh menitis di teres stadium.
Tapi kali ini Jang nak tulis pasal lagenda sebenar bolasepak Perancis, Eric ‘The King’ Cantona yang baru-baru ini meraikan ulangtahun tendangan kung fu yang tepat mengena jantung penyokong Crystal Palace. Padan muka mamat tu yang bersusah payah berlari turun dari teres atas stadium dan memaki Cantona;
“Fuck off back to France, you French motherfucker”
Ambik obat! meletup dada kene stud dan disusuli beberapa tumbukan padu dari King Eric. Memang kontroversi betul tendangan kung fu Eric. Dia digantung 8 bulan permainan diseluruh dunia! Punyalah marah FA England, perlawanan persahabatan pun tidak dibenarkan walau didalam training ground tertutup. Cantona juga berdepan hukuman penjara tetapi berjaya diketepikan dan diganti dengan khidmat sosial selama 120 jam. King mana boleh masuk penjara,nanti hilang daulat.
Cantona juga dilucutkan jawatan sebagai kapten bolasepak Perancis walaupun dia baru saja dilantik oleh Aimé Jacquet untuk Piala Dunia 1998. Tempat beliau digantikan oleh Zidane
Disinilah sebenarnya jawapan kenapa Zidane menyerlah dan menjadi lebih popular dari Eric Cantona. Inilah cerita yang Jang nak bawa ke pengetahuan semua, bahawa Eric The King Cantona jauh lebih baik dari Zidane. Kredibiliti dan spiritnya jauh lebih tegas dan gaya kepimpinannya juga sangat berkualiti. Eric Cantona melakukan tendangan terbang kedada peminat yang menghina dia dan negaranya, Zidane sekadar menanduk dada Materazzi yang menghina kakak/adiknya. Antara dua kejadian ini yang mana satu korang akan ambil menjadi kapten pasukan?
Kalau gaya permainan diambil kira. masing-masing ada kelebihan tersendiri. Zidane memuji Paul Scholes sebagai pemain tengah yang terbaik, tapi Scholes memandang Eric Cantona sebagai idolanya. Nampak?
Akibat penggantungan Eric Cantona, Blackburn Rovers menjadi juara liga perdana inggeris untuk musim 1994-95. Ketika tempoh penggantungan tamat, Newcastle sedang mendahului United dengan 12 mata dipuncak liga. Eric Cantona masuk dengan angkuh membawa United kemenangan demi kemenangan hasil jaringan beliau dan akhirnya berjaya memotong Newcastle (perbezaan gol) sebelum dinobatkan sebagai juara liga. Ahhh..inilah kenangan manis orgasm bolasepak Jang selain dari jaringan tunggal Kapten Cantona (Steve Bruce cedera) diperlawanan akhir Piala FA di Wembley mengalahkan Liverpool pada musim yang sama.
Legend betul musim tu. Double winners.
Jang bukan mahu mengenang sejarah lama bolasepak (kalau dikira sejarah lama, Liverpool lagi jauh kene kenang) tapi tadi Jang nampak tweet kawan Jang yang menamakan Zidane sebagai antara 3 pemain yang mempunyai sentuhan ajaib (bersama Berba dan Bergkamp) maka Jang terpanggil untuk mempertahankan Cantona. Mujur kawan Jang masih mengganggap Cantona sebagai pemain numbor 1 beliau.
Melihat kembali aksi-aksi beliau di Youtube, Jang yakin, Eric Cantona adalah JAUH lebih baik dari Zidane. Jangan bangkang Jang dan jangan naikkan kemarahan Jang jika kau masih nak kata Zidane adalah lebih baik. Zidane pemain bagus cuma Cantona lebih baik. Kalau kau masih ragu, Jang tanya satu saja, siapa pemain yang berani naikkan kolar jersi dia selain Cantona? Ada?
Ok, sekarang ramai-ramai kita nyanyi;
“oohh ahhh Eric Cantona..oohh ahh Eric Cantona..oohh ahhh Eric Cantona!”
“oohh ahhh Eric Cantona..oohh ahh Eric Cantona..oohh ahhh Eric Cantona!”
Artikel ini walaupun objektifnya masih jelas iaitu memperlekehkan kehebatan liverpool tapi untuk King Eric ada pengecualian. Dia adalah wajah sebenar bolasepak memang untuk mereka yg hati kering walaupun stailo tapi samseng bukan mcm Rooney. Muka pecah tapi hati tisu. Sekian.
Ayob..ayob..hati kau terlalu keras! dalam kau memuji Eric kau lepaskan ke Rooney dendam kesumat kau.
Style!
Saya peminat tegar Liverpool tapi laman Ultra Jang merupakan laman yang sering saya kunjungi. Kemusnahan Manchester United selepas pasca Sir Alex Ferguson membuatkan saya tersenyum dengan perasaan cukup puas. Eric Cantona antara pemain asing terawal yang memeriahkan Liga Perdana Inggeris yang dijenamakan semula pada awal 90-an atas dasar ekonomi dan komersial. Pemain lagenda yang sepatutnya boleh memperoleh pencapaian lebih baik jika emosi dan nafsu tidak menguasai diri beliau. YNWA
Steady Masao Sato!
Jangan la guna perkataan ‘kemusnahan’…sedih Jang membacanya!
Tapi emosi dan nafsu perlu ada untuk berjaya. Kalau takda emosi dan nafsu, jadilah seperti Gerrad.
Terimakasih membaca ultrajang!
Cantona memang king. Tapi tak sama dengan god. Maradona ada hand of god, Zidane himself is a masterpiece from heaven sent god.
King memang selalu berwatak samseng, tapi Zidane menunjukkan bahawa shyness itu memang nice. butthead can’t stop you from doing all the thing in life you like too. Apapun terima kasih la pada Cantona yang mentrendingkan style kolar pacak yang selalu digayakan oleh abang2 Maut Three. Jang kona tak mautthree sapo?
Di alam warrior jarang pendekar menumbangkan lawan dengan kepala, guna kaki itu biasa. Zidane memang lejen berdarah warrior.
Zidane ada world cup, Cantona ader??
bloodyhell! masukkan lagu The Smiths untuk Zidane! Morrissey pernah pakai tshirt Cantona tau! Maut Three ni 3 line ke?
Zidane ada world cup sebab Cantona dilucutkan jawatan kapten. Kat situ dah nampak Cantona adalah pilihan utama coach untuk membawa French menjadi juara 1998.
Kalau Cantona tak buat kung fu kick, Zidane mungkin sedang menjual nasi arab Algeria di bawah lembayung Eiffel Tower.
Steady Yankers!
Leks ah Jang. Zidane lah true. Dia buktikan walaupun anda berasal dari ghetto anda boleh berjaya. Ronaldo7 yang arrogant pun jadi humble hasil bimbingan walibola Zidane. Nampak?
Zidanelah sebenar French art, Algerian blood.
Tak penah disebut rakyat perancis Merci Cantona, merci Zizou ado.
Pernah Jang tengok bayang Cantona ditayang pada wall Arc De Triomphe?Hanya yang bertaraf midfield General sahaja yang layak.
yelahh yelah.
hahahha