October 13, 2024

Kisah persahabatan United dan Liverpool yang kau tak tahu.

4 min read

Ramai tak tahu, lama sebelum bolasepak menjadi begitu komersil, Liverpool dan Manchester United bersahabat baik. Mereka bagai abang adik, saling ‘cover-mengcover’ diantara satu sama lain dan sehati sejiwa. Jang terpaksa mendedahkan rahsia lama ini kepada umum selepas melihat aksi permusuhan kedua penyokong ini semakin tidak berbudi bahasa.

Jika kau peminat United atau Liverpool sejati, pasti akan terasa sebak membaca artikel ini. Tetapi jika kau hanyalah seorang penyokong Liverpool kerana bencikan United, nescaya hati kau sememangnya gelap, walau apa pun bidang sukan kau ceburi.

LIVERPOOL VS MANCHESTER UNITED EPISOD II : ANTARA 2 EMPAYAR oleh Masao Sato

Teres Spion Kop pada hari itu padat dipenuhi penyokong yang memakai lilitan scarf berwarna merah dan putih di sekeliling leher mereka. Bahagian teres keramat ini cukup berbeza dengan bahagian lain yang ada di stadium Anfield. Bukan sahaja berbeza dari segi fizikal yang tidak mempunyai bangku untuk melabuhkan punggung, bahagian ini juga berbeza dari segi roh kerana teres spion kop ini tidak pernah senyap daripada laungan yang menggerunkan pasukan lawan tetapi dalam masa yang sama mengangkat semangat dalam jiwa pemain tuan rumah. Tanggal 20 ogos 1971 peristiwa yang cuba digelapkan dan disenyapkan dalam sejarah bola sepak telah berlaku, pemain yang menyarung jersi merah pekat mendapat tepukan gemuruh daripada penyokong di bahagian teres Spion Kop, perlawanan pertama musim itu menentang Arsenal.

Namun penyokong tuan rumah dikejutkan jaringan seawal minit ke-4 oleh pasukan pelawat sebelum kebangkitan menakjubkan berlaku yang diinspirasikan pemain sayap lincah kelahiran Ireland Utara, George Best. Sorakan di bahagian teres Spion Kop bergema dengan frekuensi yang sangat tinggi yang membuatkan langit bagaikan mahu runtuh. Kebangkitan dramatik di stadium Anfield, pasukan tuan rumah menumpaskan Arsenal dengan perbezaan jaringan 3-1.

Pasukan tuan rumah Manchester United mencatat kemenangan bergaya di stadium Anfield.

Ini adalah kisah gelap yang tenggelam ke dasar dalam lautan sejarah. Buku sejarah yang tersimpan lama dan dipenuhi habuk dan sawang ini cuba dikeluarkan kembali sebagai teladan kepada generasi hari ini. Manchester United menjadikan stadium Anfield sebagai tuan rumah ketika itu dan penyokong Manchester United berdiri dengan perasaan megah dan penuh bangga di teres Spion Kop. Penyokong Manchester United juga faham nilai teres keramat tersebut, berada di bahagian tersebut adalah satu penghormatan dan kebanggaan. Teres yang menjadi simbol kepada maksud sebenar penyokong sejati, menyokong penuh ghairah ketika detik kalah dan menang.

Mungkin kewujudan alien dari planet Marikh lebih masuk akal jika cuba dibandingkan dengan kisah Anfield menjadi tuan rumah untuk Manchester United. Kisah ini bagai mencabar kewarasan akal penyokong Liverpool dan Manchester United, bagaimana 2 musuh yang saling membenci hingga ke akar umbi ini boleh membenarkan sejarah gelap ini tertulis dalam lipatan sejarah bola sepak dunia. Sebenarnya perkara ini sememangnya benar-benar berlaku. Titik mula kepada peristiwa ini apabila pada musim sebelum itu telah berlaku gejala hooligan yang tidak terkawal di stadium Old Trafford, pihak FA England telah mendenda Manchester United dengan hukuman diharamkan bermain 2 perlawanan di Old Trafford. Pihak pengurusan Liverpool bermurah hati untuk menawarkan stadium Anfield sebagai tuan rumah kepada Manchester United dan pelawaan itu diterima.

13 tahun sebelum itu di lapangan terbang Munich, sebuah pesawat yang sarat dengan penumpang bersiap-sedia untuk berlepas. Salji turun dengan sangat lebat dan kawasan landasan pesawat diliputi salji tebal. Pesawat model Airspeed AS57 Ambasador itu meluncur laju di landasan dan tanpa diduga pesawat itu hilang kawalan kerana permukaan bersalji dan melanggar pagar lapangan terbang, sayap kiri terputus dari badan pesawat setelah menghentam sebuah rumah. 8 pemain Manchester United terkorban dalam nahas tersebut .

Momen ini adalah mimpi ngeri bagi Manchester United, namun Matt Busby pengurus yang terselamat dalam tragedi tersebut berjaya membina semula empayar yang runtuh tersebut, Matt Busby menjadi punca kebangkitan empayar yang musnah ini dengan cukup dramatik. Manchester United Berjaya merangkul kejuaraan liga pada tahun 1965 dan 1967 serta kejuaraan Eropah pada 1968. Kerana pencapaian luar biasa itu, Matt Busby dikurniakan pangkat Sir oleh Queen Elizabeth dan satu tugu Sir Matt Busby berdiri megah di hadapan Old Trafford. Jika bukan kerana Sir Matt Busby, nama Manchester United sudap lenyap dalam arena bola sepak dunia.

Siapa Sir Matt Busby yang merupakan lagenda Manchester United ? Beliau adalah bekas ketua pasukan Liverpool dan merupakan lagenda kelab yang berpangkalan di Merseyside tersebut sebelum era perang dunia meletus. Nama Sir Matt Busby sentiasa bermain di bibir penyokong Liverpool kerana karier gemilang bersama kelab tersebut dengan 125 penampilan dan mencetak 3 gol.

Cuba anda tutupkan mata dan berimaginasi Steven Gerrad menjadi pengurus Manchester United dan sebuah tugu kapten lagenda Liverpool tersebut didirikan di hadapan Old Trafford. Satu perkara yang memang tidak boleh diterima akal, namun Sir Matt Busby yang merupakan kapten lagenda Liverpool adalah punca kejayaan Manchester United hari ini.

Jika tragedi Munich 1958 adalah detik perit yang melingkari Manchester United, Liverpool juga menempuh tragedi yang sukar dipadam dalam ingatan. Tragedi Hillsbrough yang berlaku pada 1989 mengorbankan 96 pecinta Liverpool akibat runtuhan stadium, antara mangsa yang terkorban adalah sepupu kesayangan Steven Gerrard bernama Jon Paul Gilhooley. Mereka pergi untuk menjadi saksi perlawanan Piala FA antara Liverpool dan Sheffield Wednesday dan sejak itu mereka tidak pernah pulang kembali ke rumah. Insan pertama yang menelefon pengurus Liverpool, Kenny Dalglish ketika itu untuk menghulur bantuan adalah Sir Alex Ferguson, beliau cuba membantu Liverpool dalam tragedi Hillsbrough.

Jika Liverpool berbangga dengan 5 kejuaraan Eropah, Manchester United juga turut berbangga dengan 3 kejuaraan Eropah.

Jika Manchester United berbangga dengan 20 kejuaraan liga, Liverpool juga turut berbangga dengan 18 kejuaraan liga.

Liverpool dan Manchester United adalah satu jasad dan satu jiwa. Banyak titik pertemuan antara 2 empayar teragung dalam bola sepak Inggeris ini. Liverpool dan Manchester United bukanlah musuh tetapi adalah sahabat yang erat. Api kebencian dan permusuhan hanya boleh dipadamkan dengan kasih-sayang dan kesatuan hati.

Sebarkanlah keseluruh alam, biar alam tahu!

Masao Sato. Admin besar Mreds

0Shares

4 thoughts on “Kisah persahabatan United dan Liverpool yang kau tak tahu.

  1. artikel ni sey dah baco 2 minggu lopeh kek Malaysian Reds..tp Jang upload lepas MU kalah..sey dah tau dh..ni taktik lamo..nak melampiaskn dari kono jurus hanjingan padu dari kopites-kopites hensem.

  2. oi!! apa curi article dr semuanya bola/malaysian reds? malas nak blongging tak yah buat la wei.. otak lembab!

    1. Amboiii! Malaysian Reds yang hantar la babi! kau apa tau? otak lembab ok lagi,,,jangan takda otak macam kau!

      Jangan seronok sangat jadi anak haram.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2024.