September 19, 2021

Liga Super 2021/2022. Here we come!

2 min read

Tahniah abang Tom ucapkan kepada NSFC kerana berjaya untuk beraksi di Liga Super 2021/2022. Inilah liga yang sebenar layak untuk NSFC. Bergelut dengan pasukan-pasukan besar seperti Selangor dan JDT. NSFC juga pada pandangan abang Tom sudah berjaya melunaskan hutang mereka saban tahun terperap di Liga Perdana. Seolah-olah badi yang pasti melekat di setiap badan penyokong-penyokong NSFC.

Tahniah juga diucapkan kepada ketua jurulatih K.Devan kerana berjaya mengkotakan janjinya. Pada mulanya kami di Ultrajang tidak begitu mengharap K.Devan berjaya membawa NSFC ke Liga Super dalam masa satu tahun. Namun beliau katakan yang ini adalah pasukan Liga Super, maka naik ke Liga Super itu possible. Pemain-pemain yang dibawa masuk juga jelas memberikan impak kepada pasukan.

Pujian juga harus diberikan kepada setiap pemain yang berhempas pulas. Tidak kira berapa minit mereka beraksi di atas padang ataupun di kem latihan. Setiap individu yang terlibat harus diberikan pujian atas usaha dan pengorbanan mereka. Bermain dimusim pendemik banyak cabarannya. Pemainpemain muda seperti Alif Romli dan Selvan harus diberi peluang lagi pada masa akan datang. Mereka semua ini akan menjadi tunjang pada tahun-tahun berikutnya untuk NSFC kekal di Liga Super.

Dikesempatan ini juga Abang Tom ingin mengucapkan job well done kepada media baharu NSFC. Banyak
improvement kita boleh saksikan dari segi media sosial dan penyampaian maklumat. Meskipun kebanyakkan mereka adalah teman dan juga ada juga daripada mereka adalah warga Ultrajang. Oleh sebab abang Tom tidak terlibat secara langsung maka layaklah untuk abang Tom ucapkan sesuatu pada mereka. Adalah juga embarrassing moments macam NSFC Live dan Jersi lambat sampai. Tapi benda ini boleh diperbetulkan kemudian hari.

Untuk penyokong-penyokong NSFC bergembiralah sehabis mungkin. Ini adalah suatu yang harus kita raikan. Tiada unsur mendabik dada dalam bola sepak. Ronaldo berlagak 24 jam kau semua sokong. Manchester United banter Arsenal tiap minggu kau join seronok. Kenapa pasukan tempatan kita berjaya kita perlu rasa humble pula tak perlu seronok dan menyorok?

Banyak lagi yang perlu dilakukan oleh NSFC seperti diceritakan dalam artikel-artikel sebelum ini. Tumpuan harus diberikan untuk mengekalkan kita di Liga Super. Apa guna jika naik tapi kemudian turun semula. Kami di Ultrajang akan cuba mengkritik pasukan kesayangan kita ini sejujur yang boleh. Jika mereka bagus pujian akan diberi. Jika mereka lemah kritikan akan disaji. Ingat, pasukan dan pengurusan akan datang dan pergi. Penyokong akan kekal di teres-teres stadium abadi.

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © Ultrajang 2021.