April 20, 2024

Klopp akan gagal di Anfield!

2 min read

Apa yang menyedihkan tentang pemecatan Brendan Rodgers adalah ianya dilakukan ketika kebanyakan pemain Liverpool sedang bercuti atau telah keluar untuk international duty. Maknanya, takda majlis perpisahan pun, dipecat dan terus dilupakan.

Akar umbi Liverpool pula sudah terlalu mabuk dan angau dengan kedatangan Jurgen Klopp ke Anfields. Klopp disambut dengan penuh kesyukuran oleh umat Liverpool lalu diangkat sebagai penyelamat maruah mereka yang sudah terlalu lama dipijak-pijak oleh kaum United. Tetapi adakah Klopp benar-benar mampu membawa Liverpool kembali semula ke Istanbul? (Istanbul adalah perkataan lain untuk Eropah dan kejayaan bagi peminat Liverpool)

Jawapannya tidak!

Klopp membawa Dortmund menjadi juara Bundesliga pada tahun 2011 dan 2012 (selepas 2 musim hanya di midtable) dengan bantuan beberapa nama pemain yang hebat seperti Lewandowski, Hummels, Kagawa, Gundogan, Perisic dan ramai lagi pemain muda yang diasahnya sendiri.

Klopp tidak akan mampu MeLewandowskikan Benteke atau mana-mana pemain pun yang ada sekarang. Dengan barisan pemain seperti Skrtel dan Emre Can, Klopp dijangka akan mengalami kesukaran membentuk ‘karekter’ baru kepada mereka. Pertahanan Liverpool sekarang jauh sekali dari kekuatan Hummels seorang.

Boring Milner. Lallana, Ings, Firmino, Sturridge, Henderson dan Benteke jika digabungkan pun hanyalah sebelah kasut Lewandowski saja kualitinya. Bagaimana Klopp mahu pergi jauh dengan pemain sebegini?

Liverpool memang perlukan Klopp dan dia adalah calon sesuai tetapi Liverpool juga perlukan seorang Suarez untuk sekurang-kurangnya menjadi naib juara liga inggeris. Paling menyerlah setakat ini adalah Cautinho dan kebanyakkan gol yang dicetaknya adalah atas hasil usahanya sendiri.

Klopp juga akan mengalami kesukaran berkerja dengan ketuanan Fenway Groups yang menguasai sepenuhnya Liverpool berbanding konsep yang digunapakai di Dortmund. Fenway akan memberi Klopp kata putus penentu pemain yang mahu dibeli, sama seperti Rodgers, tetapi lihatlah siapa yang Rodgers bawa masuk? Fenway Groups sebenarnya yang mengawal kemasukan pemain berdasarkan jumlah peruntukan yang diberi kepada Rodgers.

Akar umbi Liverpool mana tahu hal itu kerana percaya 100% pada pucuk pimpinan mengawal duit.

Jadi untuk musim ini, Klopp dan Liverpool mungkin akan kekal ditangga tengah liga. Jauh dibawah Manchester United.

0Shares

3 thoughts on “Klopp akan gagal di Anfield!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.