Liga Perdana: Kenapa Negeri Sembilan begitu power?
3 min readTidak manis ketika pasukan kita dibelenggu dengan berbagai masalah dimusim lepas, kita sebagai penonton turut menekan mereka dengan kata-kata yang tak sedap diungkapkan dan ketika sedang hebat bergaya dipuncak liga dengan memenangi kesemua perlawanan, kita pula malu-malu atau takut untuk bergembira. Apa alasan kita untuk tidak turut sama merayakan kemenangan ini? Jang bukan kata kejayaan kerana ianya masih jauh dan belum tentu, tetapi kemenangan sahaja. Ada yang kata, masih terlalu awal, jangan terlalu riang, jangan angkuh sangat dan sebagainya. Benar, tetapi untuk bergembira setelah lama diulit duka adalah tidak salah. Kok kalah marah, monang pun marah, itu tando kau sesuai untuk sukan gusti sahaja, bukan bola sepak!
Soalnya, kenapa Negeri Sembilan tiba-tiba menjadi power? Apa rahsia gandingan jurulatih Asri+Jorg? Apa kekekuatan pasukan sehingga Selangor, Terengganu dan PDRM dikalahkan? Hebat sangatkah pemain import kita? Teruk sangatkah pasukan lain di liga perdana?
Persoalan ini bermain-main difikiran Jang yang bijaksana ini ketika menyaksikan pasukan Negeri Sembilan menang tipis 2-1 keatas pasukan MISC-MIFA. Jang menyorot kembali kesemua perlawanan yang dilalui oleh Negeri Sembilan, Jang imbas semula setiap detik ketika menang keatas Sabah, Selangor, PDRM, Terengganu dan MISC-MIFA. Adakah kesemua pasukan ini tidak hebat? Tak mungkin! Jang teliti semula dan Jang seperti dapat melihat satu pattern unik atau kata kunci yang membezakan pasukan Negeri Sembilan berbanding dengan pasukan lain. Apakah kata kunci itu?
Seperti Jang selalu ingatkan kepada penggemar bola sepak; bola sepak kita adalah tentang harapan, tentang momen, samada momen menjaringkan gol, momen tersasar sedikit dan juga momen kekalahan. Bola sepak kita bukan tentang skill, keindahan serta kekemasan permainan. Negeri Sembilan tidak bermain dengan begitu skill, indah pun terdapat sekejap-sekejap dan sentiasa cuba bermain kemas dalam kelam kabut menyerap serangan. Rata-rata beginilah aksi pasukan masing-masing. Berapa banyak sepakan melambung ke langit semalam? hantaran yang membunuh kawan? first ball yang tidak sempurna?
Tetapi ada satu perkara yang mengusik hati lelaki bola sepak Jang yang Jang rasa membezakan Negeri Sembilan dengan pasukan lain iaitu semangat dan kerjasama serta mentaliti untuk menang. Dengan kata mudah; bermain bagaikan anak jantan! Jang kuat merasakan semangat ini adalah hasil didikan Asri+Jorg. Muafakat ini jelas tiada dalam pasukan musim lepas (jika menurut maklumat sah yang diterima- terdapat puak dan pergeseran yang elok kita lupakan saja) Kita juga mempunya barisan pemain import yang cukup rajin dan bersemangat. Bruno, Lee Tuck, Nemanja dan contoh manis, Simic yang pada peringkat awal bermain serupa Goran (musim lepas) tetapi berkat kesabaran dan usaha serta, sudah tentu paksaan Jorg, beliau kini berjaya menjaringkan gol dan kelihatan bersemangat diatas padang.
Penyokong yang faham tentang bola sepak itu adalah harapan, tidak akan pernah meminta lebih selain dari kesungguhan dan semangat yang ditunjukkan oleh pemain. Mereka orgasm dengan kemenangan yang datang dari kesungguhan Lee Tuck, mereka turut sama meloncat ketika Bruno terbang tinggi menanduk bola masuk kegawang Terengganu. Mereka berharap pada ketenangan Nemanja Vidic mengekang asakan lawan dan semestinya mereka terlalu sayangkan pemain tempatan yang turut sama berhempas pulas menghabiskan segala tenaga yang ada untuk menang. Pemain Negeri Sembilan bermain bagaikan anak jantan! Jika mahu menang, dapatkan gol! Simple.
Jang lihat import Sabah yang datang dari Perancis begitu solid dan bersemangat, Ukah untuk Selangor begitu kental bertahan, juga import MSC-MIFA malam tadi yang menjaringkan gol, cukup-cukup power! Mereka tunjukkan yang mereka adalah lebih baik dari rakan sepasukan, terutama dari segi komitmen. Jika kesemua bermain pada komitmen yang sama ditunjukkan oleh 3 pemain import ini, nescaya agak sukar untuk Negeri Sembilan menang.
Justeru suka Jang nyatakan disini, Negeri Sembilan begitu power kerana kesemua pemain menunjukkan komitmen, kerjasama dan semangat mahu menang yang sama. Workrate mereka sama. Mereka juga disokong oleh ribuan penonton yang hadir dengan harapan yang sama. Apabila kesemua ini bersatu, perkataan kalah tidak akan hadir diminda semua.
Soalnya lagi, bagaimana jika Negeri Sembilan kalah? Biarlah! Adat berlawan, ada masa kita menang, ada masa kita seri dan ada masa kita Liverpool. Cuma janganlah kita terlalu yakin akan memang semua perlawanan kerana berbangga dan bergembira adalah tidak sama dan berbahaya jika dibandingkan dengan terlalu yakin.
Kalau ikut, banyak lagi Jang nak cakap ni sebab rasa macam belum sampai point utama Jang tapi kau rilek, esok Jang sambung. Lagipun, takda sapa nak rebut tempat no.1 setakat ni, semua berebut dan bergilir ditempat kedua, so kita ada masa lagi.
Hobin Jang Hobin!