March 27, 2025

Liga Super 2025: NSFC vs TFC

7 min read

Note: Review dan tactical analysis ni solely based on pengamatan sebagai pencinta dan penyokong
tegar NSFC. And, ni hanya pov sahaja.

Babak Pertama:

1.Formation: NSFC turun dengan system double pivot 4231 (refer gambar 1) seperti kebiasaan.Takumi free roam untuk memastikan bola sentiasa dekat dengan kakinya. Dan seperti kita sedia
maklum, memang dia playmaker kita. Double pivot kita Sangsu dengan Barath. Secara generalnya, formation ni sangat bagus untuk bermain short pass sebab di semua tempat ada ‘triangle of passes’ atau ‘passing lane’ yang baik.

 

2.Build up on & off the ball: Benda ni kita boleh bahagikan kepada 3 fasa which are defensive third, central dan final third. Pada saya, defensive third build up kita okay (maybe sebab tfc tak high press
kita kaw2. Diorang hanya shadow je).Masuk je central area, tfc dah start press kita dan at this moment, sepatutnya Sangsu, Barath dan Takumi kena jadi main anchor untuk dictate flow of the ball dekat tight space. Sini kena banyak tap and
move supaya dapat gerakkan bola dengan bagus sebelum masuk ke final third. Sometime diorang recycle kebelakang or ketepi sebab taknak hilang bola sebab teammate semua dah push ke atas waktu
ni. Kat sini ada satu problem, sebab Barath agak lambat sikittt je untuk offer for passes lagi2 boleh nampak masa counter transition bila Sangsu menang bola. Ada je off ball movement Barath okay cuma
ada beberapa kali yang dia lambat. Tak semua. Final third, waktu ni bola memang banyak dekat Takumi and player TFC juga dah well aware dengan apa yang dia boleh buat. Even sometime, Takumi dapat bypass 2-3 players TFC even tight space. Dia
tak buat skill, gelecek or eager nak beat player sangat pun. Tapi dengan quick feet yang dia ada, good decision making and experience dia boleh lepas beberapa kali. Tapi final pass dia (dekat area central or
half space) semalam yang betul2 bagi kita open chances, takde. Tapi bukan salah dia sebab kita boleh nampak yang sometime Jacque hanya berdiri je sebelah Shahrul
Nizam. Sangat jarang dia nak buat run or any disguise movement (tak sure benda ni memang instruction coach ke apa). Sometime bila Hein dah masuk centre untuk provide ‘leg’ tu tap2 dengan Takumi, Che
Rashid agak lambat untuk alert dengan situation tu untuk buat run. Ada je run dia yang bagus, not everytime lambat but ada 1-2 moment yang run tu tak execute and membolehkan Takumi hantar bola
kepada dia. And kita kena akur yang semalam attacking chances and movement masa first half, banyak from Takumi, Hein and Che Rashid.

 

3.Chances: Paling terbaik masa first half is bila Barath shooting and kena tiang. Masa ni score masih kosong2 lagi. Tapi pada saya ada 2 promising chances juga masa N9 build up (both dekat belah kiri bila Hein switch side dengan Ikhwan. 1 Hein pergi volley yang unnecessary sebab dia boleh bawa kedalam lagi sepatutnya. Tapi faham je sebab bola tu sedap Takumi feed dia and worth to try). Ada 1 lagi chances masa counter transition bila Ikhwan dapat bola and waktu ni dia cuba nak beat Azam Azmi. For me
benda ni tak perlu nak beat sebab Jacque and Hein dah buat run and boleh pass ke Hein (better option). Tapi at this moment Ikhwan pilih untuk beat and sudahnya lose ball. Benda ni, pengalaman and pada
saya, gameplay Ikhwan bagus cumanya dia belum matang. Best game yang saya tengok dia main dengan bagus and confident is masa lawan JDT di Paroi.
Berbalik kepada chances creation, 3 chances (2 build up, 1 counter transition) sepatutnya kita guna sebaik mungkin sebab facing good side lawan TFC, chances ni takkan semudahnya dapat lagi.

 

4. Defensive shape: Kita press dengan 4231 juga and Barath push upfront sedikit untuk disposses TFC dekat defensive third diorang. Benda ni okay je cumanya risk bila bola terlepas dekat central, Sangsu
akan facing 2 or 3v1 situation dengan Safawi, Nurillo atau Ott. Boleh kata, TFC takdelah senang sangat penetrate tengah kita. Sebab diorang banyak recycle or long kepada Akinade. And Annas dan Zainal
good timing bila nak push or challenge Nelson bila dia dapat bola untuk tutup space. Cuma masa first half, ada 1 moment yang Nelson boleh turn and try. Benda ni sangat mudah and sedih sebab dalam tight space dan striker dapat turn and try, maksudnya defend kita tak tutup space dengan baik. Yes, memang benda ni jadi sekali je tapi let say benda tu goal, sangat merubah permainan sebab kita tengah sedap main and possess game masa first half. Benda ni terbukti sebab kita banyak kena counter, lob ball atas  defend je. Tapi build up from centre and possesional play yang betul2 bahaya dekat final third, takdelah banyak. Maybe ada 1-2 kali je.

 

5. Individually: Takumi, Che Rashid, Hein banyak involved in attack. Untuk defending pula, saya rasa An Sangsu banyak provide first line defend kepada back 4 kita and dia punya level of reading game
sangat okay. Sayang sangat Avanzini takde sebab both of them will make a good pair in the system 4231. Aqil, sorry to say kena step up and improve mana yang patut. Yes memang dia ada save yang crucial
juga game ni. Season ni pun ada game yang dia perform gila2. Tapi maybe dalam 3-4 game, dia buat mistake yang agak unnecessary. Maybe this is the learning curve untuk dia and harapan dari kami fans
NSFC supaya dia dapat improve, gain confident semula and jadi on of the best di bawah coach MAF.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sambungan Babak Kedua:

1. Formation: Untuk second half, pendekatan yang dilakukan oleh coach K. Nantha lebih kepada menyerang and memaksa TFC untuk sit deep dekat own half untuk mengatasi build up play oleh team
NSFC. Coach mengeluarkan Barath dengan tujuan tactical wise dan bertukar formation 442 (refer gambar 2) di mana Jacque dan Hein mengetuai jentera serangan, Vimal dan Ikhwan di wide areas
seterusnya Takumi dan An Sangsu di central. Takumi lebih kepada menyerang dan An Sangsu provide option untuk any reset atau becoming the first person to break the counter. Back 4 kita masa second half
masih mengekalkan Che Rashid, Annas, Zainal dan Harith.

2. Build up on & off the ball: Untuk second half ni kita boleh nampak bola banyak berkisar dekat half TFC sebab NSFC memang attack the game and membuahkan hasil dengan plenty of good chances
cumanya, dengan pengalaman dan quality yang TFC ada, benda tu dapat diatasi. Attacking wise dekat half TFC, NSFC membentuk system 352 (refer gambar 3) di mana Jacque dan
Hein up top. Tapi Hein lebih collect bola untuk provide option between line midfield and defend TFC. Trio tengah Takumi (free roam), manakala Ikhwan dan Vimal lebih drift inside untuk provide open
space kepada Che Rashid dan Harith membuat hantaran ke dalam box. Perkara ini berhasil apabila chances yang kita dapat di awal babak kedua apabila bola hantaran Che Rashid ditanduk baik oleh
Jacque, tetapi GK TFC Syed Nasrulhaq was equal to it. Selain pada ini, chances yang kita peroleh hasil set up ni adalah apabila bola hantaran Ikhwan ditepis oleh Nasrullah dan juga menyelamatkan
percubaan susulan oleh Hein betul2 di hadapan pintu gol. Sebenarnya apabila system ni implemented, ruang yang besar kita dapat lihat adalah di antara celahan
fullback dan cb. Akan tetapi perkara ini sometime lambat disedari oleh beberapa players NSFC untuk feed bola kepada runner atau 2 nd man runner. Ada beberapa moment yang saya perasan di flank belah
kiri apabila Takumi atau Ikhwan execute the run. Coach TFC menyedari ada gaps dan memasukkan Akram Mahinan supaya dia boleh cover spaces yang terbuka apabila NSFC ada extra players di
bahagian wing kiri dan kanan. Dan satu lagi, apabila kita nak cut back from flank to edge of the box, movement ni dibaca mudah oleh players2 TFC. Jangan terlepas pandang bahawa formation 442 dan set up system 352 (apabila menyerang) ini
sangatlah high risk but high rewards. Risiko yang coach Nantha kena ambil adalah apabila berlakunya counter transition atau losing the ball cheaply, An Sangsu akan agak isolated apabila berhadapan dengan
Safawi, Nurillo dan Manuel Ott. Dan perkara ini tak nampak kritikal sangat dari mata kasar kerana TFC tak eager sangat untuk counter (maybe penat baru habis shopee cup). Tetapi jika perkara ini kerap
berulang, kita akan mudah conceed untuk game-game yang akan datang. Satu lagi perkara yang agak kacau masa build up adalah apabila ada 1-2 moment masa build up sebelum
memasuki final third, bola change side kepada flank tetapi tak sampai. And benda ni adalah one of the example of losing the ball cheaply.

3.Chances: Antara biggest chances kita adalah: 1) Percubaan Jacque tetapi goal line clearance oleh Safwan Mazlan, 2) Double save oleh Nasrulhaq, 3) Turning Jacque terhadap Nije. Kalau Jacque lebih
compose, at least percubaan tu sepatutnya on target. Masalah NSFC setakat ni kita takde number 9 yang goal scoring machine macam Gustavo, Matheus Alves, Bruno, Marko Simic yang pernah bermain
dengan NSFC sebelum2 ni. Akan tetapi perkara ni ada segelintir penyokong faham sebab kita ada bajet yang rendah, so players pun quality mengikut bajet.

4.Defensive shape: Babak kedua kita dijangka akan banyak kena counter kerana kita memang push upfront dengan meletakkan bodies of players so senang untuk kita kena counter. Dan perkara ini terbukti
apabila TFC dapat 3-4 kali big chances melalui Akhyar Rashid sahaja. Chances ni semuanya pattern of play yang sama di mana bola di bawa kat tepi oleh Akinade dan cut back terus ke Akhyar. Mujur pada
malam tu Akhyar punya finishing was not on his good form. Kalau tak, kita akan kalah maybe at least 4-0. Kenapa akhyar dapat peluang yang sama berulang kali? Jawapannya sama. Hal ini kerana pace yang
ada pada Akinade dapat out run Harith dan cut back yang sepatutnya Che Rashid well aware dengan perkara ini untuk man marking Akhyar. Benda ni dapat di-neutralise sedikit apabila coach memasukkan
Norfiqrie dan diarahkan untuk menutup situasi2 sebegini. Dan pada pendapat saya, memang akan lopong area central apabila cutback sebab kita hanya ada 2 midfield (in formation 442). So akan ada
gaps di sini kerana Takumi lebih kepada attacking. Dan macam yang saya katakan, inilah risk yang diambil oleh coach Nantha kerana kita sedang mengejar jaringan.

5.Individually: Pada saya Takumi sentiasa bekerja keras sepanjang game ni. Kemasukan Vimal akan free up space kepada Che Rashid untuk menghantar crossing kedalam box. Hein bagus dan lincah.
Ikhwan perlu lebih matang dalam permainan sebab saying, he’s a good player actually. Presence An Sangsu bermain sebagai number 6 sedikit sebanyak memberi satu first line defend yang baik untuk
NSFC. Annas dan Zainal sangat baik bertahan dan tahniah diucapkan. Pada saya Annas dan Zainal menunjukkan peningkatan yang sangat sangat baik berbanding dengan musim sebelumnya.

 

Sekian,
VM1NS.

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2025.