November 6, 2024

LP20 | Negeri SembilanIII benam JDTII di Paroi.

3 min read

Lain macam aura yang bertiup dalam jiwa 2605 orang penyokong bertuah yang hadir di stadium Paroi malam tadi. Mereka tidak gelisah mahupun pasrah tetapi jelas keyakinan untuk mendakap 3 mata berharga buat bekal ke liga Super. Jang lihat kedalam anak mata setiap anak Negeri Sembilan di sepanjang laluan teres Paroi, ternyata tidak tersembunyikan lagi harapan yang menyala didalam jiwa mereka. Jang alihkan pula pandangan kepada kekuatan komrad UN9 yang begitu bertenaga memalu gendang perang, tiada apa yang digentarkan oleh mereka lagi.

Tetapi tiada siapa sangka kita akan membenam JDTII dengan III gol!

Malam tadi, ramai menyahut seruan pasukan yang sangat-sangat dahagakan sokongan moral yang padu. Pasukan perlukan penyokong sementara penyokong mahukan pasukan bermain baik. Malam tadi Jang panjatkan kesyukuran kepada Tuhan Maha Esa, kerana dapat saksikan penyokong dan pasukan saling membantu untuk menang. Pasukan bermain baik, lincah dan tegas membenteras ancaman musuh sementara penyokong terus bersorak tidak berputus asa. Inilah keindahan yang telah lama tidak kita saksikan di Paroi.

Dalam Padang.

Bagaikan Cencaru makan petang, ternyata dipenghujung musim, berhasil bermain bagaikan satu pasukan yang solid. Mereka langsung tidak menunjukkan unsur-unsur lemah, tidak bertenaga atau tiada nafsu mencari gol. Mungkin kesemua elemen negatif itu telah pergi bersama Koroma. Negeri Sembilan menghasilkan gol pertama melalui Almir Neto. Macamana gol itu terhasil, wallahualam, sebab Jang lum sampai! kahkahkah! Tetapi suka Jang tegaskan disini, Almir Nelto bermain bagaikan benar-benar menjiwai semangat Sang Kerbau. Beliau mendengus, beliau tidak segan menebok (ada ke perkataan menebok?) beliau tidak geli berkubang, beliau tidak jadikan bentesan berterusan peman lawan sebagai pelemah semangat malah beliau terus berusaha mencari kemenangan. Inilah semangat pemain import yang kita mahu.

Jang sampai tepat-tepat sewaktu pemain JDTII dijatuhkan dalam kotak Jenalti. Ianya adalah perkara sah dalam bola sepak, iaitu apabila ada pemain dijatuhkan dalam kotak penalti, maka tendangan penalti akan dihadiahkan. Jang lihat, tiada unsur berat sebelah dalam kes ini. Pengadil memang berada pada kedudukan tepat. Pemain Negeri Sembilan juga tidak membantah, bermakna memang kesilapan bek kita melakukan bentesan, walhal kedudukan agak sukar untuk pemain JDT membuat percubaan ketika itu (tight angle). Kedudukan kekal 1-1 sehingga tamat masa pertama.

Masa rehat adalah masa untuk Yakult!

Pada minit ke 62, Igor Luiz dijatuhkan pada kedudukan atau range Matheus Vila, Jang lihat Igor memberi signal kepada Vila utuk datang. Vila pula memang sudah berlari anak dari bawah untuk mengambil tendangan percuma ini. Range ini memang jatuh bawah kepakaran beliau an bukan Sunsuke Nakatake. Jang baru sahaja saksikan beliau membuat percubaan yang sama pada perlawanan sebelumnya dan bagi Jang, ianya sangat-sangat mengujakan. Jang yakin, beliau akan membuat tendangan pada kelajuan yang sama, menaik bagaikan sebuah jet yang sedang berlepas dilandasan. Boom! bagaikan kilat, bola menerjah jaring JDTII dan Jang syak, ada beberapa pemain sendiri tidak sempat menyaksikan gol tersebut. Kali ini tepat! kali ini berjaya! Paroi orgasm! Matheus Vila berlari kerah penyokong diikuti pemain lain yang turut bergembira. Inilah kepuasan!

Igor Luiz menambah derita JDTII dengan menanduk mudah tendangan percuma dari sudut kanan gawang. Kita menang! Kita menang III gol menentang JDTII. Menambah puas apabila Sabah juga turut menang ketas UITM. Adakah peluang untuk kita naik ke liga Super dengan bermaruah? Kita perlu terus menang Sabtu ini menentang PDRM dan kemudian kita musnahkan UITM dilaman mereka sendiri. Itulah tugas yang mesti dilakukan dengan jayanya. Jangan kira mata atas table, jangan berkira-kira sangat. Pastikan menang dan pastikan jaringan selesa, kemudian baru kita ketuk pintu liga Super.

Jang harap penyokong terus penuhkan stadium keramat Paroi Sabtu ini dan, ya! kita lawan POLIS! Jang juga harap ada satu dua gol datang dari pemain tempatan seperti Ferris. Malam tadi ada juga peluang peman tempatan untuk menghasilkan gol tetapi mereka buktikan yang mereka belum layak menempa nama sebagai penjaring. Sampai bila?

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2024.