March 29, 2024

LEAGUE CUP NI PIALA APA SEBENARNYA?

2 min read

Artikel kali ini adalah tulisan Mr. Wafi yang mahu mencuba buat pertama kali.

Maaf jika fans-fans Chelsea (bekas Juara), Arsenal (juara 2 tahun lepas kot kalau tak silap) dan Liverpool (eh, Brendan Rodgers hanya pernah pegang “coffee cup” sepanjang memimpin kelab bangang tu) terasa dengan entri ini. Tapi itulah hakikat sebenar yang perlu ditelan oleh para peminat bola sepak England. Dari umur abang 12 tahun, abang sekali pun tak pernah bangun berjaga tengok Carling Cup ni. Sebab? Di zaman era kegemilangan Ferguson sekalipun, Sir Alex selalu meletakkan pemain-pemain bukan pilihan utamanya seperti Scholes, Beckham dan Giggs untuk bermain. Acap kali kelihatan nama seperti Kleberson, Djemba-Djemba dan Wheel of Fortune terhegeh-hegeh di atas padang. Hilang selera abang bangun pagi hanya untuk saksikan mereka ini bermain.

Ya, semalam rata-rata fans United sekali lagi kecewa akan persembahan kelab Manchester yang bermotokan “hanya 1 Manchester yang berwarna merah”, bak kata abang Jibby kita. Mungkinkah kejatuhan prestasi United ada kena mengena dengan sumpahan Jibby? Mungkin. Mujur Rosmah minat Chelsea. Lagi teruk sumpahan Rosmah terhadap Chelsea. Tak tercapai dek akal Falcao nak memikirkan kedudukan Chelsea masa kini.

Berbalik cerita Carling Cup, semalam memang tidak dinafikan barisan kedua yang diturunkan Van Gaal kecuali Smalling (pemain paling bagus ketika ini, walaupun dulu dihina umpama Fadli Saas) dijadikan taruhan untuk meratah Middlesbrough yang abang kenal Downing sorang je, itu pon pasal dia pernah jadi player kelab bangang. Nyata taruhan Van Gaal tidak menjadi lagi akibat asyik memikirkan “philosophy”nya yang utamakan “possession football” yang entah ke mana hasilnya. Bab taksubnya Van Gaal terhadap “possession football” ini abang malas nak ulas panjang. Berbalik kepada aksi semalam, pemain muda United seperti Lingard dan Perreira amat bagus (abang baca kat Goal.com) sedangkan kuda tua tak berguna seperti Carrick dan Rooney (masuk second half) bermain amat buruk sehingga penentuan penalti. Carrick abang jang cukup tak suka dengan dia. Tapi bagi aku season ni dia agak teruk berbanding season lepas dimana dia antara watak penting di atas padang.

hummels-kagawa-600

Lihatlah bagaimana mudah Dortmund meratah FCPaderborn 7-1. Penat abang tengok gol. Kagawa tak payah cerita. Mudah-mudah je permainan “satu dua” dan “one touch football” diaksikan. Cerita lain di United. Acap kali bola tiba di kaki Rooney, bola terus hilang. Nak main “satu dua” haram jadah apa?? Maka, touch kedua sentiasa diperlukan dan terus menutup ruang untuk memantaskan gerakan serangan. Orang dah baca la game macam tu Van Gaal oii.

Eh, cerita abang macam bunyi kekecewaan pulak akan kekalahan United di Carling Cup. Padahal memang tak penting pon piala kecil-kecilan idaman kelab-kelab hina dan jijik seperti abang listkan di atas. GloryHunters masih diteruskan untuk mencari trofi pertama Van Gaal. JIka tidak #VanGaalOut bakal menyusul. Apa mungkin #GiggsIn berlaku musim hadapan? Sama-sama kita nantikan di penghujung musim.

0Shares

2 thoughts on “LEAGUE CUP NI PIALA APA SEBENARNYA?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.