LigaSuper2025 | Manisnya 3 gol di SSI…
2 min read
Izinkan Jang menukilkan sedikit perihal perlawanan sulong NSFC musim 2025/26 di SSI menentang pasukan hebat JDT. Perlawanan ini begitu ditunggu oleh semua penyokong NSFC bukanlah kerana mahu kalahkan JDT tetapi mahu melihat sejauh mana gahnya pasukan baru ini. Boleh pakai atau teruk dikitai. Adakah pemilihan pemain musim ini mampu memberi harapan atau hampa seperti musim-musim sebelumnya. Walaupun prestasi semasa pra-musim sangat hebat, namun pasukan Semen Padang, Tanjung Pagar, Kelantan, TUDM Sendayan dan U23 Malaysia bukanlah setanding mana-mana pasukan Liga Super. Lawan sebenar NSFC yang setanding adalah pasukan dari Liga Super itu sendiri. Tidak juga mahu mengatakan pasukan lawan semasa pra-musim lemah tetapi mengambil contoh, pasukan Semen Padang hanya baru berkumpul 7 hari sebelum perlawanan.
Skeptikal adalah satu feeling yang biasa dan difahami untuk penyokong NSFC. Malah selepas menunjukkan prestasi ‘memeranjatkan’ JDT, masih ada penyokong NSFC yang ragu-ragu akan keupayaan pasukan untuk musim yang baru bermula ini. Maklum dan faham sebenarnya ada penyokong yang masih belum berani dan mengambil sikap berhati-hati. Bak kata pepatah “doreh bona nak melompek, kang kok jatuh tergolek”.
Namun, benda manis takkanlah kita nak menelannya dengan pahit. Kita enjoy!
NSFC menjaringkan 3 gol yang sangat menghairahkan dan membuatkan pasukan JDT menukar dua pemain diseparuh masa pertama. Kemain manis Jang dan rakan-rakan yang menyertai program LAYAN BOLA bersama ULTRAJANG di Atok D’ River semalam melompat meraikan gol-gol tersebut. Sudah tentu yang hadir di SSI lebih inzal kerana cukup lama kita tidak merasai klimaks sebegini. Kita diberi satu lagi kesempatan bersorak apabila sepakan penalti JDT yang diambil oleh Jairo tidak masuk. Khabarnya bola sepakan Jairo jatuh di Woodlands tetapi ada kata di Tuas dan ada juga kata sampai ke Batam.
JDT memasukkan Ariff Aiman umpama menghantar bom atom. Arif Aiman adalah game changer semalam. Tak boleh lagi dinafikan kualiti Arif Aiman dalam merobek pertahanan lawan. Umpamanya 10 yang lain hanyalah sekadar back up sahaja, Arif Aiman yang lead the way. To the extent, Jang menerima kekalahan NSFC dengan hati terbuka kerana ianya kerja Arif Aiman.
Pujian yang tidak melampau kepada kesemua barisan pemain NSFC terutama penjaga gawang, Azri Ghani dan Enrique, Alex, Esso dan Zainal dan Motika dan Ariff Ar Rashid kerana mereka bermain dengan berani. Harith sedikit ketinggalan semalam dan mesti meningkatkan semula permainan. Selvam pula begitu cepat ditukarkan dengan Hadin dan kesilapan Java adalah biasa. Mana-mana striker atau pemain akan cuba mencari penalti apabila disentuh dalam kotak penalti.
Nidzam Jamil benar-benar yakin dengan pemainnya dan memilih untuk bermain open game. Mungkin beliau sedar kesilapan dahulu ketika bersama Selangor, bermain bertahan tidak menjanjikan apa-apa. Setidaknya beliau dapat buktikan sesuatu dan memberi kepuasan, kepada beliau sendiri dan kepada kita semua. Mantap coach!
Kita move on dan pastikan Paroi penuh untuk game akan datang. Skeptikal atau tidak, Ultrajang sentiasa ada bersama pasukan dan penyokong diwaktu sodap, dikala sengsara, kalah memanjang atau waktu manis semenjak tahun 2013. Hurmmmm.
Jang,
Buapak Bolasepak Beradat
