February 12, 2025

LP4 | NSFC buktikan bola sepak Negeri tidak mati!

2 min read

Kedatangan pasukan NSFC ke stadium Ipoh bukan sekadar ingin mengutip 3 mata sahaja tetapi membawa sekali maruah bola sepak Negeri Sembilan yang dikatakan telah mati. Ternyata, selagi hayat dikandung badan, maruah pasukan kita akan dijaga rapi dan takkan mati.

Ah! sekadar melayan troll yang tujuannya hanyalah untuk memeriahkan Liga Perdana. Tetapi walaupun ianya bersifat troll, kita kena buktikan juga yang troll itu salah dan kita kena buat penyokong lawan diam. Kerana kalau kita lemah dan kalah, kita akan terus dipijak dan diketawakan.

Berbalik kepada hal dalam padang, 10 minit pertama perlawanan berlangsung, Jang sudah berfikiran yang pasukan NSFC mesti menang dan Jang takkan terima kekalahan. Kerana possesion kita agak baik, passing juga boleh dikira banyak yang lengkap cuma kadang-kadang long ball kita kelaut dan cross pula ke Pulau Pangkor. Sedikit keyakinan terlihat dalam pasukan apabila dilihat bermain tanpa tekanan. Jang boleh kata separuh masa pertama, gawang Negeri Sembilan begitu selamat tanpa sebarang dugaan.

Gol padang dihasilkan oleh BharatKumar melalui sepakan deras leret dari luar kotak. Gol padang atau gol permainan (bukan dari set piece) amatlah manis dan dirindukan. Sesungguhnya peranan Bharat dalam permainan semalam dan juga sebelum ini (termasuk pra-musim) benar-benar baik dan menarik minat Jang. Seperti yang Jang tuliskan dalam artikel lepas, tidak banyak perbezaan kualiti permainan ketika pemain gantian dimasukkan. Ini sesuatu yang sangat penting.

Keseluruhan permainan semalam juga menunjukkan pasukan kita mampu mencipta banyak jaringan tetapi keputusan pengadil menolak 3 jaringan, 2 dikira offside dan satu tanpa kepastian. Pengadil musim ini memang sedang trending membuat keputusan yang tak sedap dimata, jadi kita bersabar aje la.

Senarai pemain cedera juga perlu dikemaskini oleh NSFC. Walaupun lawan seterusnya adalah mentah, tetapi kudrat mereka mampu meratah daging tua pemain berpengalaman. Jang dah lihat bagaimana pemain Selangor II yang muda-muda berjaya membuatkan pemain kita putus nafas. Peranan jurulatih kecergasan dalam memastikan keupayaan pemain kita berada pada tahap optimum sangat-sangat dituntut.

10 mata dari 4 perlawanan, Jang boleh kata K. Devan menepati janjinya. Kita masih belum kalah dan berjaya menyumbat 8 gol tetapi jumlah bolos juga perlu kekal pada 4. Sarawak United mengekori rapat dengan 7 gol dan mereka masih belum bolos. Semuanya nampak indah, jadi jangalah ada yang buat perangai.

Jang,

Sakit jiwa layan bola kat henpon/laptop.

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2025.