#KTBFFH Keep The Blue Flag For Hammertime
2 min readMari kita lihat pasukan yang menghuni 4 tempat teratas liga bolasepak inggeris sekarang.
- Arsenal.
- Manchester City
- West Ham
- Manchester United
Perbezaan mata diantara 4 pasukan ini tidak jauh. Mana-mana pasukan yang melakukan kesilapan samada seri atau kalah akan merubah kedudukan masing-masing tetapi masih boleh kekal di top 4. Atau 5, kalau kita nak ambil Leicester yang menghuni tangga ke 5 dengan mata yang sama dengan United. Tapi takkanlah kita nak minta Leicester naik ke top 4 dan menghumban United ke tangga ke 5. Tak cantik nampak table tu nanti.
Arsenal ditangga pertama hanyalah kerana tuah, bilamana gol yang dijaringkan oleh Giroud semalam ketika menentang Everton lebih kepada tidak sengaja, atau tidak berkualiti. Pasukan begini selalunya tidak kekal lama ditangga pertama. Paling lama pun tak sampai 24jam! Malam ini, Manchester, tidak kiralah Manchester United atau City akan kembali menduduki takhta liga inggeris dengan gol-gol sebenar.
Perlawanan tumpuan malam tadi adalah diantara West Ham dengan pasukan lemah Chelsea. Kalau ikut ranking saja semua dah tau West Ham akan mengetuk kepala Chelsea. Di liga inggeris sekarang, mana-mana pasukan yang tidak menang melawan Chelsea dianggap tidak buat kerja atau rasuah. Paling teruk, manager boleh dibuang kerja jika kalah dengan Chelsea!
Perlawanan tumpuan malam ini, Manchester derby bakal menyaksikan pasukan wakil eropah berentap menentukan pasukan manakah yang benar-benar power. Jang tak kisah siapa menang, kalau City, bagus sebab Arsenal akan turun dari takhta liga. Kalau United, mungkin perlukan jumlah gol yang besar untuk naik ke takhta pertama. Kalau seri pun ok juga.
Dengan barisan pemain City yang masih cedera, seperti Kun Aguero, David Silva dan kemungkinan Kompany juga tidak bermain, United boleh menang dan menguasai permainan malam ini. Tapi itu bergantung jika Carrick tidak main. Samir Nasri juga masih belum cergas sepenuhnya tetapi perlu diingat, Samir Nasri yang cergas dengan tidak cergas adalah sama; tak mendatangkan cemas!
LVG mesti menurunkan Fellaini atau Schneiderlin untuk mengekang Yaya Toure dari bergerak bebas. Tugas ini mesti dilakukan oleh pemain yang mempunyai fizikal besar dan sedikit kurang ajar. Kalau LVG letak Carrick memang teruk bahagian tengah United nanti. Tapi sebenarnya superstar United, Rooney yang akan mengganas malam ini.
Jangan ada bola cross malam ini, dia mesti nak gulung, lipat, bicycle kick, scissor kick, libas pari dan sebagainya.
Kita tunggu!
Sementara itu, kalau United kalah, ultrajang.com membuka peluang kepada mana-mana pembaca menulis tentang United. Hantar artikel anda ke ultrajangmag@gmail.com
itupun kalau United kalah.
jang, jangan la kau hina dorang teruk sangat. aku harap bos aku bukan penyokong chelsea. kalau tak naya ja aku kena buang keja.
kau up gambar jaafar Onn pakai jersi chelsea satu kat pc kau..print satu dan tampal kat pintu bilik dia. kahkahkah
kalau player main penuh kesungguhan pasukan yang baik akan menang jang..aku tau kalau aku membuat andaian yang tak betul tentang manchesterrr united hang mmmg truely devil..just fokus untuk 90minit jang..kemon kemon..
90 minit yang membosankan.kedua2 team tidak settle dan menyusun strategi.