December 11, 2024

Liga Super: Di mana persamaan Negeri Sembilan dalam Piala Dunia?

4 min read

Ini panjang dan menduga tapi kau bacalah perlahan-lahan diwaktu senggang.

Bola sepak adalah satu karnival, momen, emosi dan results. Ianya juga adalah satu bentuk hiburan dan juga escapism. Pada setengah manusia lain, ianya mungkin satu perkara serius, tentang maruah dan harga diri yang boleh jadi riot bila perlu. Maknanya, perhatian dan layanan semua orang adalah berbeza terhadap bola sepak. Simple!

Dalam pusingan pertama saingan Piala Dunia 2018 menyaksikan banyak keputusan yang melibatkan kesemua bentuk emosi itu tadi. Karnival sudah tentu kerana ianya Piala Dunia. Penyokong duduk bercampur-campur dan bergembira walau keputusan tidak memihak kepada mereka. Penyokong Panama terus bergembira (atau atleast bersorak) walau pasukan mereka ketinggalan 0-5 kepada England. Pertandingan bola sepak adalah satu karnival dan semua karnival adalah tentang hiburan dan kegembiraan.

Kita juga menyaksikan gaya  Xherdan Shaqiri dan Granit Xhaka dari pasukan Switzerland yang sedikit kontroversi. Mereka meraikan jaringan dengan membuat simbol burung Helang sebagai lambang jatidiri bangsa Albania yang mengalir dalam darah mereka. Ianya sedikit politikal tetapi demi maruah bangsa Albania yang menjadi mangsa perang bangsa Serbia, ianya adalah satu momen yang manis. Penyokong Serbia juga didenda kerana chants hal-hal yang sensitif terhadap mereka, so, boleh riot kalau tidak dikawal dengan baik.

Ini semua momen yang kita saksikan secara langsung dikaca TV.

Kemudian pasukan Jerman yang merupakan juara bertahan tersingkir selepas dikalahkan oleh Korea Selatan.  Brazil dan Argentina struggle untuk layak dan England, yang dicop sebagai pasukan lemah, tenang melangkah ke pusingan seterusnya dengan bergaya. Sepanyol layak dengan bantuan VAR selepas dikekang hebat oleh Morocco. Iran juga bermain baik untuk seri dengan Portugal dan hanya melepaskan 2 gol sahaja sepanjang kejohanan. Kepulangan pasukan Iran disambut meriah di Tehran. Jepun juga bermain sangat cemerlang. Mereka seperti enjin Mitubishi Evolution yang menaik dan semakin laju setiap keluaran. Mereka evolved, walaupun perkatan evolusi tidak sesuai digunakan. Jepun adalah kuasa baru Asia, bukan saja dalam bola sepak, tetapi badminton dan juga sepak takraw. Sambil menyaksikan mereka bermain hebat seperti pejuang kamikaze yang bermatian menyerang seperti tidak mahu pulang, Jang terfikir, “Adakah bangsa mereka berevolusi?”

Itulah bola sepak. Ianya juga tentang kemajuan dan pembaharuan.

Sekarang kita lihat ke liga kita atau dalam kes Jang, pasukan Negeri Sembilan. Adalah tidak adil meletakkan cerita Piala Dunia sebaris dengan cerita Negeri Sembilan, tetapi ianya adalah bola sepak yang sama, ada emosi, ada maruah, jati diri, momen dan ada kalah menang. Tetapi apa yang membezakan dan apa persamaan?

Semua pasukan boleh kalah atau tidak terduga kalah. Semua pasukan boleh bolos atau menghasilkan gol saat akhir walau dilihat seperti tidak ada harapan. Semua pasukan berusaha keras untuk menang dan jika tidak, akan kalah dan tersingkir. Semua penyokong memberi 100% sokongan dan emosi serta wang dan tenaga. Banyak keputusan pengadil, walau dibantu VAR, masih kontroversi dan sebagainya. Tetapi kebanyakan pemain di Piala Dunia jarang melakukan kesilapan dalam satu perlawanan. Memanjang silap dalam satu kejohanan lagi susah nak jumpa. Kebanyakan pemain juga mampu bertahan 90 minit dengan kudrat yang sama.

Malam tadi, Jang menonton perlawanan Liga Super diantara Terengganu dan Negeri Sembilan melalui Iflix. Kemudian beralih ke perlawanan diantara Jerman dan Korea Selatan di siaran Astro. Pengalaman menonton 2 perlawanan berbeza makam dalam satu malam adalah satu escapism. Kedua pasukan berkongsi warna bendera yang sama, tetapi tidak ada apa pun yang lucu atau advantages disitu. Jerman bermain bagaikan tidak berselera lagi dengan Piala Dunia. Korea Selatan bermain bagaikan hidup mati untuk layak, walaupun memang dah sah tak layak. Mereka meraikan kemenangan dengan penuh kegembiraan sementara seluruh Jerman berduka.

Sementara itu, pasukan Negeri Sembilan juga bermain baik. Mereka ada usaha tetapi kesilapan pemain bek, Osman membuat tandukan kearah import Terengganu membawa padah. Jang tidak kecewa kalah tapi frust melihat mistakes sebegitu. Gol kedua Terengganu pula akibat bola terkena tangan Aiman lalu mereka dianugerahkan sepakan penalti. Gol ketiga pula membezakan kualiti pemain import itu sendiri yang bermain cukup baik.

Pasukan kita masih tidak dapat gel dengan baik. Import dari Filiphina, Angel sepatutnya membantu serangan, bukan membantutkan serangan. Fakhrul Aiman melakukan flying kick secara solo ketika bola melambung tinggi dalam kotak penalti Terengganu. Jang tak faham, tanpa gangguan, dia sepatutnya mengawal bola itu dahulu, bukan buat flying kick. Itu yang Jang kecewa, bukan sebab kalah. Ketika pemain lain berusaha keras untuk menang, kesilapan sebegitu memang mengecewakan.

Kemasukan Kim, Ferris dan Fauzi memberi nafas baru dibahagian serangan dan jika teknologi VAR digunakan, kita mungkin dapat penalti apabila percubaan Kim terkena tangan bek Terengganu. Jang suka aksi pasukan selepas kemasukan mereka bertiga tetapi sayang, its too late to riot.

Jang harap, persembahan pasukan akan bertambah baik selepas ini. Walau mahu tersungkur ke liga Perdana, teruskan mencari kemenangan seperti pasukan Iran, Morocco, Korea Selatan dan Costa Rica. Ianya bukan kalah menang tetapi momen, emosi, maruah dan harga diri.

Ianya tidak pernah tentang kalah menang apabila kita menunjukkan kesungguhan bermain.

Jang,

Negeri Blood, English Heart

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2024.