May 5, 2024

Lima Perkara Mustahak : NSFC vs FAM-MSN

3 min read

Five talking points ataupun lima perkara mustahak yang berlaku dalam perlawanan NSFC menentang FAM-MSN. Nampak, macam artikel level-level pasukan Eropah tak kami buat? Ultrajang huraikan untuk penyokong NSFC baik dari Jempol mahupun Nilai. Di mata kami tiada satu penyokong lebih real daripada penyokong yang lain selagi kau menyokong. Bacalah dengan tenang dan semangat.

Pertahanan Semakin Baik

Seperti yang abang Tom dan penulis-penulis lain pernah bagitahu sebelum ini. Kami agak risau dengan persembahan pertahanan NSFC. Mudah dibolosi walaupun bermain dengan lima pertahanan. Bila dilihat dari sudut build up memang kita boleh katakan agak baik daripada tahun sebelum ini. Arus permainan dari kiri ke kanan dan juga kanan kiri berjalan dengan mantap seperti Ludwig van Beethoven bermain piano dengan lagunya 5th Symphony in C Minor.

Sudah dua perlawanan NSFC dapat mengekalkan clean sheet dan itu sahaja sudah cukup untuk meletakan sebagai penanda aras kemampuan pertahanan NSFC. Jika Paolo Maldini sendiri mengikuti perlawanan NSFC abang Tom yakin beliau akan mengangkat ibu jari sambil berkata ‘Defend NSFC bagoosss’.

Obviously, our coach knows what he is doing.

Tendangan Tanpa Bayang Barathkumar

Bagai gol templete. Itu yang boleh dikatakan oleh kami. Dari segi jarak, kelajuan dan waktu seolah-olah dilanda Déjà vu. Gol-gol ini begitu penting sehinggakan K.Devan mengulang nama Barathkumar berkali-kali dalam sesi wawancara bersama pemberita.

Ada penyokong mula risau Barathkumar akan dijaga dengan rapi kemudian hari. Untuk abang Tom, pemain berkualiti seperti Barathkumar tidak akan risau dengan situasi ini. Ronaldo juga dijaga rapi tetapi masih menjaringkan gol dengan cara yang sama. Bruno Fernandes juga masih tahu mencari penalti setiap perlawanan walaupun dikawal rapat oleh VAR. Tidak menjadi masalah untuk mereka mencari gol lagi.

Namun, NSFC juga tidak boleh terlalu mengharap pada beliau. Apabila NSFC sudah berada di kelompok atas, maka pasukan lain akan bermain secara ultra bertahan. Kreativiti dan mungkin sedikit nasib akan menjadi elemen penting.

K.Devan juga menjelaskan beberapa decision making daripada pemain-pemain NSFC agak mengecewakan pada hari tersebut. Sepatutnya NSFC sudah mendahului perlawanan seawal babak pertama. Ada kepala pakai kaki. Ada kaki pakai keting. Hal ini membawa kepada point yang seterusnya.

Larian Deras Selvan Dan Alif Romli

Pada perlawanan berbaki 20 minit, K.Devan mula membuat beberapa pertukaran. Antara pertukaran yang menjadi pada malam tersebut adalah Selvan dan Alif Romli. Pada pandangan abang Tom dua pertukaran ini banyak memberi impak kepada serangan NSFC. Lebih-lebih lagi apabila Rafael dan Boem kurang memberi impak seperti perlawanan-perlawanan sebelum ini.

Pada awal serangan, NSFC banyak membuat hantaran terus kepada Rafael dan Akono. Mereka berdua banyak menggunakan kekuatan body balance dan kelincahan supaya bola kekal hanya hinggap di kaki pemain-pemain NSFC. Apabila situasi ini terjadi, banyak contain pihak lawan datang ke arah mereka. Ini memberi ruang kepada larian dari belakang untuk NSFC.

Peluang ini tidak digunakan sepenuhnya sehingga mereka berdua masuk. Jelas pecutan mereka sehingga boleh dilihat dari gunung Kinabalu. Ianya banyak kali mengkucar-kacirkan pihak lawan. Ini juga membantu NSFC bertahan kerana FAM-MSN tidak mampu mengatur serangan balas disebabkan terlalu sibuk menjaga mereka. Maka benarlah kata-kata orang Senaling, “The best defense is a good offense”.

Zaquan Hampir Pasti Kembali Cergas

Berita yang ditanya pemberita kepada K.Devan hampir setiap kali selepas perlawanan. Zaquan telah mula berlatih secara berpasukan. Mungkin perlawanan seterusnya dia akan bermain seperti biasa. Abang Tom juga terlihat kaki Barathkumar berbalut. Ini telah dijawab oleh K.Devan yang rupanya Barathkumar masih dalam kecederaan. Usah risau kerana tidak serius. Kau semua bayangkan bila dia full fit macam mana dia main pula.

Masih Di Puncak Liga

Penyokong NSFC boleh terus tersenyum dan bergembira sehingga liga bermula semula. Berada di kedudukan pertama dengan 13 mata di atas Sarawak United sudah tentu nampak gah pada awal musim. Tidak salah untuk meraikan kejayaan dan sedikit berlagak dengannya. Ini kerana itulah tujuan penyokong yang sebenar. Kita bersorak ketika menang dan memaki ketika kalah.

Takkan bila menang kita disuruh diam. Tidak akan berubah nasib sesebuah pasukan hanya kerana penyokong mereka merai kemenangan. Yang menentukan keputusan di atas padang adalah pemain, pengurus dan pegawai pasukan. Mereka perlukan aura keyakinan daripada penyokong-penyokong mereka. Jika kita tak meraikan macam mana mereka hendak bersemangat.

Namun begitu perlu juga kita berhati-hati supaya tidak terbawa-bawa dengan kedudukan kita sekarang. Ingat! kita banyak kali sudah berada di atas sewaktu pertengahan musim. Kemudian jatuh merudum ke bawah. Jangan biar pisang berbuah dua kali.

P/S: Mari kita sedekahkan Al-Fatihah kepada adik Iyyas, anak kepada Annas. Semoga berjumpa dengan mak dan ayahnya di syurga kelak.

-Tom Bombadil-

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.