April 20, 2024

LP2 | Negeri Sembilan terbenam dalam Lumpur

2 min read

Kuala Lumpur bukan kita punya walau jumlah kedatangan penyokong Negeri Sembilan lebih ramai.

Negeri Sembilan turun ke perlawanan kedua tanpa kelibat pengurus pasukan. Masih belum ada pengumuman rasmi dari PBNS tentang hal ini. Namun perlawanan dan perjuangan mesti diteruskan.

Negeri Sembilan bertandang ke Kuala Lumpur dengan niat mencuri 1 mata kerana 1 mata adalah lebih baik dari buta. Meletakkan 4 pemain tengah, Nakatake, Shahruain, Azzriddin dan Izuan dan mengekalkan barisan pertahanan yang sama. Bagi Jang, mungkin jurulatih nampak kelemahan bahagian tengah pada perlawanan lepas lalu mengambil langkah penukaran strategi. Lebh-lebih lagi Kuala Lumpur mempunyai barisan pemain yang agak berkaliber seperti Indra Putra, Akram Mahinan, Paulo Josue dan striker import berbadan sasa, Francis Kone untuk dilayan.

Azriddin Combative

Sekali lagi Jang beri pujian kepada Azriddin kerana menunjukkan sikap sebenar seorang pemain tengah, iaitu mestilah combative. Maksud combative ini ialah bersedia untuk bertempur. Bersedia mematahkan serangan lawan sebelum lawan mula menyerang. Cuma agak risau juga, sebab dia buat gergasi Kone marah dan mungkin boleh tercedera. Enjin pasukan berada ditengah dan Azriddin menjalankan tugas dengan baik mengganggu kelancaran Kuala Lumpur.

Namun Akram Mahinan adalah seorang pemain yang tenang dalam menjadi distributor kepada Kuala Lumpur. Bekas pemain Negeri Sembilan, Fakhrul Aiman pula menjadi duri dalam daging salai apabila kerap melarikan bola dari tepi untuk membuat cross.

Kedua pasukan bermain seimbang dan separuh masa pertama berakhir tanpa gol. Negeri Sembilan banyak melakukan serangan namun kita tiada penyudah berbisa. Igor Luiz lambat berlari masuk kedalam kotak penalti untuk menerima bola cross. Kita telah letak ramai pemain tengah untuk feed bola namun hanya terbuang sia-sia. Ternyata Igor Luiz perlukan seorang partner. Dia tidak boleh jadi lone striker. Apabilan Negeri Sembilan memasukkan Almir Nelto, dia dengan mudah membuat thru ball untuk disudahkan oleh Igor Luiz. Sepatutnya Negeri Sembilan mampu seri 2-2 namun bola tidak sampai kedalam jaring lawan. Semangat mencari gol itu telah ada tetapi penyudahnya tiada.

Kita bolos 3 gol lagi

Begitu jelas, untuk mengekang Kuala Lumpur, pemain kena pastikan bola cross kepada gergasi Kone mesti dipangkah. Semua gol Kuala Lumpur adalah gol mudah. Dua gol melalui cross yang disudahkan mudah oleh Kone dan satu gol Indra Putra melalui gerakan tengah yang sedih untuk dilihat. Dalam perlawanan kompetitif, kesilapan pemain bek terbukti menghancurkan peluang untuk mengutip mata. Segala penat lelah akan jadi sia-sia.

Shukor Adan.

Jang perhatikan Shukor Adan menggunakan saikologi untuk menumpulkan serangan kita. Beliau memang terkenal keras dan mulut vokal. Jika pemain tidak kuat semangat, memang tak berani pegang bola bila berhadapan dengan Shukor. Jelas, Shukor Adan menang mudah dalam perlawanan mental dengan pemain Negeri Sembilan. Jang syak, pengadil pun ikut lemah bila berhadapan dengan beliau. Itu sebab mutu pengadilan diragukan.

Harapan.

Harapan adalah satu perkara yang sangat merbahaya. Namun sebagai penyokong Negeri Sembilan, hadir ke stadium adalah satu hal yang sangat besar dan beri impak. Jika kita tidak mampu menyokong ketika susah, datanglah waktu sedap nanti.. Jang tak kisah doh.

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.