May 21, 2024

Liga Super 2023| Negeri Sembilan vs Sri Pahang

1 min read

Memulakan musim baru di Paroi pasti menaikkan semangat pemain Nismilan beraksi di depan penyokong sendiri. Momentum menamatkan saingan musim lepas di tempat keempat seharusnya diteruskan musim ini.

Tapi jangan kita lupa bahawa Sri Pahang merupakan watak antagonis yang memadam peluang Nismilan mara ke Piala AFC musim ini. Kalau kita menang perlawanan terakhir di Darul Makmur musim lepas, kita yang berada di tempat Sabah musim ini. Tapi nasi pun dah jadi bubur, air dalam gelas pun dah tumpah ke lantai dan Syihan pun dah sarung jersi JDT.

Maknanya kita kena lupakan peristiwa itu dan buka buku baru. Nismilan perlu balas dendam terhadap kekalahan malam tu. David Rowley kan yang jaringkan kedua-dua gol malam tu? Pemain Nismilan buktikan yang dia mampu dikekang! Kalau dia main lah. Kalau dio kek bench, tak payah la poie marking dio pulak.

Berdasarkan prestasi perlawanan pra musim, pemain yang akan memain- kan peranan penting untuk Nismilan musim ini ialah Mahalli Jasuli. Tapi sebagai penyokong bermaruah dan seorang #greatness , den nak tengok pemain seperti Sean, Selvan dan Fahmi diberi lebih minit permainan.
Muka-muka baru seperti Hasbullah, Zainal Abidin dan Shahrel Fikri (Eky) juga perlu laksanakan tanggunjawab masing-masing. Den nampak Eky berpeluang untuk kembali temui sentuhannya dengan Nismilan musim ini selepas dibelenggu masalah kecederaan bersama Selangor sebelum ini.

-Kid –

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.